Saturday, February 21, 2009

KTSN 1

Baiklah, kita tinggalkan ceita tentang Embrio Angkat itu. Saya tahu banyak pendapat yang mengarah kepada jawapan tidak boleh. Dulu, saya tanya Encik LPPKN, dia jawab tidak boleh, kerana akan berlaku grey area pada bayi. Dan lagi, akan timbul keraguan kepada bayi itu. Nama ibu yang manakah yang akan dibin/ bintikan kepada dia pada masa ditalkinkan kelak. Saya tahu, perkara2 ini sangat perlu dielakkan supaya tidak timbul masalah keturunan nanti. Dalam Islam, hal keturunan ini akan disebut dalam bidang pembahagian pusaka, nikah kahwin dan sebagainya, sekadar menyebut beberapa. Oleh itu, adalah amat penting bagi kita memelihara keturunan.

Saya juga agak bimbang dengan trend terkini sekarang, di mana ibu angkat berusaha untuk menyusukan anak angkat mereka supaya mereka menjadi ibu susuan. Ada pil dan alat2 yang dapat membantu perkara ini. Itu sebab saya pernah tertanya, apa bezanya mengambil anak anak angkat berusia sehari, dan berusaha menyusukan mereka, dengan mengambil embrio angkat dan mengandungkannya.

Ok, enuf!

Hari ini saya ingin memberitahu tempat saya menetap sekarang. Saya sekarang menetap di UKM kampus Kuala Lumpur iaitu Kolej Tun Syed Nasir (KTSN). Ia terletak di Jalan Temerloh. Dan, terdapat pelbagai bangunan dan tempat yang menarik di sekitar saya.

Di hadapan kampus ini, terletaknya, Taman Tasik Titiwangsa. Sungguh seronok dan indah kawasan ini. Kawasan beriadah, bersenam. Ada tempat menunggang kuda, taman permainan kanak2, litar main control car dan beberapa restoran yang enak. Pelajar2 KTSN sungguh seronok mengadakan aktiviti di sini termasuklah Hari Keluarga (4KL) mereka. Erm, siapa2 yang mahu menukar trek berjogging, silalah datang ke mari. :D

Bangunan yang menarik di sekeliling saya ialah; Istana Budaya, Balai Seni Lukis Negara, Pusat Darah Negara, Hotel Putra, Hospital Pusrawi, Wisma Sejarah, Perpustakaan Negara Malaysia, Institut Jantung Negara dan Hospital Kuala Lumpur. Bangunan ini semua, saya boleh pergi jalan kaki sahaja. Saya cuma pernah pergi BSLN, itu pun beberapa tahun yang lalu.

Jadi, sesiapa yang datang ke tempat2 di atas itu, rajin2lah text/call saya, supaya saya dapat bergumbira bersama kamu2, esp sape2 yang ada tiket lebih untuk ke Istana Budaya itu. :D

Saya mungkin akan berada di sini sehingga bulan 6. Kalaupun saya perlu pindah ke tempat tinggal postgraduate, ia juga amatlah dekat dengan kawasan ini.

So, people, enjoy your weekend! Petang ni saya nak pergi jogging! Yeay!

4 comments:

Anonymous said...

Oh tinggal di situ! Saya fikir, pernah ke sana sewaktu bergelar siswa, ziarah kawan2 perubatan. Asrama yang senyap sunyi, ditambah dengan suasana tasik pasti memberi inspirasi untuk tekun membaca dan menghadap skrin komputer berjam2 lamanya. Selamat berjaya.

SITI said...

Cikgu Zul,

Terima kasih, cikgu. Memang suasana nyaman, sesuai juga untuk tidur yang enak. Hehe.

Marliza Radzi said...

tim ni buat kita cemas je dengan phone call tempoh hari. I asked around and memang betullah, selalunya doctor hanya akan advise buat the test kalau dah lebih dari one time. one time, for first time, is very very common. just FYI :)

SITI said...

kak Yanti,
Maaflah kalu buat akak cemas. Tak bermaksud begitu. Huhu.

Kita doakan yang baik2 sahaja untuk akak. Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...