Saturday, January 14, 2012

PhD

Terkejut sekejap sebab dah lama tidak buka blog. Tiba-tiba kak Nor tanya pasal PhD. :)

Kisah mahu buat PhD terlalu banyak masuk ke dalam episod hidup saya. Yalah, saya bukan A++++ student. Jadi, perlu buat ijazah sarjana dulu, barulah boleh buat PhD. Jadi, lepas dah dapat sarjana ni, asyik-asyik PhD saja disebut. 

Masa hari lahir saya pada tahun 2010, emak wish saya dengan mengatakan, "Kalau nak sambung PhD, kahwin dulu.". Saya yang masih single & available ketika itu menjawab, "Itu semua kuasa Tuhan. Kalau dia bagi PhD, Phd lah dulu. Kalu dia bagi husband, husband lah dulu."

Semasa viva, pemeriksa luar juga kata, "..teruskanlah....," sambil memuji kerja saya, "Susah nak cari orang yang sanggup mencerap kromosom banyak-banyak slaid". Selepas dapat skrol, saya pun email Prof. ini. Dia memang saya suka tengok. Hensem. Haha. Tapi, projek dia lebih kepada genetik molekul. Saya tak berapa gemar. Saya mahu cari projek sitogenetik juga, pleaseeeee.........

Azhani di US dan Farah Atiqah di UK sudah hampir 100 kali ajak buat PhD, sama-sama mereka di sana. Azhani cakap, "Sama je kerja dengan buat PhD. Kau kerja pun research-based jugak. Baik kau buat PhD." 

Kemudian, episod lain pula. Setelah mendapat skrol juga, emak suruh beri SMS pada pakngah, ucap terima kasih kepada dia kerana telah banyak membantu semasa belajar sarjana dulu. Setelah lama mengarang ucapan terima kasih, saya pun menghantar satu SMS. Dengan cepatnya, pakngah balas SMS saya. "PhD?". Apakahhhhhhh? Dan, sekali lagi saya pun mengarang SMS untuk balas semula soalan pendek pakngah itu.

Penyelia saya tak boleh kalu jumpa dia. Sejak dua tahun yang lalu, mesti cakap, "Dont forget to do your PhD". "Baik Doktor." jawab saya.

Bulan lepas, emak pergi rumah pakitam. Cakap-cakap pasal anak masing-masing. Pakitam pun cakap, "Fatimah tu apa tunggu lagi, sambung je lah PhD". Baikkkkkkkkkkkkkkkk.

Kemudian, saya cakap kat kakak lab tentang cerita dua pakcik saya itu. Tiba-tiba dia yang mengeluh. "Tak penat ker Siti? Asyik belajar jer?". 

Bulan lepas juga, jumpa orang sales yang jual barang kepada saya untuk projek sarjana. Dia ingatkan saya sedang sambung PhD di tempat kerja saya. Huh? Borak-borak sikit. Saya cakap, universiti-universiti baru sekarang  banyak buka skim latihan pensyarah, lebih-lebih lagi dalam bidang kesihatan ini. Saya agak berminat juga nak apply skim itu lantas dapat peluang sambung PhD. "Yes, good choice", kata Mr. Stanley itu. Erk.

Dan, pada sabtu minggu lepas, saya berkesempatan berborak dengan bos saya, Dr. W. "Go and get your next degree. Once you come back, the demand is higher." Agagagagaga. Baiklah.

Dan, tiba-tiba kak Nor tanya, dah daftar ke belum??? Jawapannya, beluuuum. 

Tapi, bila sebut nak buat projek PhD, musti teringat PSU, Hatyai. Ahhh, rindu. 

Sekian, selamat berhujung minggu. 

5 comments:

Anonymous said...

pegi la sambung phd. kan itu cita2 awak dari awal?

SITI said...

Taklah. Cita-cita saya lain dari awal.

Anonymous said...

apa cita2 awak yang awal? bnyak sgt la cita2 awak tu

Anonymous said...

Wahai Siti Fatimah. Kawin dahulu. Jika rasa nak dapat pahala banyak baik Kawin.

Anonymous said...

Fatimah, mana2 pn bleh. Rezeki org lain2 ada yg tgh belajar tetiba dpt jodoh. Timah dh pn sahut fardhu kifayah. Tahniah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...