Thursday, October 28, 2010

Sempurna

1. Saya kurang gemar lirik2 lagu yg memaparkan kesempurnaan, which is tidak akan pernah berlaku. Hoh. Lagu2 seperti Cinta Sempurna by Yuna dan lagu yang digilai satu masa dahulu, Sempurna by Andrea and The Back Bone. Ya, saya tidak suka first line lagu itu, "Kau begitu sempurna". 

2. Tapi, saya tidak boleh pula lihat cerita yang mempunyai sad ending, lagi2 jika mempunyai ending yang agak kejam like The Little Nyona. Wah, saya sangat terbawa2 dengan cerita ini, sehingga sekarang, walhal dah hampir setahun cerita ini saya tonton. Hoh. Kalau pun tidak mahu buat happy ending, janganlah buat ending yang kejam. Ia seperti telah membunuh semangat manusia2 yang menonton.

3. Cuma, kadangkala, cerita yang happy-ending kadangkala tidak logik. Saya juga sangat tak suka cerita ultraman. Dulu2, kalau nonton, saya pasti berharap raksasa akan menang, waima satu episod pun cukuplah. Kenapakah ultraman akan menang ketika saat lampu di badan dia sudah menyala2, di mana menunjukkan dia sudah kurang tenaga. Tidak bolehkah ultraman terus lawan dan menang sebab dia memang ultra man? 

4. Ya, ketidakogikan happy ending juga dalam citer2 lain, tapi saya tak ingat skrang.

5. Saya tulis tentang ini, sebab semasa lunch tadi, kami berborak tentang drama dan filem. Tiba2, LCY cakap, dia suka ending "Autumn in my heart". Saya cakap saya tak suka sangat ending dia. "Owh, saya suka ending dia. Ketidaksempurnaan ending cerita itu adalah kesempurnaan bagi saya". Ok, seriously, LCY cakap macam ni. Betul, kan Ros? (ya, Ros akan baca dan jawab nanti ;p). Kagum, ok?

6. Owh, it is not kagum about LCY suka cerita itu. It is kagum sebab LCY cakap macam tu. Hoh.

7. Saya tengok citer cina malam2 skrang. Kebetulan, dua2 cerita adalah drama kepolisan. Satu dari Singapore dan satu lagi dari TVB. Tiba2, ada satu skrip yang sebut perkataan sempurna ini. (Eh, sudah tak ingat apa ayatnya. Hoh. Blame the aging. Will write it later).

8. Mencari kesempurnaan itu pasti. Tapi ia tidak akan pernah. (tiba2, macam nak nyanyi, "I don't love you, but i always will". Lagu ini menerjah kembali dua tiga hari yang lalu.)

9. Maafkan saya di atas kecacamarbaan entri ini. Sekian.

4 comments:

najat said...

ketidaksempurnaan..
hmm...

SITI said...

eh, kita sebenarnya nak citer pasal mak awak yang suruh dapat 3.9 instead of 4 flet. lupa pulak nak masukkan.

ketidaksempurnaan yang sangat realistik. hoh.

ros said...

eh..ade name sy...nk kena jwb la ni..heheh...sy x suke ending autumn in my heart sb hero die x hensem sgt...hehe..

SITI said...

Ros

lambat reply, tak nak kawan. hoh!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...