Wednesday, May 28, 2008

28052008

Semalam, saya nonton Desperate Housewife. Episod kali ini agak terkesan di hati saya.

Hari itu sepatutnya menjadi hari yang indah...

Hari itu dimulakan seperti biasa. Tiba2, Gaby cakap di kena pindah ptg tu jugak, nak lari bersama Carlos. Dan, kemudian, keluar berita akan berlaku puting beliung di kawasan Fairview itu. Maka, sume org pun bersiap2 mencari tempat perlindungan. Dalam kelam kabut itu, byk jer pergaduhan yang aneh2 berlaku. Tapi, sume pun diam, duk kat basement masa angin yang kuat itu datang. Namun, kematian memang tidak dapat dipisahkan daripada bencana alam yang dahsyat itu.

Hari itu, yang sepatutnya menjadi seindah biasa, telah berakhir dengan bencana...

Sangat menakutkan. Syukur beribu kali saya kepada Tuhan kerana Malaysia adalah kawasan yang teletak di luar daripada lingkaran bencana alam yang dahsyat, wpun sekarang kita dah dpt rasa gegaran2 kecil. Tapi, keselesaan ini yang kadangkala membuat kita seringkali lupa untuk bersedia. Kerana, kita merasakan ia tidak akan berlaku pada kita. Sangat sukar untuk "expect the unexpected", kan? Itulah yang terjadi semasa kita mengalami kesan tsunami di Kedah, dan banjir besar di Johor. Terlalu unexpected untuk dijangkakan.

Bencana alam semakin sering berlaku di seluruh dunia. Memang benar2 menakutkan. Semuga kita semua mati dalam keimanan. Ameen.

Saya pernah baca satu website, sempena tragedi Virgina Tech, yang ramai student kene bunuh itu. Banyak jer kawan2 meluah rasa, sehingga saya berpendapat bahawa sume mangsa yang mati ditembak itu, sumenyer manusia yang berhati baik. Telintas dalam fikiran saya, kalu saya mati, apa yang kamu2 semua akan tulis. :)

Dengan rakan2 di sekeliling, aku selalu mengusik utk menulis ttg mereka dalam blog ini, ketika mereka membuat saya "kecik ati". Tapi, sejujurnya, saya hanya ingin menulis ttg mereka sementara masih sempat. Jika saya yg mati dulu dari kamu2, tidaklah sempat untuk saya menulis lagi ttg kalian. Dan ketika itu, jika kalian menulis ttg saya, tidaklah dapat saya membacanya.

Semalam, hari saya telah dimulai dengan 3 SMS. Yang pertama, dari seorang orang itu, membalas SMS saya lewat malam sebelumnya, (yang telah mampu buat saya tersenyum riang). Terima kasih. Kedua: SMS kematian ibu Amiran Ngah, sahabat saya. Takziah. Ketiga, SMS kelahiran anak abg Firdaus, rakan felo saya. Tahniah.

Semoga Tuhan merahmati sisa2 kehidupan ini. AMEEN.

2 comments:

Vann said...

I did watch DHW last Tuesday...but tertidur sebelum habis..who died anyway?

SITI said...

Owh, saya gumbira dengan kehadiran awak di sini. Welkam2. :)

Victor yg mati. Carlos (akan) jadi buta.

Dan, Ida wanita tua, kawan Karen, itu juga(akan)mati.

(akan); selepas membaca sinopsis utk next episod kat web. Huhu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...