Tuesday, June 10, 2008

.garang.

Saya baru pulang dari kursus utk JAKSA baru kolej saya di Pulau Jerejak, Pulau Pinang. Akan saya kisahkan setelah saya mendapat beberapa keping gamba yang berada di kamera kawan saya nanti.

Saya telah melalui episod2 orang2 yang telah berlaku garang dengan/ di hadapan saya sebelum, semasa, dan selepas ke Jerejak. Saya sangat takut dengan orang2 yang garang ini. Terutama, bila hati saya menjadi cepat sensitif. Saya boleh nangis, dan dilihat terlalu emosional. Dan, definisi GARANG bagi saya amatlah kecil spektrumnya. Bagi saya, bila seseorang telah sedikit meninggikan suaranya bila bercakap, maka saya kira, dia telah berlaku garang dengan saya. Lantas, saya selalu akan berkata "Tak payah lah garang". Tapi, ada satu orang itu selalu menjawab semula. " Awak ni kan, kadangkala, sengaja buat orang nak marah/ garang dengan awak", dengan intonasi suara yang tinggi. Eeeee, takut! (Mana ada saya sengaja buat orang garang. Awak tu yang suka marah2 saya. Heh!)

Ya, saya agak takut bila orang garang. Esp, bila org garang dan marah kepada saya. Masa kecik2 dulu, saya adalah kanak2 yang baik, tidaklah pernah saya kene marah dengan ibu, bapa, nenek, atau pun che'gu. Saya mula dimarahi bila perangai tidur dalam kelas saya menjadi2. Huh.

Sebelum pergi ke Jerejak, saya telah berlawan cakap dengan kawan saya yang seorang ini, K**. Kami telah berbincang ttg satu prog yang akan dilaksanakan di kolej. Selepas satu ketika, masing2 ingin mempertahankan idea masing2, lantas meninggikan suara. Owh, sangat menakutkan bila En. K** yang seorang itu diam, dan tidak mengucapkan selamat malam kepada saya semasa saya beredar keluar. Walhal, telah saya ucapkan, "Owh, kau sangat garang. Aku tak bermaksud pun nak buat kau garang. Owh. Gudnite, aku pulang dulu".

Beberapa hari selepas itu, saya telah ke Jerejak, bersama En. K** dan rakan felo yang lain, bersama adek2 JAKSA. (En. K** sudah tidak garang lagi kepada saya). Pengetua kacak pergi bersama keluarganya menaiki kereta. Di malam terakhir (malam kedua) kami di sana, sedang saya sampai di cafe utk mengambil makanan, tiba2 terdengar suara pengetua yang kacak itu meninggikan suara kepada pekerja resort itu. Owh, saya amatlah terkejut sampai menggeletar. Sepanjang saya di kolej, dari kecil sampai besar, tidaklah pernah saya melihat pengetua yang kacak itu, segarang itu. Owh, sangat garang, sehingga saya takut untuk memandang ke arah dia. Bergegas Manager On Duty datang ke arahnya. Itupun, masih terdengar suara pengetua yang kacak itu meluahkan ketidakpuasan hatinya. Saya duduk, sambil memandang hidangan. Menggeletar sampai tak boleh makan. Saya mengambil nafas dalam2 dan menenangkan perasaan sendiri. Wei, TAKUT giller, OK?!

Dalam perjalanan pulang dari Jerejak ke KL, kami telah dapat nonton filem Dunia Baru di dalam bas. Saya belum nonton cerita ini, lantas menontonnya sehingga tamat. SANGAT menakutkan bila mana scene Darius marah2 dengan menendang2 kereta dan cermin kereta. Owh, mengapa perlu garang sehingga begitu. Owh, saya tutup telinga bila lihat adegan itu. Takutnya lihat orang garang2 begitu.

Hari ini, ibu pula garang dengan saya. Saya tahu dia penat, ditambah dengan masalah di rumah yang besar itu. Tapi, kecil juga hati saya. Tak pasal2 kene marah. Dia marah orang lain, saya pula turut dimarahi. Owh.

Dan, i must add, kawan saya yang seorang itu, Anif, selalu sahaja berlaku garang terhadap saya. Wpun, dia telah pernah berjanji ingin belajar kemahiran memujuk, nyata ia hanya harapan palsu buat saya. :(

Semua kita semua dijauhkan dari kemurkaan Tuhan. Ameen.

11 comments:

Afzan said...

Tim, sejak pregnant, aku juge sudah garang. Oh tidak..

SITI said...

Afzan: takpe, lepas bersalin nanti dah tak garang. Tunggu sket je lagi. Hehe...

Anonymous said...

wah..nampaknya semua orang dah tunjukkan kegarangan masing2..aku pun kena tunjukkan kegarangan juga nie..hehehe..

SITI said...

oryza: owh, janganlah garang kepada aku. Please... Owh...

Anonymous said...

siannya...

SITI said...

Anon: terima kasih kerana merasa kasihan. Tapi, siapakah awak? :)

Anonymous said...

ahaha...
wujud Anon di sini juga?..
hmm..
siapakah Anon itu ye...

well..
nampak gaya selepas en Anif yg garang muncul dlm entri ini..ada juga orang lain tak serik2 untuk garang ye...mengapakah en K** garang?...tak perlu la garang...

cuma...
normal kah en K** itu garang?...kurg normal rasenye..
:)
en K** itu takkan garang jika tiada isu yg tak digemari kot...
:p

yang penting..usah garang2...garang2 mempercepatkan proses penuaan pada raut wajah anda...pesanan penaja..
L'oreal...
:p
(pesanan utk en oryza)

marilah same2 wujudkan keharmonian dlm hidup kita..walaupun minyak sudah naik...tapi hidup perlu diteruskan...cuma...

perlu ada sesuatu yg dilakukan oleh Gomen supaya rakyat tidak terus garang dan marah2...
kan?..

okai semua...
selamat maju jaya...
wassalam...

Anonymous said...

amboi..sensorto caps..nak suruh aku pakai loreal juga ker? hehehehe..tak pe la kalau cepat2 tua nie..nampak lagi matang..hehehehe...perempuan suka lelaki yg tua..banyak pengalaman..hahahahaha...mmm..cuma sekarang aku sedikit ingin tahu..kemahiran memujuk tue subjek U3 ker? hehhehehe..macam subjek kemahiran menulis?..kalau ada subjek tue..teringin nak ambil..hehehehe..

SITI said...

Sensortu caps: panjang nyer kau menulis. Tapi, kali ini kau agak tak fokus. Gundah gulana sbb laptop "merajuk", eh? Hehe.

Oryza: apsal kau semakin merapu ni? Tp, kalu Anif amek subjek kemahiran memujuk as his u3 subjects, musti dia GAGAL, kene repeat. Hehe. Anif, jgn garang, jangan. Lalala....

Anonymous said...

Wah...sangat meriah kamu2 disana...
hmmm.sangat jeles.....aku konpis la..sensortu caps itu aku ahu siapa..cume oryza tu siapa yer?
hmm...

SITI said...

Erma: Haha, tidak perlulah kau tahu. Sume pun ada sbb sendiri menggunakan nama2 samaran ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...