Sunday, January 10, 2010

9600 on 100110

Munirah, rakan sekolah menengah saya telah jatuh saket. Dia disahkan ada kanser limfoma. Telah menjalani kimoterapi pusingan pertama. Tapi, tidak dapat saya dan kawan2 lawati kerana dia masih berada di Jerman, dan telah menjalani rawatan di sana.

Saya masih ingat lagi, saya berada sekelas dengan Munie dalam tingkatan Lima Feminin. Saya dan dia duduk barisan di hadapan. Munie duduk di tengah dan saya duduk di tepi, di pintu masuk kelas. Munie seorang pelajar yang bijak bestari. Selain daripada itu, dia telah mula menulis novel semasa sekolah. Ada beberapa orang pelajr yang telah mengikuti novel2 tulisannya. Namun, saya tidak pernah baca. Saya agak kurang menggemari novel kontemporari ketika itu. Tapi, yang pasti, kawan saya ini memang ada bakat menulis dan melukis.

Disebabkan dia berada di kejauhan, saya dan SrikandiTF 9600 yang lain telah berkumpul di Tasik Titiwangsa pada 100110. Kami bersama2 mencoretkan sesuatu buat Munie. Semoga Munie mampu tersenyum, melihat coretan2 kami, lantas melupakan segala kesakitan yang ada.

Antara yang hadir...

wakil C2-8

dari D2-4 2000

Alia Sha & Mimi yang datang akhir sekali sbb ada kelas


hasil2 kerja kami. Bila klik kamera jer, Kaydotte masuk, bila Kaydotte masuk jer, saya klik kamera. :)

Banyak lagi gambar di Facebook, dari kamera rakan2. Qistin. Abidah. Azuin. Azraa. Didoakan yang baik2 sahaja buat Munirah. Ameen. Terima kasih kepada yang hadir.

Sekian.

10 comments:

Unknown said...

OMG sangat chomel & chantekkk... Tapi aku mmg dari sekolah x creative... So kalau aku dtg mesti aku nyer yg plg buruks... Hahahahah

zulkifli khair said...

Jika berjumpa Munirah, sampaikan salam dan doa cikgu buatnya. Moga disembuhkan Allah dalam limpah kasih sayang-Nya.

amiza said...

sangat seronok dapat jumpa kawan2 yg lain dan harap2 munirah cepat sembuh..semestinya dia akan tersenyum tgk kad2 yg kita buat tu..

Ina Khairuddin said...

Sorry tim. Aku menyibuk je dlm gambar tu. In a way, ko terrer amik gambar sebab gambar tu still nampak menarik. Atau mungkin kehadiran aku membuatkan gambar tu nampak lebih menarik dari biasa. hehehhehhe....

SITI said...

Wanie;
Yang penting kene buat dengan hati yang ikhlas. :)

Cikgu Zul;
InsyaAllah, saya akan samapaikan pesanan cikgu itu.

Munie;
Ya, harap2 dia masih mampu tersenyum melihatnya.

Kaydotte;
Haha. Penat aku edit nampak chanteks.

nazzfikri said...

wah...ruginyer xleh join korg huhuhu...cepat sesaper yg GK wat reunion hehe

p/s...hopefully munie cepat sembuh

Afzan said...

Jelesnye korg dapat wat gathering. Aku lak jauh di Kuantan, Tapi minggu nih aku di KL!! Huhu, Nak jumpe korang. Buat la sekali lagi, mase aku ade kat KL. Ehhehe

SITI said...

Nazifah dan Afzan;
InsyaAllah, akan plan buat 10 tahun gathering.

anne said...

tim,aku c2-8 n d2-4 juger hehehe

SITI said...

anne;

ya, kau juga. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...