Binatang ini menjadi isu hangat beberapa minggu lalu. Saya tidaklah teringin sangat utk menulis tentangnya. Tapi, malam tadi, ada satu orang itu terlalu banyak menyebut nama binatang ini semasa bercakap dengan saya.
Kita semua diajar bahawa babi dan anjing adalah binatang yang digolongkan sebagai najis mughalazah, najis yang amat berat. Maka, pada hemat saya, binatang2 ini lebih jijik daripada hasil kumuhan kita setiap hari itu. Maka, binatang2 ini perlulah dipandang sangat jijik. Dulu2, masa kecik2, nak sebut pun, terasa jijik. Ramai jer kawan2 saya, jika terpaksa sebut, mereka akan sebut dengan cara mengeja. Amat jijik sekali untuk disebut.

Namun, apabila dewasa, saya dapat melihat haiwan ini telah menjadi beberapa karakter dalam kartun dan juga dijadikan anak patung. Memang dapat dilihat karakter yang sungguh comel. Tidak pula dihalang penjualannnya, terutama anak2 patung seperti haramnya penjualan daging haiwan2 ini. Mungkin, ia menjadi agenda pihak2 tertentu dalam usaha penjajahan mental orang2 Islam. Saya ada membaca sebuah cerpen, menyatakan bahawa, babi telah dilihat karakternya sebagai pembersih dalam buku cerita kanak2 sekolah tadika di luar negara. Manakala, anjing pula dilihat antara haiwan paling bijak dan mempunyai deria yang kuat, menjadi haiwan peliharaan dan amat disayangi.
Saya tahu isu binatang ini sangat sensitif. Isu babi lebih sensitif daripada anjing. Ini kerana, anjing dilihat binatang yang cerdik dan bagus untuk mambantu dalam kerja2 seperti penjagaan keselamatan dan digunakan dalam mengesan barangan seperti dadah dan VCD cetak rompak. Manakala, babi pula adalah untuk makanan. Maka, ia dilihat lebih menjijikkan, lantas menjadi lebih sensitif.
Tapi, yang perlu sangat dikaji dan diberitahu ialah, sebab2 mengapa binatang2 ini menjadi sangat najis. Saya rasa sudah ada kajian2 yang dijalankan, cuma atas beberapa sebab, tidak mampu disebarkan tentang keburukan binatang2 ini. Saya sangat pasti, jika manusia tahu tentang keburukannya, mereka tidak akan menjadikan daging haiwan2 ini (esp babi) sebagai santapan mereka.
Jika, sudah ada kajian saintifik yang sangat kukuh, yang tidak boleh dinafikan lagi kesahihannya, maka manusia2 tidak akan ingin lagi memakannya. Maka, tidak akan ada lagi permintaan yang tinggi. Maka, tidak akan ada lagi penternakan. Maka, tidak akan ada lagi isu ladang babi. Huh!
p/s: maaflah jika entri ini memualkan...