Tuesday, January 22, 2008

Wedding X-MPPs

~pengantin yang chanteks~


Perkahwinan ini berlansung pada akhir tahun lalu. Maka, saya mohon maaf kerana baru sekarang berkesempatan menulis ttgnya.

Farrah Syafeera atau sangat dikenali dengan panggilan Ann adalah rakan sekolah saya. Tapi, kami tidak pernah sekelas. Dorm kami pada aras yang sama, maka kami berkongsi bilik air/ mandi yang sama. Dan, errr, kami pernah menjadi ajk PUI bersama2. :D

~rakan2 STF yang hadir~


Ann sgt chanteks malam itu. Suaminya menjadi pengantin lelaki yang riang. Gambar2 yang ditunjukkan semasa hari nikah dan malam itu juga, lelaki itu sentiasa tersenyum riang. Dia mungkin berasa sangat gumbira mendapat isteri. :D



~kelihatan bekas menteri pengajian tinggi, Datuk Shafie Salleh, (kanan sekali)~


Ann dan suaminya adalah bekas perwakilan pelajar universiti masing2. Mereka berkenalan dalam satu prog yang telah diadakan. Maka, dengan bagusnya, majlis ini telah dihadiri oleh bekas menteri pengajian tinggi dan bekas NC UM yang saya kagumi, Prof. Hashim Yaacob. Ya, saya sangat cemburu dengan hal ini. NC datang ke majlis perkahwinan kita? Huh. Maka, untuk memastikan NC juga boleh datang ke majlis perkahwinan saya, saya akan berusaha mencari MPP yang available untuk dikahwini. HAHAHA. Boleh? Ya, jodoh adalah ketentuan Tuhan. :p

Kepada rakan saya ini, terima kasih atas jemputan. Majlis ini sungguh indah. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.

Tidak lupa juga kepada rakan felo saya yang telah menemani saya ke majlis ini, En. Amiran Ngah (kanan sekali, gambar di bawah). JASAMU DIKENANG. :)

2 comments:

Marliza Radzi said...

tak naklah ada NC datang. hahaha.

Ann ini seperti kukenali. kenal kenal. dia kerja Bank Negara kan sekarang? ketemunya di Sogo tempoh hari.

SITI said...

erm... kak Yanti salah orang kot...
dia sdg buat MSc kat UKMKL in health science... :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...