Thursday, January 10, 2008

Maal Hijrah 1429

Salam Tahun Baru :)

Semalam saya menyambut tahun baru di Masjid Putra, Putrajaya. Gusar tiada majlis di Masjid UKM, maka saya telah memandu ke sana. Ya, masjid merah jambu yang sangat chanteks.

Saya sampai agak awal, ketika azan asar sedang berkumandang. Disebabkan dinding rahim saya sedang runtuh, maka tidak banyak ibadat boleh saya lakukan. Saya hanya berzikir dan.... ya, MELIHAT PELAKUAN ORANG.

Saya duduk di masjid itu dari asar hinggalah maghrib. Jemaah asar silih berganti. Dan apabila masuk jam 6, jemaah mula tiba untuk celebrate tahun baru. Sehinggalah maghrib, jemaah wanita telah penuh di ruang solat yang dikhaskan oleh mereka.

Banyak yang telah saya pelajari dan dapat saya lihat dalam lebih kurang 2 jam saya di situ.

Saya dapat lihat, beberapa warga emas yang sihat dengan wajah yang berseri2 dan baju yang chanteks adalah antara jemaah yang awal sekali tiba. Saya dapat lihat ada juga anak2 muda sebaya saya yang hadir untuk celebrate new year di sini. Dan, antara yang menarik hati, melihat telatah anak2 kecil perempuan, memakai tudung dengan cute dan cuba membaca kitab yang sama dengan kitab yang dibaca oleh ibu mereka. Sungguh mencuit hati.

Kemudian, saya telah mula berfikir. Betapa letihnya kehidupan seorang ibu menjaga anak kecil. Ibu2 ini membawa anak2 mereka yang masih bayi ini ke masjid, supaya mereka tidak ketinggalan menyambut tahun baru. Mengharap anak kecil ini tidak meragam dan menangis supaya mereka dapat beribadah dengan tenang. Ya, si bapa tidak menjaga anak yang bayi. Mereka hanya perlu menjaga anak2 lelaki yang sudah boleh bercakap dan mengikut rukuk dan sujud.

Maka, saya merasakan bahawa saya perlu mengisi usia muda saya ini dengan aktiviti2 rohaniah seperti ini dan aktiviti2 yang berfaedah yang lain yang ingin saya lakukan. Supaya nanti, saya tidak terkilan tidak dapat melakukannya hanya kerana kehadiran seorang anak kecil. ["Eh, bukan cik Siti pernah tulis entri, tak nak ada anak ker?" "Rezeki di tangan tuhan. Tak semestinya anak kecil itu dari rahim saya :)"]

Dan, supaya saya dipanjangkan umur dengan sehat tubuh badan, supaya saya dapat menikmati usia emas saya dengan hati yang tenang dan baju yang chanteks2. :)

Ya, seperti mana menyambut tahun baru 2008, untuk tahun baru Hijrah 1429 ini, saya juga mengharap yang baik2 sahaja berlaku untuk saya untuk tahun yang mendatang ini. Ameen.

Sekian.

1 comment:

Anonymous said...

ya... marilah sama-sama kita berharap supaya tahun baru maal hijrah ini yang baik-baik saja yang berlaku pada diri kita.... dan semoga sentiasa bertambahlah segala amalan dan penghayatan ibadah kita diterima serta diberkati Yang Maha Esa.... akak juga berharap tahun ini akak baik-baik skit.... tak gaduh2 dengan orang, tak marah2 tak tentu pasal... pendek kata yang baik-baik sahajalah.... ameeen... ameeen... ya rabbul alamin....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...