Tuesday, March 29, 2011

HatYai, Jepun, Kiamat dan Boss

Rombongan kami ke HatYai adalah sejurus selepas beberapa hari gempa bumi dan tsunami terbesar melanda Jepun. Sangat gusar juga ketika itu. 

Sepanjang kami berada di HatYai, kami tidak boleh mendapat maklumat tentang Jepun ini dengan mudah. Ini kerana kekangan sambungan internet di bilik adalah amat menyukarkan. Masuk hari kedua di sini, saya berusaha mendapatkan suratkhabar English, namun gagal juga. Cuma hari ketiga baru saya jumpa. Masa itu, macam jumpa emas. Terus ambil dan bayar, bersama cokelat yang saya ambil. Tak tahu pun suratkhabar itu harga berapa. Senyum jer sepanjang hari. Hehe.

TV pula, tiada channel bahasa Inggeris, at least at our room. Saya memang agak gusar. Bayangkanlah, kami keluar berjalan2, bermakan2 dan bergelak ketawa tanpa mengetahui risiko sebenar radiasi dari Jepun itu.

Manusia, adalah senang lupa dan perlu sentiasa diingatkan. Dengan kekangan yang berlaku, saya terpaksa menonton TV berbahasa Thai itu, setiap pagi. Sepanjang kami berada di sana, memang rancangan bual bicara pagi mereka membincangkan tentang masalah di Jepun. Ya, setiap pagi. Kalau ada keluar gambar rajah yang ada bahasa Inggeris itu, fahamlah saya sikit2. Jadi, walaupun saya makan sedap setiap hari, bila pagi2 menonton rancangan itu, tidaklah dapat saya merasa selain bersyukur dengan nikmat yang Tuhan telah berikan kepada saya. 

Maka, selama 6 hari saya di sana, menonton TV seawal 5.30 pagi adalah menjadi rutin saya. Subuh di sana lebih kurang jam 5.30 hingga 6.30 pagi.

Malamnya, apabila emak saya call, saya akan tanya juga tentang Jepun. Bayangkan, sepanjang kami berada di sana, 3 loji nuklear meletup, dan saya mempunyai akses yang sangat limited untuk mendapatkan berita. Ia cukup menyeksa jiwa ingin tahu saya ini. 

Semasa dalam perjalanan pulang, sewaktu di lapangan terbang HatYai, tiba-tiba bos tanya satu soalan, "Fatimah, do you believe in the end of the world?".

"Yes. Orang Islam kena percaya, Dr. Itu adalah rukun Iman yang keenam", jawab saya. Macamlah bos tahu pasal rukun Iman dan rukun Islam. Huhu.

"You know, Fatimah, I also believe in it. Ada apa2 tak Quran cakap tentang ini? Bila ia akan berlaku?".

"Ada, tapi tak cakaplah bila akan berlaku. Tapi, ada cerita tentang tanda2 hari kiamat ini. Tapi memang dah dekatlah, Dr. Contohnya, macam volcano yang dekat Iceland dulu tu, yang keluar asap yang banyak tu. Dalam al-Quran cerita, akan keluar asap yang banyak dari bumi.".

"So, Fatimah, it doesnt matter, whether you're rich, or you're poor, the world will be end. All these wheather changes, gempa bumi. You see, in 2012, kapal Noah datang kan.... bla bla bla...." saya lupa ayat boss macam mana. Saya angguk je, tapi saya belum tengok pun filem 2012 tu.

"Owh, kalu dalam Quran cakap, Nabi Isa akan turun, kemudian bunuh orang jahat". Masa ni serious saya lupa nama orang jahat itu Dajal. Haih, macam mana ntah boleh terlupa. "Kemudian, right after that, kiamat pun berlaku. Kemudian, manusia, bermula dari Nabi Adam sehingga manusia terakhir, akan dibangkitkan dari kubur."

"Kemudian, tak tahu berapa ratus ribu lagi, manusia akan kembali hidup semula".

"Owh, bukan Dr. Kemudian, manusia pun beratur untuk kena timbang amalan mereka. Sapa buat banyak pahala, dapat masuk syurga. Siapa buat banyak dosa, akan masuk neraka".

Lepas tu, kawan saya pun balik dari wash room, boss saya pun berhenti borak dengan saya tentang itu. Saya cerita kat boss macam saya sedang masuk pertandingan bercerita kisah-kisah dari al-Quran masa kecik-kecik dulu. Huhu.

Inilah satu serpihan kisah sepanjang saya berada di HatYai. :)

Sekian. 

2 comments:

razi said...

Teruskan menulis..suka membaca ayat2 dr.mudah n senang di fahami..ade unsur2 agama di selitkan..Slmt berkarya.

SITI said...

Enchek Razi,

Terima kasih kerana sudi membaca.
Kita manusia, perlu saling mengingati, kerana sering sahaja terlupa.

:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...