Wednesday, February 25, 2009

Cikgu Zul

Akhirnya, saya menulis tentang satu orang yang saya hormati ini. Dia cikgu saya semasa di STF. Dia mengajar saya Sains menengah rendah dan Fizik menengah atas. Dia juga cikgu penasihat pingpong di mana saya adalah antara ahlinya. Dan, dia juga cikgu penasihat Kelab Rekacipta, di mana kakak senior sedorm saya, iaitu kak Umi dan kak Ezyan menjadi ahlinya. Ya, ini kisah dulu kala.

Selain itu, cikgu saya yang seorang ini juga adalah penulis yang aktif. Saya dengar cerita ini daripada senior2 di sekolah. Pada satu hari, cikgu ini tersenyum riang, dengan membawa sentiasa senaskhah suratkhabar bersamanya. Rupa2nya, ada artikel yg ditulis olehnya tersiar di akhbar pada hari itu. Tapi, tidaklah saya membacanya.

Saya pernah membaca (malah menyimpan) satu cerpen yang dikarang oleh cikgu Zul, beberapa tahun yang lepas. Kisah seorang ibu yang tinggal di UK, sementelah suaminya sambung belajar. di sana. Si ibu menulis surat kepada emaknya di kampung, minta dibelikan banyak buku2 untuk anak kecilnya yang sedang mahu belajar membaca. Ya, cerpen itu tentang budaya membaca yang diterapkan kepada anak2 kecil di UK.

Cikgu saya ini berada sekejap sahaja di STF. Dia pergi semasa saya belum tammat persekolahan di sana. Kemudian, saya tidak mendengar apa2 lagi kisah tetang dia. Namun, dia adalah antara cikgu yang terkesan di hati saya, juga di hati ramai pelajar. Cerita tentang cikgu ini enak2 sahaja didengar, termasuk kesediannya memasak semasa isterinya sedang mengandung. Sesungguhnya, kita wajib menghormati guru. Dan, saya bertambah2 hormat seseorang itu apabila semakin tinggi ilmunya, juga tinggi pekertinya.

Saya telah menemui blog cikgu pada 12092008. Ya, saya gumbira. Apabila cikgu Zul ini telah tulis komen di blog saya, sungguh "tak larat" rasa di hati. Haha. Itu adalah perkataan bagi STFians bagi menggambarkan perasaan hati yang berbunga2, sehingga terbit senyuman yang meleret2. Hehe. Saya juga tidak lupa membaca entri cikgu setiap kali dia mengemaskini blognya.

Namun, sejak seminggu yag lalu, hati saya menjadi gundah gulana. Ini terjadi selepas saya mendapat komen daripada cikgu di entri Uji.an yang berbunyi;

"Fatimah, saya berbangga dengan anda lantaran memandang dunia menerusi lensa rabbani. Dunia sememangnya ujian. Paling payah, dunia senang, ujian senang."

Maaf, cikgu. Perkataan bangga itu telah sangat membuat saya gundah gulana.

Semasa saya kecil, saya faham jika ibu bapa dan guru2 saya punya rasa bangga itu terhadap saya. Saya akui, saya pelajar yang dipermudahkan Tuhan untuk belajar dengan baik. Saya juga merasa gembira apabila dapat membuat ibu bapa dan guru2 saya punya rasa itu terhadap saya.

Tapi, bukan kali ini, Cikgu. Saya tidak dapat merasa gembira apabila cikgu merasa begitu terhadap saya. Malah, saya merasa sedih, gundah gulana dan kadangkala takut.

Sejak menyambung pelajaran ke peringkat sarjana, pelbagai ujian melanda saya. Saya seperti bukan lagi budak bijak itu. Saya seperti telah memberi kesedihan kepada ibu bapa dan guru2 (pensyarah2) saya. Saya berusaha mencari ruang kesilapan saya di mana kadangkala saya tidak tahu di mana. Saya cuma tahu, saya masih hidup, dan saya adalah hamba kepada Tuhan yang esa.

Selepas mendapat komen itu, saya cuba untuk tidak terlalu memikirkannya. Tapi, saya seperti gagal. Saya merasa saya perlu melakukan sesuatu, supaya cikgu tidak akan merasa dukacita apabila cikgu sedar bahawa saya bukanlah seperti orang yang cikgu harapkan. Kerana, saya tahu perasaan bangga akan melahirkan satu harapan. Maka, saya mohon maaf, jika saya benar2 akan mengecewakan cikgu, satu hari nanti.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada cikgu kerana telah memberi komen pada kemusykilan saya, dan juga entri picisan saya. :). Untuk pengetahuan cikgu, saya sedang membaca Online dengan Tuhan.

Saya mohon maaf jika ada tersilap kata. Saya juga ingin mohon maaf jika saya dilihat seperti berlebih2an dalam perasaan saya terhadap komen cikgu itu. Mungkin kerana saya sudah lama tidak membuat orang mempunyai perasaan itu terhadap saya. Itu sebab perasaan yang hadir itu bercampur2.

Semoga Tuhan memberkati kehidupan kita semua. Ameen.

Sekian.

4 comments:

Unknown said...

Oooo cikgu itu penulis PTS ya?

SITI said...

Enchek Anuar,
Yup, PTS.

Marliza Radzi said...

saya tumpang gembira!

SITI said...

kak Yanti,
thanks!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...