Thursday, January 15, 2015

15012015

Lagi beberapa minit sudah waktu pulang.

Tapi, saya terima beberapa khabaran tidak enak petang ini.

Adik saya denggi. PakLong saya pula dalam perjalanan ke IJN dengan ambulans.

Semoga Allah beri kemudahan atas keadaan mereka.

Sihat adalah satu nikmat. Tetapi, ramai yang tidak ambil peduli, sehinggalah jatuh sakit.

Saya sekarang pasang niat mahu istiqamah puasa sunat isnin khamis. Semoga dengan praktis ini, akan lembutlah jiwa-jiwa yang keras dalam diri ini.

Saya ada jumpa satu ayat dalam buku kesihatan. " I changed. From fast food to fasting...."

Bila terbaca ini, saya punya satu rasa. Betapa beruntungnya kita sebagai umat Islam yang telah mempunyai amalan berpuasa ini. Ada banyak agama dan fahaman yang tiada malan berpuasa. Jadi, mereka perlu belajar sendiri.

Kita juga, sebagai umat Islam kena banyak belajar agama sendiri.

OK, it almost time to go home. Balik nanti kena masak nasi. Lauk beli sahaja.

Tata.

2 comments:

Anonymous said...

Salam...masih bekerja berkaitan dna?blh taw klinik ap ya dan di mana?if ad no tel klinik pn lg bgs...perlukan khidmat dna urgent...tq

SITI said...

Salam.
Jika perlukan khidmat, sila pergi ke mana-mana klinik swasta. Beritahu masalah kepada doktor.

Doktor akan menghubungi kami di pihak makmal DNA Lab.

Kami tidak menerima patient walk-in.

Sekian, terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...