Monday, December 27, 2010

Penutup Majlis 2010 - Perjumpaan Anak2 Moyang Sebelah Abah

Walaupun kerja kawen sudah tamat, tapi hujung minggu yang terakhir tahun ini diakhiri dengan majlis hari keluarga yang besar.

Ini kali pertama keluarga abah mengadakan hari keluarga. Sebenarnya, bukan hari keluarga pun. Ia lebih kepada perjumpaan keluarga yang besar. Ya, memang sudah ada orang buat, menghimpunkan 300 hingga 500 orang, bukan kerja yang agak mudah.

Ini inisiatif keluarga Pak Ndak sekeluarga. Dia telah meghimpunkan keluarga sebelah ibu dan ayahnya beberapa bulan lalu. Jadi, dia mahu kumpulkan pula saudara sebelah ibu dan bapa mertuanya. Dan, pada krismas tahun 2010 ini, saudara sebelah bapa mertuanya dikumpulkan.


Bagi saya, ia perkumpulan sebelah arwah atuk sebelah abah. Perjumpaan yang dinamakan perkumpulan keluarga Abdullah dan Masyitah ini mensasarkan 300 kehadiran. Mesyuarat beberapa kali juga diadakan di rumah maklong. Tapi, kami anak2 tidak terlibat. Semua yang terlibat dalam mesyuarat ialah adek-beradek abah.

Atuk saya itu punya 10 adek-beradek. Huh! Dan dua daripadanya berkahwen dua, termasuklah atuk saya. Dia mempunyai 19 anak. Huh.

Mula2, Pak Ndak risau juga kerusi lebih banyak daripada orang. Tiba2, tak cukup kerusi pulaks. Kiranya yang datang ni semua sepupu -sepapat abah. Ada separuh yang tak datang. Tapi, yang datang ini mebawa segala anak cucu. Jadi, penuhlah 5 buah khemah yang ada.

Terlalu banyak untold stories to be heard that day. Ada yang tidak pernah berjumpa dalam 20 tahun ini, walhal kecik2 dulu main sama2. Arwah datuk saya dulu penghulu kampung, jadi bela ramai anak saudara. Tapi, bila dah besar ramai yang merantau. Itu sebab jarang berjumpa. Abah saya nangis banyak kali. Setiap kali ada saudara yang tiba, musti dia sebak. 

Ada beberapa perkara yang mahu saya catitkan di sini. Pagi2, masa pendaftaran, tiba2 ada pakcik tua datang. Dia perlahan2, keluarkan dua keping kertas yang telah siap ditulis salasilah keluarganya. Tapi, dalam tulisan JAWI yang chanteks. Made me miss my nenek. Huh. Nenek dulu tulis senarai barang2 dapur dalam jawi. :)

Abah berucap bagi pihak keluarga sekejap sahaja. Tapi, lepas tu abah cakap lagi. Hehe. Mula2, abah cakap tentang kembar. Ya, dalam family sebelah abah ada keturunan kembar. Ada adek beradek datuk kembar. Lelaki. Kemudian, uncle saya juga kembar. Lelaki. Kemudian, adek saya juga kembar. Perempuan. Abah pun sebutlah lagi beberapa pasangan yang kembar dalam keluarga besar itu. Abah cakap, kalu kawen nanti tiba-tiba beranak dapat anak kembar, janganlah terkejut sebab memang keluarga ni ada keturunan kembar. :)

Kemudian, abah cakap pula tentang salin tikar. :) Ada atuk saudara saya yang salin tikar dengan dua nenek saudara saya.

Mak saya, memegang erat carta salasilah yang disediakan. Setiap kali datang saudara-mara, dia terus tanya  abah ini yang mana satu. Abah pun tunjuklah sepupu dia yang mana satu. Hehe. Mak sudah lost count yang mana. Saya juga. Like, terlalu ramai. Owh, pastinya ada yang kacak juga. ;p

Keseluruhannya, ia adalah satu majlis yang berjaya. Ia, tidak akan dibuat setiap tahun, mungin 3 atau 5 tahun sekali. Yang pasti, semua pihak merasa syukur, terharu dan berterima kasih kepada pihak penganjur. Bagi pihak penganjur pula, sokongan mereka yang hadir cukup melegakan

Sekian majlis penutup untuk saya sepanjang tahun ini. Jumpa lagi di tahun hadapan. 2011. 


4 comments:

AzizMostafa said...

@ Nenek dulu tulis senarai barang2 dapur dalam jawi. :)
-
Tulisan jawi – Amat cantik! Semakin Terancam?!
Semarak Jawi. Membandingkan dengan Rumi:
1. Jawi lebih indah, lebih mudah, lebih menarik.
Rumi = 26 +A+B+D+E+G+H+Q+R = 17x2 = 34 bentuk berdiri sendiri.
Huruf Arab + 6 Jawi - titik-2 = Sahaja 17 bentuk yang manis + tari-menari.
Tidak seperti Rumi, Jawi suka bercantum.
Hanya ekor perubahan seperti yang ditunjukkan di sini:
http://www.arabictypography.com/ani1.html
2. BM adalah bahasa fonetik, seperti Arab.
Cara terbaik adalah ditulis (dan dibaca) dalam Jawi
-
Tetapi kebanyakan orang Melayu + Indons tidak mengetahui.
-
Orang Melayu harus malu menggunakan Rumi di tempat Jawi.
Melompat Lebih Tinggi + Semoga Berjaya

SITI said...

En. Aziz,

Ya, saya akui itu.

Saya sedang menunggu bila pihak berkenaan mahu mengangkat semula tulisan jawi ini ke tahap lebih tinggi.

Tapi, semua pelajar yang pergi sekolah agama petang2 memang tahu jawi termasuklah saya.

Cuma, tulisan saya tidaklah sechantek tulisan nenek saya. :)

KBH said...

Tentu seronok sebab dapat kenal sedara mara...Kadang kala, ada yang pernah terjumpa dan kita kenali tetapi tidak mengetahui yang dia mempunyai hubungan dengan keluarga...

Kira ala-ala jejak kasih le...

SITI said...

KBH;

memang jejak kasih pon. Ada yang hampir 20 tahun tak jumpa, walhal dulu2 lari keliling kampung sama2.

sedih btol tengok.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...