Wednesday, March 26, 2008

Berkasih

Pada malam Ahad yang lalu, saya telah berkesempatan menghadiri satu majlis di kolej. Ketika jamuan makan, VIP yg dijemput telah bercerita satu cerita orang berkasih. Cerita yang disampaikan adalah utk peringatan kepada para pelajar yg akan menduduki peperiksaan tidak lama lagi, kurang sebulan dari sekarang.

Ada satu orang lelaki dan satu orang perempuan, berkasih-kasihan. Mereka daripada fakulti yang sama. Mengambil bbrp matapelajaran yang sama. Belajar bersama, bermain bersama. Diceritakan, ada satu subjek itu, si lelaki lebih pandai daripada si perempuan. Si perempuan agak gundah gulana, bagaimana dia akan menduduki exam utk subjek tersebut. Dia bimbang akan gagal.

Maka, setelah berbincang dgn teman berkasihnya yang seorang itu, si lelaki punya satu akal. Mereka akan menduduki exam tersebut spt biasa. Ttp, si lelaki akan menjawab utk buah hatinya, menulis no. matrix buah hatinya. Dan, si perempuan akan menulis no. matrix si lelaki itu. Si lelaki mengakalkan, biarlah dia dianggap gagal subjek itu semester ini, next semester dia akan menjawab exam itu sendiri, and can still get a good grade. Sungguh mendalam rasa kasihnya kepada buah hatinya itu.

Tetapi, Tuhan Maha Kaya. Si lelaki terlupa utk menulis no. matrix kekasihnya itu. Hanya sejurus sblm kertas dikutip, baru dia tersedar dan terus menukar, menulis no matrik buah hatinya itu. Tetapi, ada bbrp kertas jawapan yang masih tertulis no. matrixnya. Kertas2 jawapan yang mengandungi 2 no. matrix yg berlainan itu telah mewujudkan keraguan kpd pemeriksa. Akhirnya, mereka berdua dipanggil memberi keterangan. Dan, mereka berdua telah diGAGALkan.

Berkasih tidak salah. Rasa dikasihi dan mengasihi itu mmg sgt indah. Dan, berkasih juga mampu mengeluarkan hormon yang dapat membantu cemerlang dalam pelajaran.

Tetapi, menipu itu adalah sangat salah.

Itulah cerita orang berkasih. SEKIAN.

15 comments:

Sahalfikri said...

eh berkasih berkasih gak.. tp yg kena tagged tu, x nak main ke?

SITI said...

Abg Suhail: Hurm, tag tu takde expiry date, kan? Huhu...

Anonymous said...

oohh..
sangat berkasih-kasihan ye sekarang...
hmm...
apakah benar CINTA buat seseorang buta..tanpa menyedari risiko dan akibat yang akan diterima?..atau CINTA tidak bersalah dalam soal buta-membuta ini...kerana CINTA adalah perasaan yang agung yang dikurniakan oleh Yang Maha Esa kepada hamba-hambaNya supaya lebih mensyukuri apa yang mereka ada...

Hargailah rasa CINTA dan rasa ingin berkasih-kasihan..kerana ianya sangat indah dan JANGAN sekali-kali mencabuli keindahan RASA ini...
Abadikanlah dalam hati dan jadikan kenangan dan memori ini yang terindah dalam hidup kita...

Sesungguhnya...tiada yang indah melainkan segala yang datang dari-Nya...
Subhanallah...
Maha Suci Allah Tuhan Sekalian Alam...
:)

Marliza Radzi said...

benarkah kisah kasih ini?

jika benar, alangkahnya ceteknya fikiran orang yang bijak pandai.

Anonymous said...

sensortu caps: aku mmg tak tahu apakah benar cinta boleh buat seseorang itu buta.Tp, dalam situasi aku sekarang, aku rasa betul. Haha.

Owh, bilalah si dia itu akan jadi baik, supaya aku tidak kelihatan budduh kerana sangat sukakan dia. Owh, dia benar2 kacak dan gagah di mataku. Owh, cepatlah jadi baik, wahai lelaki kacak dan gagah. Owh.

Anonymous said...

kak Yanti: erm, kisah ini diceritakan semula kpd saya, oleh vip itu, di meja makan, katanya, kisah ini termasuk dalam mesy senat yang dihadirinya. Maka, saya assume ia benar.

Rasa kasih mereka yang meluap2 dan berlebih2an itu GAGAL disalurkan kepada jalan yang betul. Owh...

Anonymous said...

diorang clash tak lepas tu?

anyway, cinta mmg buat kite buta...bila sudah buta kite mula lapa dan leka...dan..hanya tertumpu pada sang kekasih sahaja...betapa kita sangat rugi bile kite berkasih sehingga buta....

hmm..

byk owh dlm entrie ini..

=)

ultimatecass said...

bagus betul bf dia! but then still tak boleh lawan panties-washing bf yang I know. hahaha

SITI said...

Erma: Kau nak eja alpa, kan? Huhu. Bukan entri ni lah, next entri yg banyak "owh". Lalala.

SITI said...

Atie: Kau sudah kembali. Hehe. Kau busy, eh?

Haah, tak bleh lawan bf rumet kau itu. Tapi, basuh panty tak de melibatkan penipuan. Maka, takdelah akan kantoi apa2. Huhu.

Anonymous said...

yer?aku salah entrie kah?
hahahaha....

ye aku mau eja alpa..
tapi sbb tgh puasa maka eja lapa...
(or karma dari sll ngumpat adek ah-nep nye typo error)

SITI said...

Erma: Karma? Huhu. Aku sdg sangat rindukan dia. Bagaimanakah? Cepatlah hilang perasaan ini.

Anonymous said...

ha..ha..ha..cinta mmg buta..

Anonymous said...

apakah..butakah..di manakah..

now..4 me..bukan mase utk berchenta..if i can back to my past life..oh..God..i wann it..

but..dalam keadaan realiti memang tidak akan berlaku..teruskan berjalan ke hadapan dan lalui sumenye dengan tabah dan tenang..

mungkin satu hari nanti ada sinar cerah di hujung lorong..dan ape yg kite impikan selama ini kite akan dapat..mungkin seseorang yg dulunyer kite rindui..huhu..

apakah...

SITI said...

Anon: pada sesetengah perkara, mmg gelitalah jugaks. Huhu.

Agus: Welkam. Erm, berdoalah bersungguh2 utk yg terbaik dalam hidup kita. Sesungguhnya, doa adalah senjata orang2 mukmin. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...