Tuesday, December 20, 2011

Menghadapi Kiamat?

Terkejut juga saya apabila 8tv menyiarkan tema the end of the world untuk rancangan-rancangan bulan 12 ini. Ya, bagaimana anda mahu menghadapi tamatnya dunia ini?

Sebagai Muslim, kita wajib percaya dan beriman kepada hari Kiamat. Tapi, tidak tertulis dalam kitab mukjizat al-Quran itu tarikh sebenar hari kiamat. Maka, adakah jatuh haram pula untuk kita mempercayai 20 Disember 2012 adalah tarikh kiamat?

Semalam, saya terfikir sebentar. Mengapakah semua manusia pun seperti tidak mahu berbuat sesuatu untuk menghadapi 2012? Sepertinya semua orang tidak percaya. Orang-orang di keliling saya sibuk lagi bekerja. Tidak ada seorang pun yang saya kenal telah berhenti kerja lalu menyediakan senarai perkara yang perlu dibuat sebelum bumi tammat.

Saya juga belum buat apa-apa, walaupun ada kegusaran.

Dulu-dulu, saya ada pernah juga tanya kawan-kawan, "apakah yang akan anda buat hari ini jika anda tahu esok anda akan mati?". Adakah akan duduk atas sejadah sepanjang hari?

Tapi, saya sudah mula berfikir yang baik-baik sahaja tentang manusia. Hendak gaduh-gaduh sesama manusia? Buat apa? Biarlah mereka. Biarlah yang mahu merajuk-merajuk itu, sekejap nanti baiklah. Biarlah Bos yang selalu dalam temporary insanity itu, lama-lama nanti sihatlah. Yang suka berlagak-lagak, layankan saja.

Saya cuma fikir, perlukah saya berhenti kerja, atau at least bertukar kerja, untuk menghadapi 20122012 ini?

Perlukah?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1 comment:

Anonymous said...

Wahai Siti Fatimah. Kita tak perlu tukar kerja. Janji kerja yg dibuat adalah halal dan untuk ummah. Tetapi kita Jgn lupa beribadat dan beramal seperti kita akan mati esok. Kiamat bila bila masa saja boleh. Harini boleh esok pun boleh. Yang penting kita janga syirik kepada Allah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...