Friday, January 27, 2012

Tahun-Tahun Baru

Dalam masa kurang dua bulan ini, kita telah menyambut 3 kali tahun baru. Bermula dengan tahun baru Hijrah, kemudian tahun baru Masihi, terakhir ialah tahun baru Cina. Menjadi rakyat Malaysia, semuanya kita raikan dalam kepelbagaian bangsa.

Menyambut tahun baru, tidak boleh lari daripada membuat azam baru. Kalau menyambut tahun Hijrah, maka kita selalu war-warkan supaya berhijrah. Berhijrah dari perkara buruk kepada yang baik, mencontohi Rasulullah s.a.w. Sambutan di sini biasanya ada perarakan. Ada Tokoh Maal Hijrah. Dan ada lagu-lagu nasyid. Owh, cuti juga.

Kalau menyambut tahun baru Masihi, perkataan azam. Atau resolusi. Azam tahun baru. Apa yang kita mahu kecapi untuk tahun ini. Dan malam tahun baru boleh engok bunga api. Biasanya ada konsert tengah malam. Tapi, tahun ini ada yang buat ceramah dan solat hajat di stadium. Tahniah kerajaan Selangor. Ada juga negeri yang tak cuti i.e Johor.

Kalau tahun baru Cina pula, kena tengok Feng Shui dulu. Macam tahun ni tahun naga, ada artikel dalam suratkhabar tulis, rakyat China terdesak untuk dapat anak dalam tahun naga ini. Tahun baru Cina pula ada banyak makanan, sinonim Eidulfitri bagi kita umat Islam. Awal-awal sudah sampai limau Mandarin. Bukan sebiji seorang,tapi berkotak-kotak. Kemudian, ramai-ramai pulang ke rumah untuk makan besar pada malam tahun baru. Cuti adalah dua hari kecuali untuk Kelantan dan Terengganu. Mercun adalah paling meriah. Dua-tiga hari pun tak habis. Owh, ada tarian naga juga. Dan, angpow merah. Terima kasih kepada bos-bos saya yang isi duit merah juga. :)

Tapi, kita juga harus ingat, kita boleh sentiasa ada azam baru untuk hari esok. Tidak semestinya berhijrah pada awal-awal tahun sahaja. Perkara yang baik atau lebih baik boleh sentiasa dilakukan dari sehari ke sehari, tidak kira awal tahun tengah tahun atau akhir tahun.. Bukankah orang yang lebih baik dari hari semalam ialah orang yang cemerlang dan berjaya? Ya, orang yang lebih buruk dari hari semalam adalah orang yang gagal. Tapi, gagal sekali tidak bermakna gagal selama-lamanya.

Saya menutup sambutan tahun baru dengan berkumpul bersama keluarga di Hari Keluarga DKZ yang telah diadakan di Port Dickson pada cuti tahun baru Cina yang lalu. Semoga ukhwah yang terjalin semakin erat. Bertemu kerana Allah, berpisah kerana Allah. Semoga kita tergolong dalam kelompok itu. InsyaAllah.

Ya, gambar ini senget, sebab jurufoto suruh senget ke kanan. 

Sekian. Selamat Tahun -tahun Baru. Semoga selamat semuanya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...