Tuesday, April 17, 2012

PTPTN

Kecoh betul pasal ptptn, sampai berdemo sana sini. Dah takde buku nak baca ker sampai sempat berhuru-hara sana sini?

Who doesn't want free education? Semua orang nak. Tanyalah orang yang dapat biasiswa, seronok jugaklah tak payah fikir macam mana nak bayar duit pinjaman pelajaran.

Masa borak dengan mak tadi, mak tanya negara mana yang free uni fees? Ya, ada walaupun tak banyak. Saya tahu masa dengar ucapan Najib kat Batu Pahat tu. Dia cakap, antaranya Norway. Tapi cukai sangat tinggi. Saya lantas googled lagi dan menemui beberapa negara lain.

Boleh nak free uni education. Tapi, biarlah kaya dulu negara ni. Macam Singapore itu, pendapatan negara ada lebih, jadi setiap kelurga dapat $1000. Negara kita ni, belum lebih lagi, tapi gigih nak bagi RM500. Lepas tu cananglah 400 hari 400 malam kat tv suratkhabar segala. Tak pernah ker dengar; "Kalau tangan kanan memberi, biarlah tangan kiri tak tahu apa-apa".

Dan, perlulah rajin. Sekarang, pinjaman pun, tapi masih berfoya-foya dengan duit pinjaman. Kalu free, macam mana?

Saya pernah dengar penerangan daripada Pengerusi PTPTN waktu itu, Datuk Husni Hanadzlah. Dia cakap, orang kita yang berapi-api memperjuangkan pengecualian bayaran balik pinjaman bagi graduan kelas pertama. Tapi, yang dapat banyak pengecualian bukan orang kita. Perkara ini gagal memberikan motivasi kepada kaum kita untuk dapat ijazah kelas pertama.

Pada saya, sistem pemberian biasiswa kepada pelajar harus dikaji semula. Janganlah banyak sangat beri kepada orang yang terlebih mampu. Saya baru baca buku biografi Tun M. Masa dia study, dapat biasiswa. Duit makan dapat $25. Bila dapat tahu ayah dia kirim $10 setiap bulan, biasiswa dia berkurang jadi $15. Hoh. Kalau adek saya dah mengamuk sakan dah.

Kat tempat kerja saya tak kecoh pun hal ni. Sebab takde orang yang ada sangkut paut pun dengan ptptn. Sama ada mereka anak orang kaya, penerima biasiswa atau graduan ijazah pertama. Ya, yang terakhir itu yang paling banyak.

Sekian.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, April 13, 2012

Takut

Pada hari Rabu yang lalu, boss suruh datang ofis. Tapi, bukan untuk bekerja, buat aktiviti untuk mengeratkan silaturahim. Ehem.

Hari bermula dengan hujan renyai. Kemudian, buat senamrobik. Ada treasure hunt. Lepas tu, ada aktiviti berkumpulan kecil. Kemudian, buat aktiviti kumpulan besar.

Kami seramai 30 orang duduk dalam bulatan besar. Ada soalam yang ditanyakan kepada kami. Antara soalannya ialah, "Apa yang anda paling takut?".

Ada yang jawab takut tinggi. Ramai yang jawab takut lipas. Tikus juga. Saya jawab takut orang jahat. SLF jawab takut bad news.

Bos kecil menjawab dengan panjang lebar. " Ada 4 perkara. Pertama, sebelum umur 10 tahun, saya takut public speaking. I couldn't finish a story in a story-telling contest. Kedua, sebelum umur 20. Saya takut nak baca ikrar di depan. Saya lebih rela menaikkan bendera." Kemudian, saya lupa apa yang bos takut masa dia umur before 30 dan before 40. Tapi, kemudian dia cakap, "Lepas 20, saya dah tak takut public speaking. What doesn't kill u, will make u stronger".

Kemudian, ada budak (Muslim) jawab, "Saya takut Tuhan." Tetapi, Dr.W terus menyampuk, "Mana boleh takut. Tuhan must be respected. Tuhan perlu dihormati" dengan gelak kecil.

Ya, saya tahu ada juga Muslim(ah) yang tidak takut Tuhan. Atau buat-buat tak takut.

Sekian, salam Jumaat.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, February 25, 2012

Kanser Ovari

Minggu lepas, giliran saya bekerja pada hari sabtu. Saya perlu menganalisis 3 kes saringan kanser ovari yang menggunakan tumor marker CA125 dan HE4.

Dua kes menunjukkan risiko rendah. Tetapi satu kes menunjukkan risiko tinggi Tapi, lain benar kes ini. Risiko yang dikira menunjukkan pesakit ini 100% akan mendapat kanser ovari. Ya, seratus peratus. I even asked myself, can we report it as 100% in screening test? Ia adalah sama seperti mengatakan bahawa peluang untuk pesakit ini tidak mendapat kanser adalah 0%. Ya, kosong. Oh no!

Finally, we reported the risk as 99%, after a small discussion with the doctor.

Kanser memang penyakit yang menakutkan. Dan kanser ovari adalah semakin meningkat di wanita di Malaysia. Walaupun sering berlaku kepada wanita berumur 50-59 tahun, ia juga boleh berlaku kepada wanita-wanita muda yang masih dalam peringkat produktif. 

As you people know, cancer research is everywhere, u named it. Pada zaman sekarang, kajian dalam bidang pharmacogenomics giat dijalanakan. Kajian ini tertumpu kepada tumor marker dan reaksi kepada rawatan kimoterapi yang perlu dijalankan. Lain orang lain reaksinya.

CA125 dan HE4 adalah antara penanda tumor (tumor markers) bagi kanser ovari. Penanda ini bagi membantu para doktor bagi mengesan kanser ovari pada peringkat awal. Setiap wanita boleh menjalani ujian saringan ini. Doktor biasanya akan mengeyorkan ujian ini dilakukan kepada wanita yang mempunyai pelvic mass termasuk ovarian cyst.

Perlu diingatkan bahawa ujian ini adalah ujian saringan. Mendapat keputusan berisiko rendah tidak semestinya anda tidak akan mendapat kanser. Mendapat keputusan berisiko tinggi tidak bermakna anda semestinya akan mendapat penyakit ini. Ujian saringan ini hanyalah untuk membantu para doktor dalam pengesanan awal. 

Kepada para doktor atau sesiapa yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang ujian saringan ini, do email me at timdina199@gmail.com atau terus ke talian hotline 0196002700.

Sekian. 

Friday, January 27, 2012

Tahun-Tahun Baru

Dalam masa kurang dua bulan ini, kita telah menyambut 3 kali tahun baru. Bermula dengan tahun baru Hijrah, kemudian tahun baru Masihi, terakhir ialah tahun baru Cina. Menjadi rakyat Malaysia, semuanya kita raikan dalam kepelbagaian bangsa.

Menyambut tahun baru, tidak boleh lari daripada membuat azam baru. Kalau menyambut tahun Hijrah, maka kita selalu war-warkan supaya berhijrah. Berhijrah dari perkara buruk kepada yang baik, mencontohi Rasulullah s.a.w. Sambutan di sini biasanya ada perarakan. Ada Tokoh Maal Hijrah. Dan ada lagu-lagu nasyid. Owh, cuti juga.

Kalau menyambut tahun baru Masihi, perkataan azam. Atau resolusi. Azam tahun baru. Apa yang kita mahu kecapi untuk tahun ini. Dan malam tahun baru boleh engok bunga api. Biasanya ada konsert tengah malam. Tapi, tahun ini ada yang buat ceramah dan solat hajat di stadium. Tahniah kerajaan Selangor. Ada juga negeri yang tak cuti i.e Johor.

Kalau tahun baru Cina pula, kena tengok Feng Shui dulu. Macam tahun ni tahun naga, ada artikel dalam suratkhabar tulis, rakyat China terdesak untuk dapat anak dalam tahun naga ini. Tahun baru Cina pula ada banyak makanan, sinonim Eidulfitri bagi kita umat Islam. Awal-awal sudah sampai limau Mandarin. Bukan sebiji seorang,tapi berkotak-kotak. Kemudian, ramai-ramai pulang ke rumah untuk makan besar pada malam tahun baru. Cuti adalah dua hari kecuali untuk Kelantan dan Terengganu. Mercun adalah paling meriah. Dua-tiga hari pun tak habis. Owh, ada tarian naga juga. Dan, angpow merah. Terima kasih kepada bos-bos saya yang isi duit merah juga. :)

Tapi, kita juga harus ingat, kita boleh sentiasa ada azam baru untuk hari esok. Tidak semestinya berhijrah pada awal-awal tahun sahaja. Perkara yang baik atau lebih baik boleh sentiasa dilakukan dari sehari ke sehari, tidak kira awal tahun tengah tahun atau akhir tahun.. Bukankah orang yang lebih baik dari hari semalam ialah orang yang cemerlang dan berjaya? Ya, orang yang lebih buruk dari hari semalam adalah orang yang gagal. Tapi, gagal sekali tidak bermakna gagal selama-lamanya.

Saya menutup sambutan tahun baru dengan berkumpul bersama keluarga di Hari Keluarga DKZ yang telah diadakan di Port Dickson pada cuti tahun baru Cina yang lalu. Semoga ukhwah yang terjalin semakin erat. Bertemu kerana Allah, berpisah kerana Allah. Semoga kita tergolong dalam kelompok itu. InsyaAllah.

Ya, gambar ini senget, sebab jurufoto suruh senget ke kanan. 

Sekian. Selamat Tahun -tahun Baru. Semoga selamat semuanya.

Saturday, January 14, 2012

PhD

Terkejut sekejap sebab dah lama tidak buka blog. Tiba-tiba kak Nor tanya pasal PhD. :)

Kisah mahu buat PhD terlalu banyak masuk ke dalam episod hidup saya. Yalah, saya bukan A++++ student. Jadi, perlu buat ijazah sarjana dulu, barulah boleh buat PhD. Jadi, lepas dah dapat sarjana ni, asyik-asyik PhD saja disebut. 

Masa hari lahir saya pada tahun 2010, emak wish saya dengan mengatakan, "Kalau nak sambung PhD, kahwin dulu.". Saya yang masih single & available ketika itu menjawab, "Itu semua kuasa Tuhan. Kalau dia bagi PhD, Phd lah dulu. Kalu dia bagi husband, husband lah dulu."

Semasa viva, pemeriksa luar juga kata, "..teruskanlah....," sambil memuji kerja saya, "Susah nak cari orang yang sanggup mencerap kromosom banyak-banyak slaid". Selepas dapat skrol, saya pun email Prof. ini. Dia memang saya suka tengok. Hensem. Haha. Tapi, projek dia lebih kepada genetik molekul. Saya tak berapa gemar. Saya mahu cari projek sitogenetik juga, pleaseeeee.........

Azhani di US dan Farah Atiqah di UK sudah hampir 100 kali ajak buat PhD, sama-sama mereka di sana. Azhani cakap, "Sama je kerja dengan buat PhD. Kau kerja pun research-based jugak. Baik kau buat PhD." 

Kemudian, episod lain pula. Setelah mendapat skrol juga, emak suruh beri SMS pada pakngah, ucap terima kasih kepada dia kerana telah banyak membantu semasa belajar sarjana dulu. Setelah lama mengarang ucapan terima kasih, saya pun menghantar satu SMS. Dengan cepatnya, pakngah balas SMS saya. "PhD?". Apakahhhhhhh? Dan, sekali lagi saya pun mengarang SMS untuk balas semula soalan pendek pakngah itu.

Penyelia saya tak boleh kalu jumpa dia. Sejak dua tahun yang lalu, mesti cakap, "Dont forget to do your PhD". "Baik Doktor." jawab saya.

Bulan lepas, emak pergi rumah pakitam. Cakap-cakap pasal anak masing-masing. Pakitam pun cakap, "Fatimah tu apa tunggu lagi, sambung je lah PhD". Baikkkkkkkkkkkkkkkk.

Kemudian, saya cakap kat kakak lab tentang cerita dua pakcik saya itu. Tiba-tiba dia yang mengeluh. "Tak penat ker Siti? Asyik belajar jer?". 

Bulan lepas juga, jumpa orang sales yang jual barang kepada saya untuk projek sarjana. Dia ingatkan saya sedang sambung PhD di tempat kerja saya. Huh? Borak-borak sikit. Saya cakap, universiti-universiti baru sekarang  banyak buka skim latihan pensyarah, lebih-lebih lagi dalam bidang kesihatan ini. Saya agak berminat juga nak apply skim itu lantas dapat peluang sambung PhD. "Yes, good choice", kata Mr. Stanley itu. Erk.

Dan, pada sabtu minggu lepas, saya berkesempatan berborak dengan bos saya, Dr. W. "Go and get your next degree. Once you come back, the demand is higher." Agagagagaga. Baiklah.

Dan, tiba-tiba kak Nor tanya, dah daftar ke belum??? Jawapannya, beluuuum. 

Tapi, bila sebut nak buat projek PhD, musti teringat PSU, Hatyai. Ahhh, rindu. 

Sekian, selamat berhujung minggu. 

Thursday, December 22, 2011

Di Bawah Lindungan Kaabah

Saya baru tahu bahawa novel Di Bawah Lindungan Kaabah telah difilemkan, di Indonesia. Terkesima saya sebentar. Selepas dihitung, inilah novel pertama yang pernah saya baca yang telah difilemkan. Tidak, saya bukan peminat Harry Potter atau LOTR. Bukan juga pembaca Lagenda Budak Setan dan Ayat-ayat Cinta. Dan juga, tidak membaca Ombak Rindu.

Saya terkejut juga dengan keberanian orang-orang ini membawa karya pak Hamka ke layar. Kerana saya kira novelnya perlukan jiwa yang bukan calang-calang.

Lantas, cepat-cepat saya menonton trailernya. Ya, saya kecewa. Sepertinya beberapa naskhah novel yang pernah difilemkan, kekecewaan juga melanda pada naskhah pak Hamka ini. Manakan tidak kecewa, jalan ceritanya yang diubah telah membuatkan saya tergamam. 


Beberapa minggu lalu, saya juga telah membaca tentang filem Ombak Rindu. Tentang kekecewaan penulis novel itu apabila pengarah telah menukar jalan cerita. Tidak dapat saya gambarkan betapa kecewanya pak Hamka melihat karyanya dirobek sebegitu.

Buku Hamka, tidak akan pernah penuh dengan drama. Hanya emosi yang berat perlu ditonjolkan. Erm, mungkin macam cerita Korea. Lelakinya menangis, sampai kita sebagai penonton pun terus nangis.

Seingat saya, cerita ini ialah kisah cinta antara dua darjat. Maka, apabila dewasa, abangya si Dara ini hendak mengahwinkan adiknya. Disebabkan si Teruna tidak sanggup untuk melihatnya, maka dia pun pergi membawa diri ke Tanah Haram. Ditakdirkan dia sakit dan meninggal di situ. Si Dara pula, tidak jadi kahwin dengan pilihan abangnya, dan juga jatuh sakit. Bukankah emosi sangat-sangat berat di situ.

Tiba-tiba, Tuan Pengarah pergi tukar, si Dara naik basikal, jatuh masuk dalam sungai. Kemudian, si Teruna selamatkan dia. Tapi, perbuatan itu tidak disukai oleh orang kampung, maka menghukum si Teruna dibuang daerah. Dan, si Teruna pun ke Tanah Haram, dan jatuh sakit.

Hah, boleh ker terima nak tukar-tukar macam tu? Dahlah naik basikal jatuh sungai. Tak Hamka lansung.

Sekian.

Tuesday, December 20, 2011

Menghadapi Kiamat?

Terkejut juga saya apabila 8tv menyiarkan tema the end of the world untuk rancangan-rancangan bulan 12 ini. Ya, bagaimana anda mahu menghadapi tamatnya dunia ini?

Sebagai Muslim, kita wajib percaya dan beriman kepada hari Kiamat. Tapi, tidak tertulis dalam kitab mukjizat al-Quran itu tarikh sebenar hari kiamat. Maka, adakah jatuh haram pula untuk kita mempercayai 20 Disember 2012 adalah tarikh kiamat?

Semalam, saya terfikir sebentar. Mengapakah semua manusia pun seperti tidak mahu berbuat sesuatu untuk menghadapi 2012? Sepertinya semua orang tidak percaya. Orang-orang di keliling saya sibuk lagi bekerja. Tidak ada seorang pun yang saya kenal telah berhenti kerja lalu menyediakan senarai perkara yang perlu dibuat sebelum bumi tammat.

Saya juga belum buat apa-apa, walaupun ada kegusaran.

Dulu-dulu, saya ada pernah juga tanya kawan-kawan, "apakah yang akan anda buat hari ini jika anda tahu esok anda akan mati?". Adakah akan duduk atas sejadah sepanjang hari?

Tapi, saya sudah mula berfikir yang baik-baik sahaja tentang manusia. Hendak gaduh-gaduh sesama manusia? Buat apa? Biarlah mereka. Biarlah yang mahu merajuk-merajuk itu, sekejap nanti baiklah. Biarlah Bos yang selalu dalam temporary insanity itu, lama-lama nanti sihatlah. Yang suka berlagak-lagak, layankan saja.

Saya cuma fikir, perlukah saya berhenti kerja, atau at least bertukar kerja, untuk menghadapi 20122012 ini?

Perlukah?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, November 30, 2011

Despatch

Saya masih di tempat kerja. Di surau, usai maghrib. Hajat di hati nak balik awal. Tapi...... Haih.

Despatch balik lambat giller. Like, giller punya lambat. 6.30 petang. Seriously. Sepatutnya mereka balik jam 4. Paling lewat pun pukul 5. Tapi, 6.30 p.m? Urgh.

Saya selalu berbaik-baik dengan despatch. Dulu-dulu lagilah sangat baik. Sebabnya adalah supaya mereka akan segera balik awal. Tidaklah mereka mahu lengah-lengah pulang. Supaya budak-budak lab ni tidaklah ternanti-nanti.

Saya tahu hari ni mereka pulang lewat sebab hari hujan.

Entahlah. Mungkin saya rasa tidak gembira kerana PMS kot hari ni. Selalunya saya akan rasa kasehan dengan mereka yang balik dengan kuyup. Tapi, hari ni mereka tak kuyup sangat. Mungkin mereka berhenti berteduh, maka lambat.

Dan, despatch stand-by hari ni berhenti kerja. Tinggal 2 despatch. Kalu satu MC? Haih.

Ya, banyak mengeluh hari ni. Boooo.

Takpe, esok saya cuti. Mahu pergi makmal genetik di ibu kota itu. Yeay. :)

Sekian. Selamat menyambut bulan baru, bulan terakhir tahun ini. Juga bulan pertama untuk tahun Hijrah ini. :)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, November 14, 2011

Seperti Mimpi

Saya mahu cerita satu cerita di hari Jumaat malam Sabtu sebelum hari raya haji yang lalu.

Saya makan dengan Enchek Mekanik di Bangi malam itu. Kami berdua membuat keputusan untuk pulang ke kampung masing-masing pada pagi Sabtu keesokkan harinya.

Kami melalui PLUS untuk pulang malam itu, dalam jam 10 malam. Selepas masuk di tol Bangi, saya asyik dengan timeline Twitter di BB saya. Tiba-tiba, saya terdengar suara Enchek Mekanik yang sedang memandu menjerit, " Ya Allah. Siti, budak tu langgar tiang". Saya terkejut. Tapi, tidaklah saya fikir yang serius.

Terlihat di tepi jalan satu motorsikal di tepi tiang. Saya cuba mencari penunggangnya. Sangka saya, mungkin terjatuh ke dalam parit berhampiran. Tapi, saya tidak nampak. Enchek Mekanik sedang trauma ketika itu. Dia tidak berani berhenti dekat dengan tempat kejadian.

Tapi, hanya kereta kami yang berhenti. Tiada motorsikal lain pun berhenti, apatah lagi kereta yang lain. Saya gusar benar ketika itu, takut-takut masyarakat Malaysia juga sudah kurang prihatin lantas akan berlakulah kejadian yang menyayat hati seperti kisah anak kecil Yue Yue di China itu.

Saya terus hubungi kecemasan. (Enchek Mekanik tidak hafal nombor kecemasan tapi hafal nombor hotline PLUS ;p). Dia yang bercakap dengan operator itu. Selepas itu, Enchek Mekanik masih tidak berani lagi ke arah motor yang kemalangan itu. Jika dia takut, tidaklah pula saya mahu berani-berani.

Enchek Mekanik cuba menahan kenderaan lain. Selepas 5 minit berlalu, sebuah motorsikal pun berhenti. Dia kelihatan seorang pelajar, mahu pulang ke kampung untuk berhari raya. Mula-mula dia takut juga. Selepas dia ke tempat kemalangan, saya pun pergi.

Kelihatan banyak darah mengalir. Entah kenapa saya lebih takut untuk pegang, risau kalau-kalau terkena bahagian yang retak/patah. Tapi, mangsa itu tidak berbunyi pun. Kaku. Kelihatan tiang elektrik yang dilanggar itu bengkok dan lampu itu sudah mati.

Selepas beberapa lama, ada 3 buah motorsikal lagi berhenti. Tapi, ambulans tidak muncul-muncul pun. Saya hubungi semula talian kecemasan. "Bantuan ambulans dalam perjalanan, cik". Gah, baru saya faham mengapa ada orang yang sanggup menumbuk pemandu ambulans.

Mereka yang berhenti telah mengangkat motor yang menghempap mangsa. Mangsa tetap kaku di situ. Seorang lelaki berkata, dia sudah tiada. Entah mengapa saya tidak mahu percaya.

Setibanya ambulans, pembantu pperubatan yang hadir mengesahkan mangsa telah meninggal di tempat kejadian. Dia berkata kepada saya, kepalanya retak, sudah nampak otak. Saya tak nampak pun sebab mangsa memakai topi keledar, dan keadaan di situ agak gelap kerana lampu sudah mati. Saya hanya nampak jaket mangsa tertulis "Kementerian Kesihatan Malaysia". Sikit lagi saya nampak namanya di jaket itu, tapi saya rasa biarlah saya tidak tahu.

Pemandu ambulans kata, "Saya selalu kutip orang macam ni. Memang takde harapan untuk hidup". Dia kemudian menghubungi polis untuk tindakan lanjut.

Enchek mekanik sampai akhirnya tidak sanggup untuk melihat mangsa itu. Dia agak trauma kerana dia nampak sendiri motor itu menghentam tiang lampu.

Kami terus pulang tanpa menunggu pihak polis tiba.

Setiba saya di rumah, saya termenung sebentar. Entah anak siapa orang itu. Bagaimana sahaja keluarganya menerima berita sedih ini ketika hari raya hampir tiba.

Ini pengalaman pertama saya berdepan dengan situasi ini. Jika saya tahu mangsa sebegini tidak akan dapat diselamatkan, saya pasti akan mengucap syahadah tanpa henti kepada mangsa. Saya terkilan kerana saya hanya melihat mangsa yang kaku tanpa berbuat apa-apa.

Saya mencari-cari dalam akhbar utama tentang kemalangan itu, tapi tidak jumpa.

Barulah saya percaya bahawa kemalangan jalan raya adalah pembunuh nombor satu.

Al-fatihah buat mangsa. 

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, November 11, 2011

11112011

Chantek kan tarikh hari ni. Ramai betul kawen. Adik LCY daftar kawen hari ni, maka LCY cuti. LCY nya tak tahu bila lagi. Mungkin nak cari kat kota Singa kot. Owh, dan kawan saya, En. Kid pun nikah hari ni. Kenduri esok/lusa dan minggu depan. Insyaallah, saya pergi. Tahniah kepada anda semua.

Minggu appraisal sudah bermula di opis. Disebabkan prestasi saya mendatar tahun ini, maka saya kurang suka mahu di appraise. Sudahlah ada pre appraisal form. Susah giller pulak tu soalan. Nak karang ayat omputih lagi. Grrrrrr.......

Dr. W ada jumpa saya bulan lalu. He said I seems not happy. Haha. Saya jawab, "owh, bukan saya seorang yang tidak happy. LCY juga begitu. Ada juga orang di opis pun tidak gembira. Di tempat kerja yang lain pun ada yang tidak gembira. Maka, saya tidak keseorangan dalam hal ini". Haha. Pandai tak saya jawab. Betullah, kan? Masalah tidak gembira di tempat kerja bukan masalah terpencil, terutama bagi ibu-ibu yang ada anak kecil. Sentiasa dalam dilema.

Saya ingatkan nak buat entri backdated. Tapi belum sempat-sempat lagi. Nak letak gambar, tapi pendrive saya entah ke mana. Doakanlah saya jumpa ia secepat mungkin.

Saya tahu bukanlah ramai sangat yang ingin membaca coretan di sini. Tapi, ada satu orang itu, KBH, setia betul. Haruslah saya sebagai penulis di sini menghargai pembaca setia walaupun seorang. Terima kasih, ya enchek KBH. Kesetiaan anda amat dihargai. :)

Sekian, sehingga berjumpa lagi.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...