Sume orang pernah rasa gumbira, walau apa pun sebabnya. Aku juga sangat pernah, banyak kali tidak terkira. Syukur pada Tuhan.
Dan, mungkin juga, kita pernah merasa gumbira-yang-AMAT-sangat. Perasaan ini hadir apabila mendapat sesuatu yg AMAT dihajati, yang AMAT disukai atau mendapat perkara2 yang best tanpa disangka2. Dalam lebih kurang 25 tahun hidup ini, aku pernah merasa perasaan AMAT itu, tidak berapa lama dahulu.
Dan, mungkin juga, kita pernah merasa gumbira-yang-AMAT-sangat. Perasaan ini hadir apabila mendapat sesuatu yg AMAT dihajati, yang AMAT disukai atau mendapat perkara2 yang best tanpa disangka2. Dalam lebih kurang 25 tahun hidup ini, aku pernah merasa perasaan AMAT itu, tidak berapa lama dahulu.
Namun, kadangkala, kita tidak sedar, perasaan gumbira itu adalah satu bentuk ujian dari Tuhan yang Esa. Kerana Tuhan boleh menguji hamba-Nya dengan pelbagai cara. Bukan hanya dengan kesedihan atau kehilangan. Oleh itu, jika kita dikurniakan perasaan AMAT GUMBIRA itu, seharusnya, kita cepat2 memohon pada Tuhan, supaya perasaan itu bukanlah ujian bagi kita, dan seterusnya mensyukuri nikmat kurniaan-Nya itu.
Perlu aku akui, perasaan AMAT GUMBIRA yang aku rasai satu ketika dulu itu, adalah ujian dari Tuhan. Mungkin kerana aku sangat menginginkannya. Berdoa siang dan malam. Maka, apabila diberi Tuhan "sesuatu" itu, aku AMAT GUMBIRA. Tidak aku lupa bersyukur. Namun, aku terlupa bahawa "sesuatu" itu tidak akan boleh menjadi milik aku selama2nya, bahawa Tuhan boleh menarik kurniaan-Nya itu bila2 masa sahaja.
Maka, aku telah kehilangan"nya". Dan, tidak ada perasaan yang lebih mengelirukan apabila ia terjadi dalam sekelip mata.
Tersedar dari kegembiraan dan kedukaan yg amat sangat, aku lantas bersyukur atas nikmat2 yang lain yang masih Tuhan berikan pada aku. Sesungguhnya, Dia amatlah Pengasih dan Maha Penyayang kepada hamba2Nya.
Semuga kita masih di bawah pemeliharaan Nya. AMEEN.
3 comments:
If u suddenly lost something precious, especially when it's practically robbed from u, ur heart aches so much it's beyond comprehension. u never thot u could possibly feel so much pain.
Ya semua yang berlaku adalah dugaan dan ujian dari Allah..samaada ia berbentuk kesenangan, kesusahan, kegembiraan, kesedihan..dan banyak lagi..
Ati: haah, aku tak sangka aku akan mengalami perasaan Amat sedih itu, selepas Amat gumbira itu. Dan, ternyata ia Amat lah mengelirukan aku. Huh.
Amiran: Macam maner nak bezakan ujian dengan reward from God? Sila2, jawab.
Post a Comment