Thursday, October 21, 2010

Mewarisi gen keturunan

Minggu lepas, saya nonton GA s07e04. Ya, yang paling terbaru, sudah download dan sudah tonton. Tajuknya “Fight the Biology”. Ia berkenaan keletah manusia yang menghadapi peyakit2 keturunan yang dialami mereka. Bagaimana mungkin kita ingin melawan gene yang sudah ditakdirkan untuk kita.

Ada satu orang pesakit meredith, mendapat gene Huntington's disease daripada ibunya. Ibunya mati umur 45. Dia melihat semua simptom yang dialamiya, bermula dengan tangan terketar2, diikuti dengan pertuturan tidak jelas, susah nak berjalan, dan kemudiannya bedridden.

Pesakit di atas tidak berkahwin. Umurnya 35 tahun. Dia melancong ke sana ke mari. Dia kira, umurnya tinggal 10 tahun sahaja, tolak tak boleh jalan nanti, tinggal 5 tahun. Pada ketika itu, dia sudah pun mempunyai simptom tangan terketar2.

Meredith telah menghantar darah dia sendiri ke makmal untuk diuji sama ada dia mewarisi gen alzheimer daripada ibunya atau tidak. Derek tidak mahu tahu keputusannya.

Saya juga sedang tonton (online) cerita korea, Playful Kiss yang sangat hot hot itu. Sangat2 hot. Haha. Ia berkenaan budak2 genius dan budak2 kelas nombor tujuh tapi kreatif. Datuk seorang budak perempuan genius suruh dia berkahwin dengan budak lelaki genius. Dia cakap kat bapak budak lelaki itu, pasangan ini akan menghasilkan anak2 yang genius dan bagus2. Dia kata juga, kalu satu pekerja yang genius buat kerja adalah menyerupai kerja 100 orang pekerja tidak genius. Hoh.
g
Kita diarahkan oleh agama Islam kita supaya memilih pasangan daripada keturunan yang baik2. Saya telah mewarisi beberapa penyakit keturuan eg eczema, sinusitis. Keluarga saya juga ada strong family history of sakit jantung. Nenek dan datuk saya dua2 menghidap penyakit jantung.

How?

Satu konsortium dipanggil Projek Variasi Genom Manusia 1Malaysia telah ditubuhkan diketuai oleh HUSM. Antara objektif utamanya ialah untuk mengumpulkan data gen rakyat malaysia suapaya dapat mengelakkan penyakit keturunan. Ini kerana kerajaan tepaksa membelanjakan sejumlah wang yang besar bagi penyakit keturunan yang dihadapi oleh rakyat. Oleh itu, baguslah jika dapat dielakkan. Contohnya, bagi kes talasemia. Perlulah jalani ujian saringan sebelum berkahwin.  

Semasa berjumpa rakan2 semasa di reunion, Aliza Ali telah tanya saya di mana saya bekerja. "Lab", jawab  saya. "Kau chemist ker?". "Tak, aku geneticist". Aliza Ali terus mintak mahu anak mata biru lepas dengar jawapan saya itu. "Bolehlah, Tim".

Haha. Boleh? Boleh. Meh bagi ovum.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...