Thursday, August 27, 2009

Haish Politik

Saya seperti tidak mahu tulis tentang politik di bulan Ramadan ini. Tapi.......

Kenapa ntah BN yang diwakili UMNO memilih calon yang ada kes untuk bertanding pilihanraya kecil itu. Tak keysahlah dia betul ker salah ker tipu ker. Tapi, dia ada personal issue. Dahlah lawan kat kubu kuat. Terang2an niat di hati UMNO mahu mengurangkan majoriti, bukannya mahu menang pun. Tapi, kalu dah pilih calon pun tak btol, silap2 majoriti PAS boleh naik. Ini bukan zaman dahulu kala, di mana letak tiang pakai seluar jadik calon pun, BN boleh menang. Haish.

Saya baru baca blog chua soi lek. pelik sungguh bila dia telah dipecat. Betullah cakap dia, adakah dengan pemecatan dia akan menaikkan imej MCA. Alasan pemecatan beliau adalah kerana penyebaran dvd itu akan menjejaskan nama parti. Klakar pun ada. Yalah, dia jadi timbalan presiden pun sebab menang bertanding, dia bukannya menang tanpa bertanding. Orang2 MCA jugak yang pilih dia. Apalah yang difikirkan oleh presiden MCA tu. Haish.

Isu tentang TPM jual tanah kepada singapore muncul kembali. Citer ni, orang Johor dah lama tahu. Saya pun tak tahu kebenarannya. Tapi, kalu dah jual tu, dah tak boleh buat apalah, kan? Saya cuma mahu jambatan bengkok itu. Tak keysahlah pun kalu nak buat tegak. Sebenarnya, buat jambatan itu jadik bengkok sebab singapore taknak buat bahagian dia. Jadi, kalu kita nak buat jambatan jugak, yang akan menjadi lebih tinggi dari tambak, kita kene buat bengkok. Owh, janganlah mengarut2 nak buat jambatan ketiga dengan mana2 hala ntah. Tak rasional nak merepek begitu. Tahu tak, air kat tambak tu tak mengalir. Tolonglah faham rasional nak buat jambatan ganti tambak tu. Haish.

Saya juga baru baca berita online, Senator Profesor Datuk Dr. Ismail Salleh, orang buta yang bijak pandai ini, telah dipanggil Ilahi. Dia adalah orang yang saya kagumi. Takziah kepada keluarga beliau. AlFatihah.

*pesanan bagi orang yang suka buat onar, silalah berhenti membuat onar. Ia tidak akan akan menjadikan kamu bertambah pandai. Ia tidak akan menjadikan kamu bertambah kaya. Dan, pastinya ia tidak akan menjamin kamu masuk syurga.

4 comments:

Sahalfikri said...

Setuju!!! Sangat Setuju!!!

Perasan tak makin lama makin ramai orang yang kita sayang (sebab perjuangan ikhlasnya demi negara dan agama) pergi meninggalkan alam yang semakin binasa ini?

SITI said...

errr, abang setuju semuanya yang ditulis, eh?

ya, saya perasan. sedih dan takut juga.

Marliza Radzi said...

untuk lawan ustaz, diambil peguam yang dah strucked off the roll. jelas sangat ada intergrity issue. memang menang mudahlah orang lagi satu.

SITI said...

kak Yanti: exactly.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...