Wednesday, January 14, 2015

2015



The first post of this year.

This year, i have new tasks at my workplace.

Bila cakap tentang benda baru, boleh jadi ia menakutkan. Boleh jadi ia perkara yang riang.

Buat masa ini, masih banyak uncertainty. Jadi, saya masih banyak waktu senggang. Maka, harapnya saya boleh menulis dengan lebih banyak pada tahun ini.

Saya memang rindu menulis. Kadangkala tulis di Facebook saja. Berjela-jela.

Nanti kita tulis perkara-perkara lepas, ya. Ada banyak tak tulis kat sini.

Bermula pada tahun lepas, boss ada bagi kami beberapa orang kat opis ni masuk kelas leadership. Sort of motivation class lah. Maka, banyaklah input motivasi yang telah meluap-luap dalam diri. Haha. Kelas itu akan bersambung untuk tahun ini.

Walaupun speakernya tak best sangat, tapi bila baca lagi di alam maya, memang seronok topik yang dia kupas. Jadi, bila balik rumah, sambung study pasal motivasi dan leadership, akan bersemangatlah nak jadi macam yang dia tulis tu. Haha.

Bermula Disember 2014 juga, alumni STF 9600 ada buat book club. Diasaskan oleh one of the best student, memang sentiasa semangat sungguh budak ni. sangat committed dan bagus. Mudah-mudahan akan ada rahmat dan barakah dengan aktiviti ini.

Bila nak menulis, kenalah banyak membaca, kan?

Jadi, tahun ini, mudah-mudahan bertambah-tambahlah ilmu di dada, dengan adanya aktiviti-aktiviti seperti yang disebut.

Happy Year 2015, people!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...