Monday, March 24, 2008

Setahun Setitis Rasa

Bulan ini, genap setahun umur Setitis Rasa ini. Sudah byk perkara yang telah berlaku dan dicoretkan di sini sepanjang satu tahun ini.

Wiken yang lalu sudah 2000 kali Setitis Rasa saya ini dijengah. Saya rasa gumbira. :)

Setahun yang lalu, hanya ada satu org yang membaca. Itu pun saya sebenarnya tak tahu. Sekarang, apabila dia sudah jarang2 dpt membaca blog ini akibat kesuntukan masa, baru saya tahu dia seringkali membaca blog saya pada zaman saya banyak merapu2 dulu. Sekarang, tidak boleh tulis merapu2 sangat, tak bagus. Haha.

Sejak saya letak globetrackr itu, saya dapat tahu ada org2 yang saya tidak kenali yang telah pernah menjenguk ke sini. Mula2 musykil juga. Siapa sajer mereka2 itu. Tp, spt saya dulu, telah mengenali blog orang lain melalui carian google/ yahoo, dan/ atau link yang ada di blog2 yang saya lawati. Maka, saya yakin mereka2 itu juga begitu. Tapi, saya masih tertanya2, siapakah yang membaca blog ini dari Indonesia itu. Kerapkali juga dia menjengah ke sini. Siapakah? Hehe...

Blog ini juga telah menerima banyak komen2. Saya juga rasa gumbira atas perkara ini. Ada juga di antara komen2 yang diterima ini, saya labelkan sebagai priceless. Tuhan saja yang tahu gumbiranya hati saya mendapat komen2 itu. Ngee...

Dari hari ke sehari, saya semakin rasa sangat kasihkan blog ini. Seringkali saya menanti kawan2 singgah ke sini dan menerbitkan perasaan mereka. Pernah sehari tiada talian internet di bilik, saya telah menggunakan GPRS handphone saya untuk surfing Setitis Rasa ini. Owh...

Maka, saya harap, janganlah ada yang suruh saya padam, mana2 entri pun dalam Setitis Rasa ini. Jika ada kata2 yang menyinggung rasa mana2 pihak, saya mintak maaf banyak2. Janji, tak buat lagi. Saya rasa amat sedih untuk memadam mana2 entri mahu pun komen Setitis Rasa. Saya benar2 tidak dapat melakukannya.

Terima kasih kepada semua yang sudi membaca. Terima kasih kepada semua yang sudi berkongsi rasa. Terima kasih. Sangat sayang kamu semua. Sungguh!

10 comments:

ultimatecass said...

GO TIM! happy anniversary untuk blog kau.

SITI said...

Ati: TQ. Gumbira kau slalu di sini. :D

ultimatecass said...

trust me tim, sure blog kau akan jadi infested dengan comments aku. haha

SITI said...

Tapi Atie, bilakah kau akan letak link blog aku di blog kau? :?

ultimatecass said...

alamak Tim. tak teringat pun. baiklah akan dilakukan sekarang. sip!

SITI said...

Okies. Gumbira, gumbira. Lalalala...

Anonymous said...

aik?...
umpama medium chatting pula kat bahagian ni..
:p

well..
da setahun..namun pengunjung ni baru saja mengenali blog ni...
neway..keep up ur good work!..

all d best in ur life...
moga fasa yg mendatang lebih membuahkan kejayaan yang berlipat ganda dan mencurah-curah ke sahabat mu ini...
hahahah...
:D

aku akan sangat bersyukur atas kehidupan ini..dan akan terus bersyukur dengan apa yang aku ada..
insya Allah...
moga kita sentiasa tergolong di kalangan hamba2-Nya yang bersyukur...

AMEEN...

SITI said...

sensortu caps: Haah. Kat lab aku tak bleh chat, so gune blog lah utk berinteraksi.

Ya, semoga. AMEEN.

Anonymous said...

he..he..he..bagus bagus..tahniah Tim aku pulak bila la nak mula tulis blog..Khir toyor pun dah start tulis blog sekarang..bila la aku nak ikut jejak dia nie..mungkin tunggu pak lah jadi blogger dulu kot..he..he..

SITI said...

Anon: Hehe. TQ. Tapi, jgn jadi anon lagi, ya. Sila2, perkenalkan diri anda. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...