Friday, December 18, 2009

Maal Hijrah 1431

Baca doa di mana semalam?

Saya, pada mulanya, berkira2 mahu ke masjid. Yalah, masjid itu, sepelaung sahaja dari rumah saya. Tapi, saya telah terpengaruh dengan langit yang keruh. Jadi, saya membaca doa di rumah sahaja.

Jam 6 sudah nonton bola. Hebat betul liputan, sampai dua stesen menyiarkannya. Semasa bola berhenti rehat, saya tukar channel. TV1 menyiarkan siaran lansung sambutan Maal Hijrah. Masa tu tengah ada forum. Kemudian, sama2 mengaminkan doa awal dan akhir tahun yang dibaca. Dan, saya pun berbuka puasa dengan Fettuccine Chicken Carbonara. Sedap. :)

Menonton bola itu sangat ngeri. Dan, akhirnya sejarah tercipta. Kemarau diakhiri. Yang kacak, bertambah kacak. Yang gagah, bertambah gagah. Haha. Silap pihak lawan juga, sebab tak tukarkan keeper. Keeper pun kan, dah saket2 bahu, apsal nak main jugaks. Kan dah tak boleh nak sambut bola. Hehe. Lain tahun jumpa lagi.

Jam 8.30, sambung tengok lelaki kacak. Tengok citer Boys over Flowers itu buat saya mahu kalerkan rambut warna gold. Lalala.

Ketika saya asyik baca buku, helikopter datang menyuluh. Sekali pusing. Dua kali pusing. Tiga kali pusing. Saya jadi musykil. Sepuluh kali pusing. Saya jadi marah. Bising tau. Saya rasa mereka berhenti selepas 16 kali pusing. Entah. Saya hilang kiraan sudah.

Selamat berhijrah. Selamat bercuti. Selamat makan kenduri.:)

Sekian.

6 comments:

ultimatecass said...

sebab kau post pasal boys over flowers, aku pun telah tertengok.
perempuan model tu sangat cantik.
n the boy yang ada show kat gallery semalam tu sangat cute.

SITI said...

Atie;
Ramai perempuan2 chantek dalam cerita ni. Yang paling aku suka, perempuan yg berlakon gedik 3 orang tu, yg tengah2, known as Ginger. Nama sebenar: Gook Ji Yun. Chantek yang glowing.

Lelaki2 juga semua cute dan kacak tahap jaw dropping. Haha.

ultimatecass said...

aku suka juga perempuan gedik tu. sangat lawa. lelaki smua banyak yang cantik. agak pelik rasa sebab lelaki cantik.

SITI said...

aku baru baca satu artikel, said that one of the perempuan gedik, mati bunuh diri, last march. bukan yang tengah2 glowing tu, tapi yang nama sunny itu. sedih btol. they seem so happy berlakon gedik.

http://en.wikipedia.org/wiki/Jang_Ja_Yun

lelaki2 mereka nampak chantek sebab kulit mereka sangat chantek kot. somehow, glow2 in the dark. haha. jeles btol.

ultimatecass said...

aduh bunuh diri. sedih. kulit lelaki smua nampak macam licin n glowing. aku rasa aku punya kulit pun tak macam tu. and that boy yang sangatlah ber-artsy dengan gallery show segala tu memang confirm aku suka. hahaha

SITI said...

atie;

tiba2 rasa macam ramai btol lelaki kacak di korea itu, kan?

jom pegi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...