Monday, October 04, 2010

Jenayah di Negara Maju

Malaysia telah menetapkan sasaran untuk menjadi negara maju pada tahun 2020 which is lagi 10 tahun. Sekarang ini, PM berkata kita musti bekerja bersungguh2 untuk mencapai sasaran itu. Kita sudah tidak banyak masa lagi.

Saya tidak tahu sangat mengenai ekonomi. Apa2 yang media beritahu, saya akan percaya. Kalu kata merudum, merudumlah. Kalu kata pesat, pesatlah. Jadi, dari segi ekonomi, untuk mengatakan sama ada kita mampu mencapai status negara maju, saya tidak tahu.

Tapi, saya rasa ita semakin hampir dengan status negara maju ini, jika saya lihat dari sudut lain. Jenayah. Ya, dari sudut pelakuan jenayah, kita seperti sudah semakin dekat dengan jenayah2 yang dilakukan di kebanyakkan negara maju.

Saya suka menonton cerita CSI baik Vegas, Miami atau New York. Banyak perkara2 yang pelik2 dipaparkan. Itu belum lagi tengok channel Crime & Investigation kat Astro tu. Saya tak penah tengok pun. Tapi, pastinya banyak kes yang "menarek", sehinggakan boleh ada satu channel khas untuk jenayah.

Kes paling terbaru yang sangat "menghampiri jenayah di negara maju" ialah kes pembunuhan jutawan kosmetik dan tiga yang lain. Kes ini juga  telah membuka jalan kepada siasatan kes-kes kehilangan dan pembunuhan individu2 yang lain dari dalam mahupun luar negara. Adalah sangat menakutkan. 

Malaysia juga telah mempunyai rancangan jenayah "menakutkan" ini apabila TV3 telah menyiarkan rancangan KES, yang mula disiarkan pada Rabu lalu, jam 9 pmalam. Rancangan ini akan memaparkan beberapa kes yang mnggemparkan negara termasuk kes rogol, bunuh, dan bakar yang telah berlaku beberapa tahun yang lalu. 

Bukankah dengan adanya rancangan di atas menunjukkan bahawa kita boleh menjadi negara maju?

Hoh!

Hari ini juga, saya telah dikejutkan dengan satu berita. Superior saya di opis telah terlibat dalam satu kecelakaan. Semasa dia sedang menunggu di lampu isyarat, cermin sisi penumpang depan telah dipecahkan dan tas tangannya telah diambil? Like, seriously jahat? Sangat takut, ok?

Kita sudah bersedia untuk menjadi negara maju dari segi ekonomi. Namun adakah kita juga sudah bersedia untuk menghadapi jenayah di negara maju?

Semoga Tuhan sentiasa melindungi kita. Amin. 

3 comments:

najat said...

sangat menakutkan...
harus berhati2x sekarang...

Anonymous said...

ORANG DAH CAKAP, JGN LETAK BEG TANGAN DI SEAT PENUMPANG DEPAN. ITU SAJA BIARKAN BAGI DIA CURI. -lujatnamlas-

SITI said...

najat: sangat!

Tajul: kalu nak duit, mintak je lah, tak payahlah nak pecahkan cermin. Perompak skrang mmg tahu, kalu takde beg atas seat, ada kat bawah seat.

Aku memang marah kalu ada orang yang nak marah innocent people. Like, perompak tu macam tak bersalah je nak merompak. Heh!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...