Thursday, March 31, 2011

Kebetulan di HatYai

Ada dua cherita. Kisah pertama, sebelum ke HatYai.

Saya mencari maklumat tentang Prof. yang akan saya jumpa ini. Mencari namanya di laman sesawang. Dan, namanya ada dalam Google Scholar. Nampakna, dia memang Prof. yang dedikasi. Menulis tanpa jemu.

Saya lihat satu persatu artikel yang dia tulis di jurnal-jurnal ilmiah. Tiba2, saya tergamam, rasa mahu menjerit. Satu paper itu adalah clinical report tentang kes yang very rare, iaitu delesi 15q.

 Atas: Artikel jurnal yang diterbitkan oleh kumpulan PSU. 
Bawah: Bab dalam tesis saya menerangkan kejadian delesi tersebut. 

Kes yang sama yang saya jumpa untuk thesis saya. Entah macam mana saya boleh tertinggal artikel yang Prof ini tulis. Mungkin dia telah menekankan satu keyword yang lain iaitu "satellited". Kes saya adalah translocation antara kromosom, tiada "satellited".

Tapi, still lah kan, deletion 15q. Tak sampai 10 kes pun yang telah dilaporkan. Dan, dalam banyak2 kromosom dari 1 hingga 22 plus XY, kenapa nombor 15 jugak yang mereka nak jumpa. Haih.

Ketika itu, saya agak tidak gemar dengan kebetulan yang berlaku. Sangat2 tidak suka.

Itu cherita sebelum pergi. Cerita kedua adalah cherita di sana.

Pada hari kedua saya di sana, saya berkesempatan bertanyakan tentang artikel tersebut kepada Prof. yang segak itu. Dia pun bercherita tentang kes itu. Cherita punya cherita, saya pun tercheritalah tentang projek sarjana saya yang satu itu. 

Tiba2, Prof, cakap, Miss M, iaitu, "che'gu" yang sedang mengajar saya sekarang, juga telah membuat tajuk yang sama dengan tajuk sama. EXACTLY! I repeat, EXACTLY. Tapi, jangan salah sangka, kerana, of course, dia buat subjek (pesakit) di HatYai, dan saya buat di Kuala Lumpur. Jadi, kes2 yang dia jumpa, adalah lain. Jadi, tiada timbul masalah copycat. Tiada, ya.

Atas: Thesis Ms Jariya. Bawah: Abstrak tesis saya dalam bahasa Inggeris.

Ah. What is this coincidence?! Bila cherita dengan abang Herman, dia pun takut. Haha

Terus Prof. ambil thesis itu, dan bagi saya pinjam untuk baca. Tapi, kali ini saya tidak marah pun. Malah, saya telah merasa lega dan sedikit gembira, juga excited. Saya rasa mahu tidur dengan thesis tu. Haha. Kerana, saya tahu bahawa ada orang juga yang telah gigih bersama2 saya.

Keesokkan harinya, setelah saya dapat bertenang tentang kebetulan ini, barulah saya borak2 tentang thesis ini dengan Miss M. Bercherita tentang kegigihan. Ternyata, dia lebih gigh daripada saya. Dia buat lebih banyak kerja daripada saya.

Itulah cherita tentang kebetulan yang berlaku. Sangat2 rare pun boleh sama. Banyak2 tajuk thesis, pun boleh sama. Apakah kebarangkalian untuk sama. Ya, satu dalam berjuta. Tapi, akhirnya, ketemu di HatYai.

:) Bagaimana mungkin saya tidak jatuh chenta dengan PSU ini, kan? Bagaimana mungkin? Memetik lirik lagu yang kawan saya telah menari bersama lagu ini, "Loving you too much, so much, very much right now". Ya, itulah perasaan saya ketika ini kepada lab yang chantek itu. 

Sekian. Selepas ini, mungkin ada satu atau dua lagi cherita di Hatyai itu, ya. :)

edited on 16 April: Bukan satu kebetulan. Kalau ia pun, ia kebetulan yang mengada2. Di satu hari, sedang kami berjalan2, rakan kami dari PSU yang bawa kami ini sering terjumpa kenalannya di tepi jalan. Sepertinya, dia kenal ramai orang. Tiba2, bos berkata, "Entah2, Fatimah nanti pun ada jumpa orang yang dia kenal. Fatimah kan kenal ramai orang." "Apakah, bos?". Dalam hati saya, haih bos ni, macam tahu jer saya ada orang Siam di hati. Haha. Tapi, bos macam cakap ulang2 tentang itu. Maka, akhirnya, saya pun jawab, "Ya, Dr., saya pernah kawan "baik" dengan satu budak Siam. Tapi tak ingat dia dari mana. Tapi, dia dah duduk di Malaysia. Masa saya kenal dia, dia masih PR Malaysia." Ya, akhirnya saya berkata begitu, dengan hati yang berdebar2, moga2 tidaklah terjumpa sesiapa yang saya kenal. Giller ah kalu jumpa Alias kat sana. Giller! Tapi, tak jumpa. Jadi, tak giller. Sekian. :P

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...