Tuesday, May 17, 2011

Anak lelaki Itu

Dia adalah anak kepada sepupu saya, sebelah abah. 

Saya masih ingat wajah dia yang comel, putih dan suci itu. Wajah dia yang suka tersenyum. Wajah dia ketika bersalam dan mencium tangan saya. Semasa kecil, dia tinggal di kampung bersama nenek saya dan maklong saya, iaitu nenek dia.

Saya telah nonton rancangan Showdown sejak tahun lepas lagi. Hebat dan bergaya sungguh anak-anak muda itu menari. Ya, pemenangnya adalah kumpulan anak-anak jati Muar.

Tahun ini, saya juga tidak ketinggalan menonton rancangan *ehem* lagha itu. Banyak sungguh kumpulan dari Muar yang mencuba nasib, menjadikan kumpulan pemenang musim pertama sebagai idola mereka.

Saya telah mendengar anak lelaki yang satu ini berkecimpung dalam dunia tarian sejak beberapa tahun lalu. Tetapi tidaklah saya pernah melihat dia menari. Saya pun jarang-jarang berjumpa dia. Tapi, bila berjumpa, senyuman tidak lekang di bibir. Membuatkan saya masih fikir dia sewaktu kecil.

Dan, sejak beberapa minggu ini, saya telah dapat menonton wajah itu di kaca televisyen. Setiap hari Rabu jam 9.30 malam. Ya, di rancangan Showdown 2011. Ya, wajah anak lelaki itu masih tersenyum. Menari dan tersenyum.

Pantas masa berlalu. Dia masih suka senyum, walaupun dia tidak lagi bersalam dan mencium tangan saya. 

Oh, tidak. Saya tidak mengundi. Tidak pernah saya mengundi rancangan realiti kecuali sekali, untuk Daniel (MI2). ;p Sekali sahaja, dengan Erma. 

Sekian.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...