Monday, June 23, 2008

Snippets

Beberapa episod yang telah berlaku yang mungkin berkaitan dengan saya secara tidak lansung.

1. Apabila Doktor kacak menyebut perkataan "chomel", Kid dan Anif gelak seperti Doktor kacak membuat lawak besar. Anif menunjuk2 ke arah saya, semacam sayalah orangnya yang telah membuatkan Doktor kacak menyebut perkataan itu. Bukanlah Doktor kacak tidak boleh menyebut perkataan itu, dia hanyalah manusia biasa, tetapi, agak tidak sesuai untuk dia, lebih2 lagi dalam mesyuarat bersama felo2 penghuni. Saya juga agak musykil, dan rasa bersalah, jika benar2 saya yang telah mempengaruhi Doktor kacak berkata perkataan itu.

2. Apabila Mike, rakan felo baru, telah menyanyi lagu kami, felos lama, "lalala...", semasa bermain UNO. Kid telah mengatakan saya sangat berjaya mempengaruhi orang yang agak sukar dipengaruhi. Haha. Apakah? Erm, Mike adalah Sabahan yang amat jelas Sabah nya, kerana dia masih bercakap dalam slanga Sabah. Maka? :P

3. Saya rasa semacam gumbira bila saya membaca satu perenggan dalam chedet.com;

"Saya bukan nujum dan saya tidak dapat teka apa yang akan berlaku lima tahun dari sekarang. Tetapi saya boleh ramal memandangkan prestasi buruk UMNO dan Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum ke-12 dibawah pimpinan UMNO Dato Seri Abdullah Badawi yang di pengaruhi oleh anak dan menantunya. Selain daripada memberi gula-gula kepada Bahagian dan Cawangan, dan berbillion Ringgit kepada Sabah dan Sarawak tidak ada usaha yang menepati kehendak dan mesej pengundi dalam Pilihanraya Umum ke-12. Hanya dengan meletak jawatan barulah Dato Seri Abdullah dapat pulih UMNO dan prestasi Kerajaan Malaysia. Tetapi ini tidak sanggup dibuat oleh Dato Seri Abdullah. Oleh itu tidak ada harapan yang UMNO akan dipulihkan dan Dato Seri Najib menjadi Perdana Menteri. "

Ya, saya juga selalu sangat suka memberi gula2 dan ingin sahaja memberi gula2 kepada rakan2 dan kanak2 riang. Saya rasa riang bila Tun juga menggunakan perkataan yang riang ini. :D

4. Saya rasa semacam diperli oleh Kid dalam gambar di bawah ini. Haha.

Saya selalu menutup mulut secara tiba2 bila mana saya terasa ingin menunjukkan lidah atau terlepas berkata sesuatu yang tidak sepatutnya. Owh, mengapa saja kamu begitu dalam gambar ini, Kid. Heh.

Sekian.

16 comments:

Amiran said...

owh..kenape kid berbuat sebegitu? amatlah tidak faham saya ini kerna tiada di tempat kejadian..hehehehe

Sahalfikri said...

ini bermakna anda adalah org yg mudah disenangi ramai.. ya, stuju. erm, pasal sepupu tu nanti kenalkanla.. bole ajak join GPTD..hehe

- dari guangzhou, china

Anonymous said...

Melihat anda semua dari jauh adalah sangat membuat saya rasa begitu cemburu...

Sangat rindu ke*sasa*an ah-Nep dan ke*matang*an dari usianya dan *makan*makan* bersamanya

Sangat rindu ke*riang*an dan ke*manja*an Timmy serta bual bicara dengan mu...

Sangat rindu ke*hening*an aminuddin baki itu..

dan...

Sangat rindu..kelisa oren , En.Kid yang sangat disenangi, dan ke*hero*an en.kid ku itu..walau arsenal dan m.u tak pernah bersatu..tapi kite sepakat dalam menentang holand~!!Go Russia..i'll go for italy lak after dis...how about u En.Kid?

SITI said...

Oryza: aku pun tak tahu mengapa? kau tanyalah da sendiri. Sape lagi comel kalu buat tutup mulut? Aku ker Kid ker? Haha.

Abg Suhail: apsal abg tak bgtau pun dah ke China? Terus menetap setahun di sanakah?

Erma: Hehe. Kami rindukan kau juger. Tapi, kami sgt faham, kau sdg sibuk berchenta, tidaklah akan dapat meluang masa di amin ini. Erm, minggu depan tak bleh dtg tau, kanak2 riang masuk blaja. :)

Anonymous said...

Owh tim...ko membuat muke aku kemerah2*an kerana malu..

kesibukan bercinta tidaklah begitu menghalang aku kesana..kerana si *dia* juga sering berada di kampung halamannya menguruskan perniagaan di sana....

tuntutan kerja juga amat mempengaruhi masa aku...ditambah keadaan ayahanda yang tidak begitu sehat...

kenape bila kanak2 riang da masuk belajar aku tak le datang?
huhuhu

SITI said...

erma: mase minggu orientasi, orang luar diharamkan masuk kampus, kan? Seminggu selepas itu, barulah kau boleh dtg.

Hurm, internet di kampus tidak begitu baik sekarang, maka, tidaklah dapat hero2 kau itu membaca komen kau di sini. :D

Anonymous said...

owh..iye...orientation week...

owh..khabarkan la pada mereka ttg komentar aku ini...

hero2 aku sihatkah?

sangat sedey okeyh melihat gambar kid memakai baju purple itu...

sangat rindu..hukhukhuk

SITI said...

erma: sudah ku khabarkan. Tp, mereka blum berkesempatan membaca.

Hero2 sumenyer sehat tapi weng2 sbb asyik menonton bola. Sorakan Emosi EURO. Haha.

Anif saket2 badan sbb sering tidur di atas kerusi dalam bilik En. Fairus yang berpenghawa dingin itu. Heh.

Kid menjadi emcee kacak hari ini, utk pelajar2 siswazah baru. Hehe. Kau rasa dia semakin kacak, kah? Ahaks.

Amiran sdg punya perut buncit persis perut orang kaya. Hehe.

Enchek F berkesempatan ke SUKMA bersama Enchek Pisang. Ya, mereka sangat riang, tapi lupa membelikan aku ole2. Heh!

Anonymous said...

cek2 rok2..

Anonymous said...

Owh...hero2 ku bz seperti biasa..

tapi aku sangat pasti yang mereka pasti meluangkan masa utk aku jika aku kesana...huhuuhu..(perasan!)

Semua pun *weng* disbbkan oleh euro..terutama bile potugal kalah..HuH~!!!

Owh Ahnep~!!take a gewd care of urself...kalu rase mmg nak tdo di bilik berhawa dengen itu..bw la toto bersamamu...jika tiada,boleh kirim cik ema..saye akan ke kelantan tak lame lagi tuk membeli belah..

Owh Kid..die sememangnya sentiasa kacak di mataku tim..sentiasa!dan tiada tandingan..dan..ke*kacak*an nya itu membuai perasaan di tambah dengan ke*gentle*man*an nya yang semula jadi itu...
owh..masih terbayang tatkala en.kid muncul di pintu uma sms mahu mengajak saya menonton wayang...heh!
En Kid menjadi emcee..owh..i wish i can be there..hukhukhukhuk

Owh Amiran...ape dalam perut mu itu?
Bahagiakah?sehingga muncit perut mu?

En.F~!!!ke sukma?main apakah?atau sbg tetamu?berniaga apakah sekarang?

EN.Pisang?owh..tiada komen utk beliau..

Owh..sangat rindu kamu2..
saya tahu..komentar saya agak beremosi kan...tapi ia luhur dari hati..bahawa..saya sangat rindukan kamu2...

='(

Anonymous said...

emhemmm.
sungguh banyak ye komentar2 pada ketika internet kurang memberangsangkan ni. owh! mengapakah begini aje kehidupan ini.

kelihatannya banyak episod rindu-rinduan yg wujud di kala ini. begitu merindui keindahan hidup tatkala segalanya kelihatan mudah dan senang aje. namun, masih banyak ruang dan waktu yang belum diteroka untuk mengetahui kesudahan episod hidup yang sementara ini.

alhamdulillah, semoga segala yang lahir dari hati yang tulus akan mendapat rahmat dari-Nya. pasti ramai yang merindukannya.

insya Allah.
Ameen.

Anonymous said...

erlow sumer2...
:)

rindu kamu juga.......
:))

well..kekacakan adalah sesuatu yang abstrak begitu juga dengan kecantikan..ianya amat sukar untuk ditafsirkan dan dijelaskan dengan kata-kata..

tQ banyak2 cik ema..
:)

usahlah dipuji terlalu banyak..sekadar insan biasa yang bisa melakukan salah dan silap..adakalanya mengecilkan hati..menimbulkan rasa benci di hati..
huhuuhuhu..

maaf ya kalian...

en kid menjadi emcee dengan jayanya...mendapat pujian dari ketua penolong pendaftar..alhamdulillah...
segala yang baik dari-Nya...

p/s: kacakkah en kid pada hari ni?...sukar dipastikan..perlu ditanya kepada mereka yg menyaksikannya..
:p
(perasaan sahaja)

Anonymous said...

tambahan...

RINDU...perlukan permission untuk merindui?...

:p

SITI said...

kaber: welkam.

Erma: Ya, kau sgt merindu. Akhirnya kau sampai ke Bangi malam tadi. Heh!

sensortu caps: panjang kau tulis. Heh!

Apsal kau tidak mahu mengaku kekacakkan kau semalam? Hoho.

Kau nak merindu saper, sampai kene mintak permission? Heh!

Dah lari tajuk dah dari entri blog aku ni. Haha. Nantilah aku tulis ttg merindu.

Anonymous said...

Ye...akhirnya aku dapat jua bertemu dengan kamu2 sekalian...

Ye tim...aku sangat merindui..dan perasaan utk memkn donut yang riang itu sgt membuak2...maka..kenalah mkn bersama rakan2 riang juga..

=)

to en.kid : untuk anda, permission tidak diperlukan untuk merindui...dun wori ya! =))

Ethan Jones said...

alfuzosin 10 mg Take it soon after dinner, simultaneously every day. Try not to take the medication on a vacant tummy. Gulp down the tablet and don't pulverize, bite, or break it. It gets down circulatory strain and may drive dazedness or swooning, particularly when you initially begin taking it.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...