Friday, May 20, 2011

DNA Paternity Test

Sudah lama saya ingin menulis tentang perkara ini.

Dulu-dulu, masa kecil, jika saya menonton drama di TV, jika ada skrip yang mengandungi ujian DNA ini, pasti saya rasa tipu. Lebih-lebih lagi jika keputusan ujian itu ditukar. Pada saya, tidak semudah itu, wujudnya makmal ujian DNA di Malaysia, apatah lagi mahu ditukar keputusannya. Jadi, saya rasa skrip itu tipu. ;p

Namun, sekarang, saya adalah sedang bekerja di sebuah makmal yang menyediakan perkhidmatan ujian DNA ini. Ya, tak tipu. Tidaklah pernah saya mimpi begini. Walaupun bukan saya yang lakukan ujian itu, tapi saya sentiasa tahu bila ada sampel untuk ujian itu. Dan saya adalah berkawan baik dengan rakan sekerja yang menjalankan ujian ini.

Setiap kali ada sampel, kami tahu pasti ada cerita di sebaliknya. Mana mungkin satu keluarga normal mempunyai keraguan tentang paterniti seorang anak. 

Saya dengar cerita, pada masa lalu, makmal ini menerima sampel daripada walk-in individu. Tapi, sekarang sudah tidak lagi. Kami lebih prefer individu tersebut melalui mana-mana doktor perubatan.

Peningkatan sampel untuk ujian ini juga amat menggerunkan urat kepala saya. Sampel paterniti ini pernah kami terima daripada amniotic fluid, iaitu bayi itu belum dilahirkan pun! Apa sahaja cerita mereka. *sigh*

Saya juga pernah menjawab panggilan telefon daripada sebuah klinik, bertanya tentang ujian ini. Tapi, yang peningnya, doktor itu sangat ramah bercerita. Kerisauan pesakitnya adalah tentang mahram! Pastinya pesakit itu seorang muslim. *sigh again*

Owh, pesakit adalah bukan sahaja dari bandar-bandar besar, dari kampung juga kita terima. Seriously.

Saya hanya harap tidaklah ada orang yang saya kenali menghantar sampel untuk ujian ini. Hantarlah sampel untuk ujian lain. Nanti saya sangat susah hati.

Serius risau.

Sekian. 

Thursday, May 19, 2011

.OfTheChineseFriends.

Saya tidak pernah sedar bahawa saya tidak pernah kawan dengan Chinese sampailah saya kerja sekarang. Dulu, masa kat universiti, saya fikir, saya sudah kawan, tapi semua itu hanyalah dipanggil berbincang dalam kumpulan. ;p

Dan, ia adalah satu pengalaman yang menyeronokkan. :)

Company tempat saya kerja ini, separuh Chinese, separuh Malay, tiada Indian. Dan, di makmal sekarang adalah 4 Chinese, 2 Malay. Itu situasi sekarang. Dulu-dulu, adalah ramai sikit Melayu. Sekarang ramai sudah pindah. 

Mula-mula masuk, memanglah agak terkejut. Ada satu kawan ini, dia tidak pandai dalam bahasa. Jangan kata bahasa Melayu atau Inggeris, bahasa Cina pun dia tak dapat A. Hehe. Kelakar tau bila tiba-tiba dia sedang cerita dengan khusyuk, dan tiba-tiba berhenti, sebab tak tahu perkataan. Jadi, cakap Cina kejap dengan kawan sebelah, untuk translate. Haha. Mula-mula dulu rasa macam, apakah??? Tapi, sekarang rasa cute giller. He even did it in a meeting. Owh, itu hanya satu orang kawan Cina ini, yang mana tak pandai bahasa. Kawan yang lain adalah pandai, jadi perlulah tolong dia translate, sama ada ke bahasa Melayu atau Inggeris.

Being me, selalulah ada word of the week, atau word of the month yang selalu saya ulang-ulang. Mula-mula masuk kerja, ramai pun pelik dengan perkataan yang saya guna. Gigih dan huru-hara adalah perkataan yang saya perkenalkan kepada mereka. Haha. Sekarang, mereka sudah pandai guna juga. 

Tiba-tiba menjadi cikgu bahasa Melayu di sini. Kononlah. Dan, perkataan paling susah pernah saya ajar adalah "berpeleseran". Kawan paling pandai pun tak tahu perkataan ini. Huhu. 

Saya juga adalah peminat tegar drama cina petang-petang itu. Ya, saya sudah nonton drama TVB itu sejak darjah 4 seingat saya. Saya juga masih nonton sekarang jika masih berkesempatan. Kalu tak sempat petang-petang, saya adalah nonton malam-malam punya series. Haha.

Ya, adalah seronok bila boleh borak-borak dengan budak Cina tentang drama Cina. Percayalah bahawa saya pernah bercita-cita mahu langan AOD jika saya langgan Astro di rumah sendiri nanti. ;p

Well, of course, satu perkara yang agak menjengkelkan adalah bila mereka cakap Cina to each other depan kita. Tapi, itu adalah perkara normal. Keselesaan bila bercakap antara satu sama lain. Setakat ini, saya belum rasa terbeban unuk belajar Mandarin. 

Selama ini, kita fikir kita telah kenal antara satu sama lain Tapi, rupa-rupanya kita hanya tahu sedikit sahaja. Terlalu banyak yang kita tidak tahu.

Walaupun banyak tidak tahu, yang penting saling menghormati. Maka, boleh hidup dengan aman. 

Sekian. 


Tuesday, May 17, 2011

Anak lelaki Itu

Dia adalah anak kepada sepupu saya, sebelah abah. 

Saya masih ingat wajah dia yang comel, putih dan suci itu. Wajah dia yang suka tersenyum. Wajah dia ketika bersalam dan mencium tangan saya. Semasa kecil, dia tinggal di kampung bersama nenek saya dan maklong saya, iaitu nenek dia.

Saya telah nonton rancangan Showdown sejak tahun lepas lagi. Hebat dan bergaya sungguh anak-anak muda itu menari. Ya, pemenangnya adalah kumpulan anak-anak jati Muar.

Tahun ini, saya juga tidak ketinggalan menonton rancangan *ehem* lagha itu. Banyak sungguh kumpulan dari Muar yang mencuba nasib, menjadikan kumpulan pemenang musim pertama sebagai idola mereka.

Saya telah mendengar anak lelaki yang satu ini berkecimpung dalam dunia tarian sejak beberapa tahun lalu. Tetapi tidaklah saya pernah melihat dia menari. Saya pun jarang-jarang berjumpa dia. Tapi, bila berjumpa, senyuman tidak lekang di bibir. Membuatkan saya masih fikir dia sewaktu kecil.

Dan, sejak beberapa minggu ini, saya telah dapat menonton wajah itu di kaca televisyen. Setiap hari Rabu jam 9.30 malam. Ya, di rancangan Showdown 2011. Ya, wajah anak lelaki itu masih tersenyum. Menari dan tersenyum.

Pantas masa berlalu. Dia masih suka senyum, walaupun dia tidak lagi bersalam dan mencium tangan saya. 

Oh, tidak. Saya tidak mengundi. Tidak pernah saya mengundi rancangan realiti kecuali sekali, untuk Daniel (MI2). ;p Sekali sahaja, dengan Erma. 

Sekian.

Sunday, May 15, 2011

Kepada anak-anak yang lahir selepas 20 April 2010

Maafkan kami.

Hari itu, 20 April 2010, jam 10 malam waktu tempatan, telah tercatat satu tragedi di bumi. Sangatlah dahsyat. Tumpahan minyak di Teluk Mexico, yang berlarutan tiga bulan lamanya. Angkara perbuatan manusia.

4.9 juta tong minyak telah tumpah ke lautan. Ya, 4.9 JUTA.

Pencemaran alam tiada sempadan. Walaupun ia berlaku jauh di Mexico, kita tahu sumber air dari laut adalah sudah tercemar dengan tumpahan minyak itu. Hidupan laut sudah menjadi mangsa. Hidupan liar seperti burung-burung juga telah diselaputi minyak dan gagal terbang. Ada yang dapat diselamatkan. Namun, banyak juga yang menemui ajal.

Sudah lebih setahun, tapi baru kesempatan saya menulis di sini.

Namun, ada satu hal lagi yang telah berlaku dalam masa setahun itu.

Kebocoran reaktor nuklear di Jepun, yang juga telah memasuki air laut yang masin itu. Kejadian ini berlaku akibat gempa bumi kuat yang melanda. 

Bahawa kita sentiasa tahu, pencemaran alam tiada sempadan. Bahawa kita semua tahu kesan pencemaran radioaktif hanya dapat diketahui selepas beberapa waktu. Jika dilihat kesan letupan Chernobyl, terlalu banyak kesan ngeri. Itu hanya melibatkan pencemaran udara. Dan, kali ini air laut pula telah dicemari radioaktif.

Setakat entri ini ditulis, diberitakan pencemaran nuklear ke laut itu masih berlaku. 

Anak-anak yang lahir selepas 20 April 2010, hanya 10 tahun lagi kamu mungkin akan faham sepenuhnya apa itu maksud pencemaran. Dan, kita semua tidak tahu apa lagi yang mungkin akan berlaku dalam masa sepuluh tahun ini, menyebabkan air laut itu akan makin tercemar. 

Ketika itu, janganlah kamu marah atau memberontak kepada orang dewasa. Bahawa mereka semua itu telah meninggalkan bumi yang sangat tercemar dan suruh kamu hidup riang. 

Ketahuilah bahawa kami tidak berniat begitu. Namun, kami hanya mampu berharap kamu semua akan mempunyai semangat yang kuat untuk hidup. Kemarahan kepada generasi kami tidak akan dapat mengubah apa-apa.

Ya, kami tidak cukup berusaha untuk meninggalkan bumi yang lebih bersih untuk kamu tinggal.   Semoga kamu semua maafkan kami.

Sekian.

Monday, May 02, 2011

Perang Itu Kemusnahan

Osama diisytihar telah mati, oleh Obama.

Saya masih ingat lagi malam kejadian 11 September. Ketika itu, saya di sebuah hotel di Lumut, bersama keluarga saya, kami sedang bercuti. Bila saya cakap, WTC kena bom, abah yang ketika itu sedang tidur-tidur ayam menjawab, "Peranglah dunia nanti".

Ya, perang pun bermula, diketuai oleh Bush Jr. Dunia pun huru-hara.

Dan, hari ini Osama telah diisytihar mati.

Amerika dilihat berpesta, seluruhnya. Melupakan tornado yang telah melanda dan memusnahkan. Bergembira, seolah-olah raksasa telah dibunuh, maka dunia akan aman. Seperti cerita ultraman dan raksasa.

Tetapi, saya amat gusar sekali. Bagaimana mungkin rakyat Amerika itu boleh berpesta.

Kematian satu orang Osama ini akan melahirkan ribuan Osama. Kini, hati mereka punya satu lagi perjuangan, membalas dendam atas kematian ketua mereka.

Bagaimana mungkin kita begitu pasti bahawa yang mengganti Osama itu adalah lebih lembut. Bagaimana jika lebih keras pendekatannya? 

Itu sebab saya musykil bagaimana rakyat amerika itu boleh berpesta.

Perang adalah sesuatu yang menakutkan. Pasti ada kemusnahan. Pasti.  

Ya, doa itu senjata. Berdoa untuk kesejahteraan sejagat. Amin.

Saturday, April 30, 2011

Will & Kate 2011

Hari ini hari Sabtu. Dalam seminggu ini, saya telah berkira-kira untuk menonton TV pada pagi sabtu ini. Mahu nonton siaran ulangan perkahwinan diraja. Sebab saya sangat pasti saya tidak dapat menonton siaran lansung.

Namun, semalam, saya telah dapat menontonnya secara lansung di opis. Hehe. Sedang sambil-sambil buat keje tu, pasang jer royalchannel kat youtube. Suka sangat. :) Dan, sekarang sedang nonton lagi. 

Tapi, sume pun pelik, mengapa saya excited sangat nak tengok. Saya pun tak tahu nak jawab. Suka jelah. Memang suka pun tengok perkara-perkara macam ni. 

Dan, majlis wedding kali ini sangatlah chanteks. Kalau tak sangat sempurna pun, it was almost perfect. Semua pihak pun memuji gaun pengantin itu. Memang chanteks. Saya cuma agak terkejut, rambut Kate tidak didandan rapi, hanya dilepas bebas. Ya, masih chanteks. Less is more. Cuma...

Dan lagi, Kate itu bagai telah sangat bersedia menjadi kerabat diraja. Dia senyum dengan manis dan melambai tanpa henti. Owh, dan tidak boleh dinafikan juga, dia sangatlah sedang gembira amat sangat dilamun cinta. Juga, fakta bahawa dia make up diri sendiri itu adalah amat mengagumkan. Sangat!



Tahniah untuk mereka. Semoga kekal hingga ke akhir hayat.

Wednesday, April 20, 2011

Bendera

Mula-mula mahu jadikan entri wordless. Tapi, mahu tulis panjang-panjang. Maka, tak jadilah wordless. :p


Mula-mula lihat blog traffic ini, sangat suka melihat bendera negara Siam itu. Suka, mahu Like ratusan kali. Tapi, rupa-rupanya ada satu bendera negara lain yang terselit di situ. Warnanya sama, cuma jalurannya saja yang berbeza. Ya, ia dari negara Belanda. Hehe. Terima kasih kepada kak Roni yang sudi baca blog saya ini lagi.

Million of thanks juga kepada budak-budak negara Siam itu yang datang. Ada juga datang dari Phuket (tiada dalam gambar). Siapa entah. Tak ingat pula saya ada yang cakap kampung halaman mereka dari Phuket. Yang saya ingat ada dari Pattani. Boom! :p

Ya, satu lagi entri lagha.

Tidak. Tidak mahu tulis tentang politikus. Tentang Sarawak. Tentang email percuma. Adakah ada mana-mana negara lain yang buat begitu? Atau Malaysia ini benar-benar mahu menjadi satu-satunya negara dalam dunia dalam semua perkara? Adakah?

Tidak mahu juga menulis tentang kesakitan kepala yang sangat menyesakkan ini. Rasa mahu belah kepala, letak apa sahaja yang menyebabkan kepala ini berdenyut-denyut tidak tentu hala itu, dalam peti ais. 

Hanya mahu riang dengan jalur-jalur bendera itu, yang selepas ini mungkin tidak akan berlaku lagi, kerana tidak akan menulis lagi tentang makmal Siam yang cantik itu. รัก! 

Sekian.

Thursday, April 14, 2011

รัก


Hari ini telah genap sebulan saya berkenalan dengan PSU. Ini adalah entri terakhir saya tentang lawatan itu. Saya tidak boleh rindu-rindu sekarang ini, kerana bos sedang garang. Tapi, nanti jika semuanya sudah selesai, saya pasti akan ke sana, untuk ucap terima kasih. *ehem*. Di sini diabadikan gambar-gambar rakan di makmal yang tidak lokek ilmu kepada kami.










  




Nak jugak letak gambar ni lagi walaupun lebih kurang gambar di atas. Suka sebab gambar takde bos. Haha.

The driver and the co-driver of Nissan Teana. Lupa nak ambil gambar depan kereta yang banyak berjasa pada kami pada hari terakhir kami di sana. 

OK, tammat sudah. Lepas ni tulis entri lain. Owh, perlu tulis nota, susunan gambar tiada kena mengena dengan apa-apa. Apa-apalah. Haha. Cuma upload sahaja. 

Happy Songkran Day and Happy Holidays! Enjoy!

Wednesday, April 06, 2011

Wordless Wednesday 06042011

Sunday, April 03, 2011

Gaduh dengan Bos

Saya mahu tulis sekurang2nya satu lagi entri tentang HatYai. Tapi, belum dapat gambar. Juga, saya perlu menghadapi realiti. YR juga sudah sergah saya " u ni dah balik ker belum?". Apa boleh saya buat. Lab itu sangat chanteks untuk saya lupakan sebegitu cepat.

Saya telah mengharungi minggu penuh drama pada minggu lalu. Bos tiba2 sangat mengawasi gerak-geri saya, setiap inci. End up, di suatu pagi, saya telah "meninggi suara" kepada bos.

Naseblah progestron saya rendah ketika itu. Kalu tidak, mahu saya pulang rumah terus pada pagi itu.

Bos memang telah mula pelik2 sejak saya pulang dari HatYai. Jadi, minggu lepas adalah tahap kemuncak, di mana talian internet dalam bilik saya diputuskan. Saya bukanlah marah sangat, tapi dia buat perkara itu diam2, di waktu malam hari. Saya pulang jam 7.30 malam hari sebelumnya. Esok pagi jam 9, saya datang tiba2 tiada talian. Peliklah, kan? Kalu mahu potong pun, bagitau je la. Haih. Terkejut tau.

Selepas beberapa jam, selepas merasa betapa kelakarnya "meninggi suara" dengan bos, saya tiba2 sedar bahwa salah satu perkara yang mengalir dalam darah keluarga saya telah berlaku kepada saya. Ya, gaduh dengan bos had happen to almost my uncles and aunties, at least at my mother's side. Huhu. Saya pernah mendengar satu cerita yang agak menakutkan tentang pakcik saya dan bosnya. Huh. Jadi, nak buat macam mana?  Adeks saya pun sudah mengalaminya.

Dan, ini juga bukan pertama kali berlaku pada saya. Saya pernah gaduh dengan bos kecil, tidak berapa lama selepas masuk kerja. Tapi, masa tu, progestron tahap tinggi.

Kemudian, saya telah menginsafi diri. Apalah sangat dugaan saya, disekat internet itu, jika mahu dibandingkan dengan dugaan bagi sebilangan rakyat Jepun yang dilanda tsunami itu. Mereka bukan sahaja kehilangan talian internet, malah kehilangan pekerjaan dan kehidupan. 

Image: NST Online

Saya jumpa gambar di atas ketika mahu menulis entri ini. Kanak2 Jepun ini telah mengambil teddy bear itu dari rumahnya yang telah ranap. Saya berharap dia akan lebih ceria setelah menjumpai satu barang kesukaannya itu. Saya harap dia akan tabah melalui hidupnya yang baru sahaja ingin bermula di dunia ini. Mengikut laporan, kanak2 di atas berumur 5 tahun.

Ya, kesyukuran tidak terhingga. Saya hanya kehilangan talian internet di pejabat. Ya, kesyukuran atas atas segala nikmat. Walaupun bos sudah bermasam muka dengan saya, saya masih ada kawan2 untuk saya gelak ketawa.

Selamat menjalani Monday Blues esok. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...