Tuesday, May 05, 2009

Minat Kamu

Rakan2, saya sangat despret untuk update blog ini. Saya rasa sangat mahu menulis. Tetapi, saya sangat ketandusan idea dan ayat2 indah untuk menulis. Maka, disebabkan perasaan sangat terdesak begini, maka, saya akan (telah) menulis topik yang merapu di kala kegawatan ekonomi dan kerebakan virus yang menakutkan itu.

Meminati satu2 orang bukanlah perkara yang boleh dipaksa2. Ia tiba2 saje datang. Kadangkala, perasaan ini harus ditahan2, supaya perebakan perasaan ini tidak menjadi sesuatu yang dahsyat.

Meminati manusia boleh hadir dari pelbagai sebab. Kita meminati satu orang penyanyi sebab suaranya, tapi, kadangkala tidaklah kita suka rupa dan penampilannya. Ada juga yang kita minat tgk rupanya, tapi tidaklah suka melihat dia berlakon, kerana dia seperti tidak pandai berlakon. Ya, rupa adalah faktor yang sangat utama dalam meminati sesorang. Ia adalah 1st impression. Melihat rupa sahaja sudah boleh jadi suka. Ia bukanlah sesutau yang jahat, kerana sudah menjadi lumrah manusia suka kepada kecantikan. Tetapi, perlu diingatkan juga bahawa ia adalah sesuatu perkara yang sangat abstrak dan luas pengertiannya.

Apabila meminati satu2 orang kerana rupa, saya sangat tidak suka untuk mengetahui perkara2 lain tentang orang itu. Ini kerana jika saya mengetahu perkara tentang dia yang boleh menyebabkan saya tidak suka dia, maka saya akan rasa sedih.

Seperti? Seperti, suka pada orang yang hensem dan nampak gagah tetapi rupa2nya dia seorang pedophil? Segala minat untuk melihat dia berjogging akan bertukar menjadi ketakutan!

Saya menulis perkara ini kerana saya telah semakin banyak tahu tentang perkara2 yang tidak sepatutnya saya tahu tentang satu orang yang saya minat melihatnya. Tapi, ia seperti gagal untuk melunturkan perasaan minat saya untuk melihatnya. Owh, bukan, dia bukanlah perompak atau sebagainya. Dia cuma manusia biasa, dan saya telah mengetahui beberapa perkara yang tidak sepatutnya saya tahu.

Ya, dia tetap hensem dan gagah. Mungkinkah perasaan ini akan luntur apabila dia sudah gemok dan boroi? Ya, mungkin. Kebarangkalian itu tetap ada walaupun senipis kulit bawang.

Saya sudah sangat merapu. Maafkan saya. Sekian.

4 comments:

eMa in the LaLaLand said...

TiMmY..
Entri ni aku suke...
Wah..spt ade mende yang aku tak ketahui..


aku pun suke seseorang apabila beliau melakukan aktiviti lasak spt bemain hoki..menunggang mtr besar..tapi die tak suke aku..
owh..

huk..huk...

anyway tim..aku maseh di LaLaLand bukan sbb gumbira pun..nadia je yang tgh bunge2 skang ni..

;p

SITI said...

ema;

kau itu bukan setakat sukakan orang itu, tetapi kau amat mencintai dia.

eMa in the LaLaLand said...

ahh...centa....ape tu?

agagagaggagaga...

=)

SITI said...

ema;
cinta mengikut Kamus Dewan Edisi ke4 ialah:

1. perasaan atau berperasaan sangat sayang kpd (negara, orang tua, kebebasan, dll): walaupun ~nya kpd keamanan amat kuat tetapi ia tetap mengangkat senjata kalau dicerobohi; 2. perasaan atau berperasaan sangat berahi (asyik, kasih, sayang) antara lelaki dan perempuan: ~ kpd suaminya masih tinggal bersarang dlm hati; barangkali kau masih ~ pd tunanganmu; 3. sl perasaan atau berperasaan dukacita (risau, bimbang, sedih, dll): tiada terperikan ~nya serta bercucuran air matanya; 4. perasaan atau berperasaan ingin akan sesuatu, rindu: putera raja itu amat sangat ~ akan burung yg dilihatnya itu;

Mengikut Tesaurus Bahasa Melayu Dewan pula,

cinta = sayang, kasih, asyik, mahsyuk, berahi, asmara, mesra, rindu, ingin, mahu, berkenan, suka, tertarik, terpikat, tergoda, rapat.

SEKIAN.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...