Monday, April 21, 2008

GulaGula

Kat lab sitogenetik sekarang, ada semacam pengaruh makan gula2. Owh, jangan salah anggap pula. Bukanlah kami semua melanggar peraturan makmal. Kami makan gula2 di bilik screening. Maka, tiadalah bahan kimia yang digunakan, selain immersion oil. Tak kan lah pule kami akan cicakman. Heh! (Aku tak penah nampak cicak pun kat lab tu :p )

Bekas gula2 kami di lab. Kecil jer, tak boleh masuk byk2 pun. :)

Tapi, sejak 2 minggu lalu, macam seronok pula makan gula2. Satu hari, aku pun belilah gula2 sket, sbg derma kepada bekas gula2 kami. Beli kat kedai mamak Seksyen 15, Bangi. Beli sikit2 je lah. Ada pelbagai jenis. Tiba2, ada dua jenis gula2 yg diminati ramai pula.

Gula2 jagung. Ni gambar peket besarnyer...

Satu perisa jagung. Satu perisa guava (chewy). Bila dah abis, pegi balik kat kedai mamak, dah abis pulak. Carik punya carik, (kene carik jugak sbb ada kakak dah bagi duit suh beli), tak jumpa kat kedai biasa. Maka, aku carik pula kat hypermarket. Jumpalah kat Carrefour.

Ini puler gamba peket gula2 guava yg chewy itu. Enak sungguh.

Mula2 beli satu peket jers. Cepat pula habis. Huhu. Next time nyer, aku terus beli tiga peket tiap jenis. 6 peket kesemuanya. Huhu. Gula2 guava tu, sgt cepat out of stock juga kat carefour tu. Itu sbb aku beli byk2.

Tapi, mcm dah buhsan dah mkn 2 jenis gula2 tu sekarang. Aku mcm nak carik gula2 lain. Org2 kat lab tak berapa gemar gula2 coklat. Mereka suka yg berperisa buah2an. Tp, brand FruitPlus tak berapa sedap kat tekak mereka. Aku bukaklah website brand gula2 guava tu, Hamac. Tp, mcm tak penah nampak jer gula2 perisa lain yg mereka jual tu.

Apakah gula2 kegemaran kamu2 sekalian? Silalah khabarkan, akan aku carik dan bawak ker makmal terchenta itu, dan dibuat food testing. Huhu. Kalu ada sapa2 jumpa gula2 perisa jagung Hamac tu, bgtaulah, k.

Tetapi, dingatkan juger, jgn lupe gosok gigi lama2 sket jika makan byk mende2 manis ni. Dan juge, kepada sesiapa yg ada keturunan diabetes, kawal2lah kemahuan anda terhadap gula2 yg sedap ini. Aku makan byk juga, sbb suka hancurkan gula2 dalam mulut. Maka, cepatlah habis, dan terus makan the next one. Banyak jugaklah makan dalam 10 minit mencerap kromosom. Hehe.

7 comments:

margeena said...

huhuhu..

gula2 jaGUngs?? jaGUngss.. me LikeY!! hehehe..

nk jAGung sebEnaR!

Awis said...

ermm.. aku suka gula2 lembik Lot100 perisa mango.. yummy..

ultimatecass said...

aku tetap suka kopiko! hahaha and that gula kelapa ke apa ntah usually brown color with shiny wrapper yang agak traditional. aku miss sagon. kau tau apa tu sagon? yang serbuk putih kelapa tu?

SITI said...

Ida: Yup, gula2 jagung tu sungguh sedap. Suka juger jagung sebenar, extra margarine please... Huhu.

Awis: aku rase aku tak penah makan. Nanti aku carik.

Ati: Kopiko, aku tak berapa gemar skrang. Gula2 kelapa itu sedap juga, tapi ntah, susah pulak nak jumpa skrang.

Sagon? Aku tahu lah. Tapi, makan kene lah beretika. Tak praktikal makan dlm screening room. Huhu. Pandai betol kau bab food ni, eh? Haha...

ultimatecass said...

aku rasa gula gula kelapa tu kat kedai kecil kecil ada kot. tapi yang kecil je. heh.
lama tak makan sagon. selalu tersembur bila nak cakap tapi lupa ada dalam mulut.
rindu choki choki juga.
bab food memang agak terror. dilatih sejak kecil hehe.

Anonymous said...

awis, ko suke gule2 yang mila af tu eh? emmm..aku suke mentos mint sbb hanye ia shj yang boleh hilangkan ngantuk aku...nak2 mase memandu...huhu

SITI said...

Ati: choki2? Aku tak pandai makan choki2. Baik makan nutella jer. Haha.

Erma: Mila dah jadik duta gula2 tu? Hoho. Tak nampak puler aku iklannyer. Aku tak carik gula2 hilang ngantuk, hanya hilangkan kebuhsanan screening. Huh. Ngantuk; tidur je lah. Haha.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...