Saya sangat gumbira hari ini. Saya telah menjumpai blog cikgu saya di STF dulu. Cikgu Zul ini adalah antara manusia yang hebat yang dapat menggunakan otak kiri dan kanannya dengan begitu baik sekali. Dia mempelajari ilmu fizik dan dapat menyampaikannya semula kepada pelajar. Dan dapat juga mengaplikasikannya kepada beberapa ciptaan. Dan, dia juga telah menjadi penulis yang baik. Lihat di blognya, untuk melihat karya2 oleh beliau. Saya yakin banyak lagi karya yang tidak terbit. Dan, dia sedang menjadi pensyarah sambilan dalam bidang penulisan kreatif? Owh, its awesome, kan? Fizik dan penulisan kreatif bersatu dalam jiwanya. Tahniah, cikgu. :)
Dalam sibuk2 isu2 pelik di Malaysia, saya lebih suka melihat huru-hara di Thailand itu.
Saya berasa agak kasihan melihat PM nya itu, Samak Sundaravej. Isu di Thailand itu, adalah bila mana PM itu sangat suka memasak. Dia tidak dapat melupakan kecintaan itu walaupun dia telah menjadi Perdana Menteri. Dia bukan memasak hanya untuk isteri dan anak2, tetapi punya rancangan memasak sendiri. Akibat kecintaan dia itu, dia sekarang akan kehilangan kuasa Perdana Menteri.
Orang2 di Thailand itu macam marah kat Samak, sbb dia masih dibayar oleh syarikat tv itu, untuk rancangan memasak itu, sedangkan dia seorang PM. Mereka kata itu rasuah. Tapi, Samak kata itu adalah honorium. Huhu.
Adakah anda fikir dia masih masuk tv show itu untuk duit? Saya tidak fikir begitu. Saya rasa dia terlalu mencintai dunia masakan itu. Dia memang seorang tukang masak, lalu kempen jadi PM lalu menang. Saya pernah baca, dia datang Malaysia, lalu sempat ke pasar di KL, dan merasa beberapa makanan Malaysia.
Bagaimana kalu PM Malaysia ada rancangan memasak di tv pula? Haha. Kelakar jugaks, kan?
6 comments:
He, he, jangan lebih2 angkat saya.
Fasal PM Thailand memang menarik. Dalam dunia kreativiti, minat melebihi segala2nya. Bukan soal uang (ibarat kata Soleha dan Rendra) atau matiri. Namun satu pelajaran yang boleh diambil adalah bagaimana dapat kita elakkan fitnah dan salah anggap. Beliau barangkali boleh masak di tempat lain tanpa perlu publisiti. Dalam konteks imam, takkan nak pergi bazar Ramadan sambil pakai seluar bermuda walaupun tutup lutut, pakai cermin mata hitam dan ada bluetooth di telinga?
cikgu zul: Salah PM itu jugaks, kan? Musti kat tv asyik muka dia jer. Huhu.
Dalam konteks imam itu, bluetooth nampak cool lah bg imam muda, tapi bukan seluar pendeklah. :)
Wah...cekgu Tim meng*komen*...terharu..
hi cekgu~!!!!
TimmY...hari ku kembali bersinar...
Hopefully everything akan terus bercahaya..
Better In time is not my theme lagi...
=))
erma: haah, terharu chegu komen.
Ya, semoga semuanya selamat.
PM malaysia bukan rancangan memasak.
PM Malaysia rancangan "menggoreng".
dok goreng jawapan kepada soalan rakyat.
abg kimi: dan dia "menggoreng" dengan tidak pandainyerssss. Heh!
Post a Comment