Monday, May 02, 2011

Perang Itu Kemusnahan

Osama diisytihar telah mati, oleh Obama.

Saya masih ingat lagi malam kejadian 11 September. Ketika itu, saya di sebuah hotel di Lumut, bersama keluarga saya, kami sedang bercuti. Bila saya cakap, WTC kena bom, abah yang ketika itu sedang tidur-tidur ayam menjawab, "Peranglah dunia nanti".

Ya, perang pun bermula, diketuai oleh Bush Jr. Dunia pun huru-hara.

Dan, hari ini Osama telah diisytihar mati.

Amerika dilihat berpesta, seluruhnya. Melupakan tornado yang telah melanda dan memusnahkan. Bergembira, seolah-olah raksasa telah dibunuh, maka dunia akan aman. Seperti cerita ultraman dan raksasa.

Tetapi, saya amat gusar sekali. Bagaimana mungkin rakyat Amerika itu boleh berpesta.

Kematian satu orang Osama ini akan melahirkan ribuan Osama. Kini, hati mereka punya satu lagi perjuangan, membalas dendam atas kematian ketua mereka.

Bagaimana mungkin kita begitu pasti bahawa yang mengganti Osama itu adalah lebih lembut. Bagaimana jika lebih keras pendekatannya? 

Itu sebab saya musykil bagaimana rakyat amerika itu boleh berpesta.

Perang adalah sesuatu yang menakutkan. Pasti ada kemusnahan. Pasti.  

Ya, doa itu senjata. Berdoa untuk kesejahteraan sejagat. Amin.

3 comments:

ros said...

dengar cite osama x mati lg..tu sume propaganda AS..tp xtau la yg mane btul.

Sahalfikri said...

Kalau Amerika yang mulakan perang dikira rasional kan untuk jaga keamanan negara orang? Hoh! Dia buat jahat tak apa..

SITI said...

Ros: itulah, gambar tu sangat tipu rupanya. haha. tapi, ketidakpercayaan kita tidak dapat memberi erti kepada dunia.

Abang Suhail: Perlu sokong kempen "War is Crime" by TunM.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...