Tuesday, February 17, 2009

Embrio Angkat

Ini ada satu kisah. Kisah tentang sepasang suami isteri. Setelah berkahwin, tidak mendapat anak. Pergilah ke doktor. Disahkan, bahawa si suami mandul. Tiada sperma di dalam air maninya. Pulanglah suami isteri ini dengan gundah gulana.

"Abang minta maaf, sayang."

"Tidak ada apa2 yang perlu dimaafkan, abang. Abang tiada salah pun. Ini sudah ketentuan Tuhan. Pasti Tuhan punya perancangan yang lebih baik untuk kita. Saya tetap cintakan abang."

"Apa kata kita ambil anak angkat? Kita boleh membantu anak yang yatim piatu. Semoga Tuhan akan merahmati kita"

"Ya, saya pun berfikir elok benar begitu"

Tetapi, tiba2, si isteri terfikir sesuatu yang lebih baik. Dia ingin "mengandungkan" anak angkatnya. Dia seorang yang sihat. Rahimnya dapat berfungsi untuk mengandungkan anak. Lantas, si isteri ke Klinik Kesuburan.

"Doktor, suami saya mandul. Kami ingin mengambil anak angkat. Tetapi, saya ingin mengandung. Saya punya ahim yang sihat. Doktor, bolehkah saya mengambil embryo yang disimpan di dalam tangki nitrogen itu. Saya mohon jasa baik doktor untuk menguruskan perkara ini dan dapatlah saya berjumpa dengan ibu bapa pemilik embryo yang mereka tidak mahukan lagi itu. Maka, daripada saya mengambil anak angkat yang berumur sehari, saya rasa tidak salah jika saya mengambil anak angkat yang berumur satu sel."

"Puan, saya faham keinginan puan. Saya juga risau dengan peningkatan embryo yang ditinggalkan dan tidak dimahukan lagi oleh pasangan suami isteri setelah mereka berjaya mempunyai anak. Namun...

***********************************************************
Apakah pendapat anda dalam kes ini? Apakah pendapat anda tentang embrio angkat, seperti kes di atas?

Jika anda berhadapan dengan situasi seperti di atas, sama ada sebagai si suami atau si isteri, apakah tindakan anda selanjutnya?

*edited on Feb 19: saya fikir Embrio Angkat lebih tepat bagi kes di atas. Ya, apa pendapat anda, jika kita mengandungkan anak angkat kita sendiri?

18 comments:

Marliza Radzi said...

sungguh saya tak tahu.

apakah perspektif Islam tentang perkara ini? enlighten me please :)

SITI said...

kak Yanti,
kita pun sdg mencari jawapan juga. Ramai orang yang cakap tidak boleh termasuk pegawai sains di LPPKN dan abang Suhail. Tapi, ada junior kita kata, kawan dia kata, ibu tumpang boleh dalam keadaan tertentu. tapi, tak dihuraikan pula.

Kita macam tak tahu nak tanya siapa lagi. Any suggestion?

Anonymous said...

saya tak pasti apakah pendapat ini adalah betul atau tidak, tapi saya pernah dengar benih lelaki yang bukan suami yang sah kepada seseorang perempuan tidak boleh dimasukkan ke dalam rahim perempuan itu walaupun melalui cara saintifik, walaupun tiada persetubuhan diantara lelaki dan perempuan itu dalam islam hukumnya haram,..tetapi saya sendiri tidak dapat mengesahkan adakah betul pendapat yang saya dengar, ada tak orang lain yang lebih tahu??

Anonymous said...

8. Adakah menggunakan ibu tumpang (surrogate mother) dibenarkan dalam Islam?
Penggunaan ibu tumpang atau surrogate mother tidak dibenarkan dalam Islam. Ini adalah kerana embrio yang disepernyawa dari sepasang suami isteri akan membesar dengan zat-zat wanita lain. Adapun kesan-kesan psikologi yang negatif terhadap ibu tumpang tersebut. Kaedah ini juga dianggap sebagai salah satu jenis zina kerana meletakkan sperma seorang lelaki ajnabi, walaupun ia sudah bersatu dengan telur isterinya, diletakkan ke dalam seorang wanita selain dari isterinya sendiri.




Kaedah ini juga boleh mencetuskan fenomena negatif yang mana kaum wanita yang berkemampuan akan membayar wanita lain untuk mengandungi embrionya yang disepernyawa, dan ia juga akan membawa kepada kebingungan dan tuntutan mahkamah tentang siapakah ibu sebenar bayi yang dilahirkan.




Seorang wanita yang tidak berkemampuan untuk mengandungi kehamilan sehingga penggal yang penuh kerana sebab-sebab tertentu seperti kandungan yang lemah atau sebagainya, harus memohon bantuan dari Allah s.w.t, Dialah Pencipta segalanya dan tiada yang mustahil bagiNya. Oleh kerana itu, kita harus sentiasa memohon pertolongan dariNya dan juga sentiasa berusaha unutk mendapatkan sesuatu. Pada masa yang sama, sebagai orang Islam, adalah wajib untuk meredhai segala qadha’ dan qadar Allah s.w.t.



9. Bolehkah pasangan suami isteri menggunakan sperma lelaki lain dengan sebab susah untuk mendapat zuriat?

Apabila Allah s.w.t telah menentukan bahawa ada pasangan tidak dapat zuriat, maka pasangan itu wajib percaya bahawa itu adalah lebih baik baginya dunia dan akhirat. Kerana Allah s.w.t lebih mengetahui apa yang akan berlaku jika pasangan itu ada zuriat kelak. Dan Allah s.w.t tidak mahu kezaliman berlaku atas pasangan tersebut. Allah s.w.t berfirman dalam surah Al-Baqarah: Mudah-mudahan apa yang kamu tidak suka adalah baik untuk kamu, dan mudah-mudahan apa yang kamu suka adalah tidak baik untuk kamu. Dan Allah lebih mengetahui sedangkan kamu tidak tahu.

Mengambil sperma lelaki lain adalah haram. Ia adalah sama seperti zina kerana zuriat yang terhasil adalah dari benih lelaki lain dan bukan benih suaminya sendiri.


note : saya terjumapa Q&A ini di laman web majlis ugama islam singapura www.muis.gov.sg
saya rasa no. 9 adalah jawapan kepada persoalan yang SITI utarakan

SITI said...

Nor, terima kasih atas penjelasan yang diberikan. Saya faham keadaan nombor 9, tapi kes yang saya tulis ini bukan begitu. Ia lebih dekat kepada nombor 8 sebenarnya.

Cuba fikir, jika mengambil anak angkat, totally bukan benih kita, maka bukan anak kita. Tapi, kita perlu mendapat persetujuan daripada ibu/bapa/penjaga mereka. Cerita yang saya tulis ini berkenaan dengan embrio angkat. Totally bukan benih sendiri. Itu sbb, jika benarlah ia boleh dilakukan, perlu mendapat persetujuan daripada empunya embrio itu.

Saya faham penerangan no. 8 itu. Tapi, nampak jelas, yang tidak sihat di situ biasanya si isteri. Masalah2 yang berlaku biasanya rahim yang tidak sihat dan yang akan mendatangkan kemudhratan kepada si ibu jika mengandung.

Kes yang saya tulis ini ialah tentang lelaki yang tidak sihat (mandul tahap 1) manakala si isteri mempunyai tubuh badan yang sihat.

Saya hanya mempunyai kebimbangan di atas lambakan embrio yang tidak dipedulikan lagi oleh pasangan yang telah berjaya mendapat anak melalui IVF. Biasanya, embrio2 yang lebih ini akan ditinggalkan sahaja di hospital. Dibuangkah "miracle" itu?

Jika isteri mandul, lelaki boleh berkahwin satu lagi, bagaimana pula jika suami yang mandul? Tidak bolehkah si isteri melakukan sesuatu? Saya bukan mencari keadilan. Saya cuma bertanya. Saya juga bukanlah suka sangat mengapa saya suka bertanya perkara2 yang terpencil begini. Tetapi, saya hanya bersyukur, diilhamkan Tuhan soalan ini. Saya juga berdoa semoga dijauhkan daripada hasutan syaitan.

Mengapa saya bertanya soalan ini? Semasa saya mendengar radio tentang mengambil iktibar tentang peristiwa korban Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail, tiba2 saya terfikir apakah yang boleh kita ambil iktibar daripada kejadian Mariam mengandungkan Nabi Isa.

Saya sentiasa faham ia keistimewaan bagi Maryam, yang telah memuliakan dia.

Saya boleh menerima jika jawapannya TIDAK BOLEH. Saya cuma bertanya. Semoga Allah mengampunkan saya. Amin. Sekian.

Marliza Radzi said...

tim, tulis kat paper! tanya Dr. Mashitah ke?

SITI said...

kak Yanti,

Er, baiklah, akan mencuba menulis. Seperti tidak tahu bagaimana ingin menulis. Tulis kat blog pun, kene tulis macam cerpen. Huhu.

Anonymous said...

Jelas memang tak boleh. Embrio orang lain tak boleh. Sperma lelaki tak boleh. Yang boleh sperma suami sendiri. Mungkin boleh diusahakan. Suami berubat. Sperma sihat. Lalu dipindahkan ke rahim isteri. Memang kena doa banyak + ikhtiar banyak. Ada kawan dan saudara mara, lepas 10 tahun baru dapat anak - alhamdulillah. Sarah (isteri Ibrahim a.s.) juga akhirnya dapat anak, siapa sangka?

SITI said...

Cikgu, terima kasih kerana sudi membaca dan memberi komen. Saya terima jawapan cikgu.

Cuma, saya nak beritahu, mmg ada kes lelaki yang benar2 mandul. Dan, dalam alQuran juga ada tulis, Allah jadikan ada yang mandul, sama ada lelaki mahu pun perempuan. Kes yang saya tanya ini bagi lelaki yang benar2 tiada sperma, azoospermia.

Dan, saya ingin bertanya lagi, adakah Maryam mengandungkan embrionya sendiri? We know it is a miracle (karamah) to her, tapi, adakah embrio Isa a.s daripada ovum Maryam? Adakah Isa a.s dan Maryam mempunyai hubungan genetik?

Semoga Allah mengampunkan dosa saya.

Anonymous said...

Ehmm...
Lame tidak mengomen
Tim..ingin membuat teguran...

1. MMG TAK BOLEH, pernah ade satu kes dimane seorang ibu tidak sehat dan ingin menumpang embrio beliau pd seorang wanita.Ia diluar akidah islam, ia same seperti bersetubuh tapi secara halus.tapi di oversea bole..asalkan semua pihak bersetuju...

2. Lambakan embrio adalah bukan satu alasan kaedah ini perlu di halalkan..coz pihak2 tertentu mestilah bertanggungjawab memikirkan hal ini sebelum berlaku..dan membantu sesebuah keluarga utk mendapatkan zuriat bukannye spt engineer mengdesign wellhead.Ade sesetengan perkara mmg tertulis utk kite supaya kite boleh membantu perkara yang lain.

3. Komen kamu sgt berani..Berhati2...kadang2 kite akan terslip dengan pemikiran begitu..pernah diberitahu oleh FaNa rakan seblock sewaktu sedang membuat degree..kite tak bole berfikir jauh..yes, we need to think out of the box but not too far coz dikhuatiri takkan dapat balik dalam box itu..

SITI said...

Ema, terima kasih kerana memberi komen. Aku setakat ini memang menerima jawapan tidak boleh.

Cuma, semua kes merujuk kepada ibu yang tidak sihat. Kes yang aku tulis ini adalah suami yang mandul.

Aku pun baru baca satu dua artikel. Sama seperti cikgu aku tulis, tidak boleh mengandungkan sperma bukan suami kita.

Jadi, jika si isteri kurang sihat, maka dia benarkan suami dia kahwin lain. Oklah, kan?

Tapi, boleh tak ovum isteri pertama yang disenyawakan dengan si suami di luar (IVF), tapi isteri kedua yang mengandungkannya? Sperma itu milik suami yang sah. Cuma, bukan ovum dia sahaja.

Seperti, aku dan kau, sama2 kawen dengan lelaki yang sama, tapi, kau mengandungkan embrio yang suami kita dan aku punya ovum? He is legal husband to both of us. And, we are friends.

Kau fikir aku mahu berfikr begini? Aku tidur, dan bangun tiba2, ada satu soalan. Aku juga kadangkala rimas.

Semoga Allah mengampunkan dosa aku.

Anonymous said...

Tim,

1. Jika kau dan aku kawen dengan Encik X, aku mengadungkan embrio hasil dari ovum kau dan sperma x, aku nak tanya mengapa aku tak nak guna ovum sendiri?Terbukti semua pon sehat..

2. Tidak mungkin berlaku kerana jika si suami mandul,kawen 14 pon pasti ttp mandul.

3. Apakah kepentingannye jika kite dibenarkan mengandung ovum org lain?bile perempuan yang mandul lelaki dibenarkan berkhwin lain..tetapi bile lelaki yang mandul, perempuan nak kandungkan embrio angkat, which it OBVIOUSLY sperm itu bukan dari suami beliau?

4. Jika mengguna embrio yang telah disenyawakan dari sperm dan ovunm yang halal..masih tidak bole.. 1. kau kene cari isteri orang yang suaminye bersetuju rahim isterinye di'sewa'. 2. Tapi jika lelaki itu sehat, tidak ada alasan untuk mereka mengambil embrio angkat. Jika lelaki itu tidak sehat, anak yang dari embrio angkat itu sah2la bukan anak mereka, maksudnye mereka mengandung kan embrio stranger.

Tim, mungkin kau terlalu concrete..
Try to think on the other way.but its good..membuat kite berfikir.

SITI said...

Ema, kes kau kawen dgn aku tu, lainlah dari kes yang aku tulis dalam entri. Aku cuma tulis sbb dalam penerangan2 yang aku baca, tertulis tidak boleh mengandungkan sperma bukan suami. Kemudian, aku teringat kes sepupu aku, Fallopian tube dia rosak, dan doktor tak benarkan dia pregnant sbb ada saket lain. But still, dia ada ovum, kan? Kesian dia, tak sempat pregnant pun, dah ada penyakit dan tidak dibenarkan pregnant.

Nombor 4 yg kau tulis itu, kene sekali dgn kes yang aku tulis.

4.1. Sekarang kau bukannya nak carik embrio yang ingin disewa. Aku nak carik embrio sbb rahim aku sehat.

4.2. Embrio stranger, kan? Kalu kita ambil anak angkat yang usianya satu hari, anak stranger, kan? Aku tahu aku takkan dapat anak sendiri, aku cuma nak pregnant.

I love my husband. Aku tak mahu bercerai pun. I just want to pregnant. Aku nak pregnantkan anak angkat aku sendiri.

SITI said...

Eh, aku belum kawen. Itu semua kes yang aku terfikirkan sementelah kehidupan aku di makmal. Kalu tak boleh, takpelah. Aku ambil angkat angkat macam biasa saja.

Actually, jika benar aku kawen dgn suami mandul, aku nak buka rumah anak2 yatim. Erm, itu cuma perancangan.

Semoga Allah mengampunkan dosa aku dan merahmati kehidupan kita semua. Sekian.

Anonymous said...

"..Dan, saya ingin bertanya lagi, adakah Maryam mengandungkan embrionya sendiri? We know it is a miracle (karamah) to her, tapi, adakah embrio Isa a.s daripada ovum Maryam? Adakah Isa a.s dan Maryam mempunyai hubungan genetik?.."

bacaan lah surah maryam(kaji lah tafsir nye betul2)..

SITI said...

Owh, saya sedang membacanya. Tapi, belum ketemu jawapannya.

Have you reaad it? Tahukah jawapannya?

Anonymous said...

cuba pulak baca surah sapi betina..

tak payah jauh..ayat 1 - 5 jer..!!

di situ ade jawaban nye...!!

Anonymous said...

Al-Baqara
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Alif, Laam, Miim. (1) Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa; (2) Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. (3) Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad) dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya). (4) Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka dan merekalah orang-orang yang berjaya. (5)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...