benci itu satu perasaan. dan aku assume ia adalah satu perasaan mazmumah. satu perasaan yang tidak bagus. sama seperti perasaan marah, dengki dan lain2 yang akan membawa kpd berlakunya perlakuan atau percakapan yang tidak baik.
aku rasa aku penah rasa tak suka je. sbb aku rasa perasaan benci ini sgt berat. well, sebenarnya penah kot. sikit. dgn adek aku masa dia sgt terjal dulu. aku ttiba tahu byk perkara jahat yang dia buat. tp, mungkin kerana doa emak, dia sudah menjadi baik sikit dari dulu. semoga dia akan terus baik.
perasaan benci itu aku rasa sgt berat. masa aku tak suka perangai adek dulu, tgk muka dia pun aku tak nak. adrenalin pun boleh meningkat. mengepam jantung dgn lebih laju. tak bagus perkara2 begitu.
aku rasa perasaan sayang orang pun berat. tp, perasaan itu mungkin akan membawa kepada perlakuan yang lebih baik daripada mempunyai perasaan benci kepada orang.
u guys pernah membenci?
perlu benci org jahat. benci perompak, perogol dan penjahat2 yang lain. tp, apa yg lebih penting, berdoa supaya org jahat jadi org2 yang baik supaya dunia akan menjadi lebih aman.
Doa utk hari ini. semoga tiada kejahatan lagi di muka bumi ini. maka, tiada lagi perasaan B.E.N.C.I. Ameen.
(p/s: *w*s, aku rasa perasaan rindu aku tak bernilai +30, tak de nilai kot, kosong, sbb aku tak sepatutnya ada rasa itu pada org itu. tp, perasaan itu kurniaan tuhan, maka bukanlah perasaan yg tidak baik. tp. terima kasihlah sbb tolong kirakan utk aku. try again. huhu.)
No comments:
Post a Comment