Monday, January 19, 2015

Makndak saya yang satu ini

Saya hanya ada seorang makndak, dan pakndak. Iaitu sebelah abah. Sebab sebelah mak, mak dan ayah saya ialah makndak pakndak. 

Makndak saya ni dah lama sakit. Saya tak ingat masa saya tingkatan berapa, tapi masa tu dia diserang angin ahmar. Keadaan dia jadi lemah. Anak dia balik kampung, and stay with her parents, take care of her mother.

Time flies away.

Makndak saya mengidap penyakit kencing manis. Dalam keadaan lemah itu. Kakinya dipotong. Mula-mula ibu jari, kemudian kaki kanan. Kemudian kaki kiri. Dia kemudian menggunakan kerusi roda sepenuhnya.

Tapi, pakndak saya jaga dia sungguh-sungguh. Kami semua kagum dengan sifat pakndak saya. Dia kelek, dukung makndak. Mana saja dia pergi berjalan, dia akan bawa. Dalam kesihatan yang lemah itu, makndak pergi umrah. Pergi Australia. Pegi Indonesia beberapa kali. Pakndak yang sorong kerusi roda. 

Makndak teringin nak pergi Sarawak, sebab itulah satu2nya negeri dia belum pergi. Jadi, kakak sepupu tempah tiket untuk satu family. 

Benarlah, bahawa sesungguhnya, kita tidak akan pernah tahu bila dan di mana kita akan mati. Bila dan di mana kita akan dikebumikan.

Makndak saya telah menghembuskan nafasnya yang terkahir dalam perjalanan pulang ke Senai. Ya, dia meninggal di atas kapal terbang Ai*Asi*.

Menurut kakak sepupu dan pakndak saya, makndak memang kurang selera makan sepanjang berada di Kuching. Flight pulang adalah flight awal pagi. Jadi, seperti biasa kakak sepupu siapkan makndak. 

Memang tidak banyak cakap. Masuk saja badan kapal terbang. Makndak terlentok. Semua pun ingatkan makndak tidur. Bila tiba masa makan, pakndak kejut makndak, tapi dia tidak terjaga. Mulai risau, pakndak memangil pramugara. 

Pramugara kata nadi dah lemah sangat. Dia minta standby ambulans di airport. Berhenti sahaja kapal terbang, pakndak dan makndak diturunkan dahulu. Ambulans dan doktor sudah standby di bawah. Setelah diperiksa, doktor announce Time of Death.

Inilah secebis cerita, dalam ribuan cerita setiap hari.

Saya akan sentiasa kagum dengan pakndak saya, yang menjaga makndak dengan amat baik, sehingga akhir hayatnya. 

Sekian. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...