Friday, August 20, 2010

19082010

Mahu menulis sedikit tentang semalam.

Saya bersahur sambil menatap laptop. Membaca email Yahoo membuatkan saya seperti mahu menjerit kegembiraan. Berita yang dinanti akhirnya telah dipost oleh abang saudara saya. InsyaAllah, kami sekeluarga akan ke Johor Bahru pada 4 dan 5 Sept ini. Semoga majlis kami ini akan berjalan lancar.

Saya benar-benar tersenyum gembira. Tiba-tiba, terdetik di hati saya, hari baru ingin bermula. Tidak semestinya segala-galanya akan gembira. Bak akata orang lama-lama "jangan gembira-gembira sangat, nanti menangis".

Ternyata sangkaan saya ada benarnya.

Sampai di makmal, makmal saya banjir. Bertungkus-lumus saya dan rakan-rakan membersihkannya, supaya kerja harian kami tidak terjejas.

Penat mengemas, saya dikhabarkan satu berita buruk lagi. Saya telah dikesan membuat kesilapan dalam kerja rutin saya. Rasa mahu nangis depan bos. Saya telah tersilap menginterpretasi tulisan doktor/nurse dalam borang. Maklumlah, mereka sibuk. Ada orang yang tidak sibuk pun, tulisan huru hara. Tapi, saya tidak salahkan siapa-siapa. Memang silap saya, tidak mahu bertanya. Kalupun saya dipecat, saya terima, kerana saya yang bersalah.

Saya juga mengantuk sungguh semalam. Mahu sign report pun, saya boleh terlelap. Rehat zohor, saya boleh tidur dengan lenanya. Saya berdoa semuga tiada lagi berita buruk buat saya.

Petang, saya perlu ke bazar ramadan untuk membeli juadah lantaran tiada apa-apa di rumah. Malas benar mahu fikir nak beli apa. Saya ke tempat biasa, seksyen 16 BBB. Tiba-tiba rasa mahu kuih akok. Tiba-tiba nampak roti jala seperti nampak jala emas. Gosh! I'm craving for all these sweet desert from Pantai Timur, which is I know tiada kat bazar ini. Maka, saya jadi rindu bazar ramadan kampung baru. Kat sana, ada satu stall yang jual semua kuih-muih dari pantai timur, dan saya beli hari-hari. Haha.

Hari ini, Jumaat, insyaAllah, saya akan makan free.

Selamat meneruskan ibadah di bulan yang penuh berkat ini. Sekian. :)

*penat saya tulis, tiba-tiba hilang separuh. Urgh! Ayat dah jadi tak best, sebab nak cepat.

3 comments:

KHBH said...

Sabar. Ramadan memang penuh dengan ujian.One thing yang kita sentiasa kena ingat, ujian itu datangnya dari Allah.So, sebagai hambaNya,kita perlu bersabar.Semua yang berlaku ada hikmahnya yang kadangkala, hikmah itu hanya kita sedari bertahun-tahun lamanya...atau mungkin juga kita tidak menyedarinya....

Anonymous said...

u r so IN TO PANTAI TIMUR...

huh~

SITI said...

KHBH: Ya, sabar. Salam Ramadhan to you.

Anon: No, i'm just have sweeth tooth. Dan, kuih2 dari sana kebanyakkannya manis2 belaka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...