Tidak apa miskin,
Tapi, bukan menjadi pengotor,
Bersih itu sebahagian daripada iman,
Orang akan memandang mulia orang yang pembersih,
Walaupun dia orang miskin harta.
Tidak apa miskin,
Tapi, bukan kurang ajar,
Bukan tidak berbudi bahasa,
Orang akan sayang pada orang yang bersopan santun,
Lembut tutur bicara, berpekerti mulia,
Walaupun dia orang miskin harta.
Tidak apa miskin,
Tapi, bukan pemalas,
Rajin belajar, penuh ilmu di dada,
Rajin bekerja, rezeki sentiasa ada,
Dan, akan berkurang kemiskinan hartanya.
Tidak apa miskin,
Tapi, bukan penipu,
Bukan pembohong,
Kerana sifat itu sifat orang munafiq,
Orang akan tidak sukakan mereka,
Walaupun mereka kaya harta.
Tidak apa miskin,
Tapi, bukan menjadi penjahat.
Awak,
Jadilah orang yang baik,
Saya suka tengok awak,
Tapi, cerita tentang awak tidak sedap didengar,
Maka, saya sedih.
Awak...
Janganlah nakkal2 lagi.
© SITI.
09:09 PAGI. 250508.
K5D 205, KAB, UKM.
9 comments:
"Awak" jangan nakal2 ye..belajar rajin2 ye "awak"..semoga "awak" jadik orang yang sentiasa disenangi kawan dan lawan..hehehe..Insyaallah.
owh...
tajuk...
hmmm...
ntah la...
susah zaman skrg ni...
tapi tape...
people's change n we hope for the better way...
cume kadang2..ade slope dlm life kite..but..semuanya lumrah alam...
okay...
berdoalah...
:)
oryza: eh, saya tak rasa awak mengenali org yg memberi ilham pada saya dalam entri kali ini. Orang ini saya lihat dia di makmal saya, maka, tidaklah pernah awak menjumpai dia. Okay? :)
semsortu caps: tak sesuai ker tajuk itu? aku pun dah tak tahu nak letak tajuk aper. Haah lah, aku terlupa nak berdoa dalam entri kali ini. Ya, semuga yang baik2 sahaja akan berlaku. Ameen. :)
owh..ingat 'awak' itu adalan dia..
silap..silap..
Erma: Walau saper pun kau teka, jawapannya, BUKAN. Heh.
Tim dah ada 'awak' yg lain..
Alhamdulillah..
En. Pokok: Haha. Apakah? Merepek jer statement kau itu. Heh!
Baik..aku tidak teka...
ermalina..nampaknya kita sudah silap meneka...hehehe..adakah Cik Tim sudah mempunyai "awak" yang baru? Sama-sama la kita tunggu..hehehe..tim..tak nak kenalkan pada kami ker "awak" yang baru tue?
Post a Comment