Thursday, June 05, 2008

Setitis Minyak

Aku menulis entri ini selepas setengah jam harga minyak dinaikkan. Semenjak kenaikan harga bahan bakar ini diumumkan, pelbagai reaksi berlaku di sekeliling aku.

Petang tadi aku terlelap. Aku bangun, sesaat selepas berita itu diumumkan . Abang sepupu aku menghantar SMS. Sambil suruh isi minyak kete sebelum malam ini, sempat jugak di mengutuk2 k*erajaan. Aku tak terkejut pun dia nak marah, sbb ini mmg bukan berita baik pun. Aku pun tgk berita online. Mmg sahlah kenaikan itu pada malam ini. Dan, aku pun ajaklah Ain pegi isi minyak. Kitorang lambat rupanya. Stesen minyak dah penuh dah. Aku call Kid. Dia pun tak puas hati. Dahlah sdg pergi kursus, mcm mane nak pegi isi minyak murah. Huhu. Aku dan Ain tak beratur pun, sbb kitorang ade program kat kolej malam ni. Ain cakap dia pasrah je lah. Aku pun call adek aku, suh dia amek kete aku dan beratur utk aku. Alhamdulillah, sempat. Dahlah mmg tank dah nak kosong. So, dptlah untung sket.

Apa kamu rasa? Huhu. Aku tak marah minyak naik, sbb kita mmg terikat dengan harga minyak dunia. Tapi, mcm kata Pakatan Rakyat, duit Petronas boleh tampung kenaikan harga ini. Entahlah, aku tak tahu duit tu mereka buat apa. Tapi, mmg harga minyak melambung sangat tinggi. Duit subsidi yang mengalir keluar sangat banyak. Mmg kene ada cara lain utk subsidi itu.

Yang aku marah ialah mekanisme pemberian subsidi. Perkataan yang bagus ialah BODOH. Tak bijak. Tak pandai. Tak bagus. Apa lagi? Erm.... Lalala....

Kenapa beri subsidi utk setiap kereta? Kenelah beri subsidi ikut penggunaan minyak. Mana sama orang yang duk Seremban, keje KL dengan orang yang jadi felo kolej, keje kat ukm. Minyak kete org keje ukm tu tak gerak pun hari2, kecuali kalu dia pergi warta hari2. Tapi, org keje kl tu, kene bayar tol lagi, kene bayar minyak yang banyak lagi. Pastu, ada jer pakcik aku, yg kete dia gerak masa wiken jer, sbb hari2 keje, gune kete syarikat. Bini dia pun pegi pasar seminggu sekali. Dia ada dua kete yang jadi perhiasan kat garaj umah dia. So, nanti kete tu memberi dia hasil sbb akan dpt subsidi, wpun dia tak isi minyak selama sebulan. Hoho. Kete2 dia pun kategori 2000cc, bukan kete2 mewah pun. Heh!

Aku agak marahlah dengan mekanisme yang tak bijak tu. Dan lagi, berita kenaikan tarif elektrik juga agak membebankan. Aku tidaklah gemar akan berita itu.

Setelah berborak2 dengan Ain, aku rasa mcm nak terus jadik felolah. Sbb, tak payah bayar bil. Pastu, carik je keje kat ukm ni. So, pegi keje jalan kaki jer. Kete tu utk pegi beli barang dan balik kampung. Itu pun, sbb jauh dari stesen bas. Kalu tak, boleh jer naik bas. Mmg lagi murah lah compare dgn naik kete, dgn tol lagi. Lagipun, felo ukm, khabarnya akan menerima elaun. Boleh ker aku jadik felo lagi? Hehe. Rasanya, Doktor Kacak benarkan ker aku terus kat kolej terchenta ini?

Ain nak duk Jerman, dgn husband dia.

5 comments:

Anonymous said...

owh...
minyak...minyak...
mengapa kau naik nyaaakkkk...
:p

kenapalah ade pemimpin bingung yang kurang bijak dalam membuat komen dan memberikan pandangan dan pendapat...
kenapa pemimpin sekarang semakin kurang tahap intelektualiti mereka...

apakah telah difikirkan sepenuhnya?...apakah mekanisme yang ditentukan sangat ADIL untuk segenap lapisan masyarakat????...

sudah pasti dengan sistem ini membolehkan mereka-mereka yang KAYA akan terus KAYA dan yang MISKIN akan terus MISKIN...mengapa wujud idea BODOH ini?...pemimpin jenis apa yang boleh keluarkan idea SEBIJAK ini?...

aku tak mengerti dengan NEGARA ini...perlukah revolusi dalam pucuk kepimpinan negara kita???...

owh..
agak tertekan memikirkan masalah ini...setiap media massa kerajaan mengalunkan seruan-seruan ke arah penjimatan dan penjimatan...apakah mereka fikir semua rakyat tak berjimat?...apakah mereka merasakan rakyat yang miskin boleh terus SURVIVE dengan cara ini????

sudahlah...pemimpin negaraku....
aku sudah bosan dengan segala KEANEHAN ini....

SITI said...

sensortu caps: marah sungguh kau. Panjang sungguh kau meluah rasa.

Selain dari rasa marah, aku juga merasa takut. *sigh*

Anonymous said...

Wah...sensortu caps...kamu sungguh marah...tapi aku sgt setuju ngan pendapat korang..malam tu, aku di JB..sangat meriah di semua stesen minyak...nnt aku komen lagi ek..ni kat uma org ni..segan nak taip pepanjang..=)

Anonymous said...

hehehe..kamu semua marah nampaknya..ermmm...Pak Lah kata minyak negara kita kedua termurah selepas Brunei..ok la tue..kita sama ngan Brunei..pengeluar minyak..kenapa kita tak boleh sama je harga minyak ngan Brunei? Bila minyak naik..semua akan naik..tue yg aku marah tuh..ish..bila la agaknya akan keluar kenderaan yg pakai air jer kat Dunia nie..hehehehe...perit tul bila harga minyak naik...ermm..aku rasa elok la juga kalau pemimpin2 negara nih dijatuhkan semua...mereka agak lembap dalam berfikir nampaknya..pernah satu ketika dulu aku terdengar pasal sorang pak menteri cakap pasal nak bagi subsidi kat barang makanan asasi katanya...sebab harga minyak naik la konon2...huhuhu..lawak tul..konon2 ambil berat pasal rakyat la..mungkin dia tak terfikir masa tue yg apabila harga minyak naik...semua barang akan naik harga..so buat pe nak bagi subsidi kat benda tue...bagi la subsidi kat minyak, so harga barang takkan naik...entah la..aku sudah penat berfikir...harap2 pemimpin2 kita akan menjadi pandai2 semuanya..dan tindakan yg diambil adalah utk kepentingan rakyat..bukan utk kepentingan anak beranak..

SITI said...

erma: ya, sume stesen minyak di seluruh negara sangat meriah malam itu. In fact, ada yg bertukar ke arah keganasan, semata2 hanya utk berebutkan minyak.

oryza: aku pun pernah fikir macam tu. amik subsidi minyak pastu cakap the money goes to food. apakah? mcm bangang je kuar statement begitu.

Oryza, sila, ye, sila buat perenggan dalam penulisan anda. Sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...