Tuesday, March 08, 2011

Hari Jadi Ayah dan Ibu

Hari jadi ayah 4 haribulan 3.
Tahun ini, jatuh hari Jumaat.
Hari Jadi ibu 5 haribulan 3.
Tahun ini jatuh hari Sabtu.
Buat majlis sambutan hari jadi hari ahad, 6 haribulan 3.
Kerana,
Tukang masak favorite abah is not available on Saturday.

Majlis mula lepas zohor.
Jemput pelajar tahfiz, lelaki sahaja.
Solat hajat, solat tasbih.
Bacaan Yassin, doa selamat.

Makan jam 4.
Kerana majlis telah tamat.
Dan, Asar masuk sedikit lewat.

Hidangan utama: Nasi beriyani gam kambing.
Beras PUSA extra-long. (Abah is addicted with this beras)
Kambing seekor.
Ayam masak merah. 10 ekor.
Pencor nenas.
Dalca.
Agar-agar Nescafe.
Kuih Ros @ Kuih Goyang?
Kuih bahulu
Buah oren.
Sirap bandung.

Ole2 untuk dibawa pulang;
Kuih kapit.
Kain pelekat Gajah Duduk.

Hampir semua saudara-mara pulang meraikan.
Juga rakan-rakan emak dan ayah.
Juga jemputan orang masjid, datang selepas Asar.

Mendapat hadiah harijadi.
Juga salam keruk.

Ada hadirin yang tak sabar-sabar nak beri salam keruk.
Hehe.
Maaflah makcik.
Saya belum ada boyfriend pun.
Doakan yang baik-baik buat saya.

Person of the day;
Adli
Satu-satunya sepupu lelaki yang hadir dan membantu.
"Ini kakak saya".
"Maklong, cepatnya ambil kuih. Tiba-tiba sahaja dah hilang".

Sekian. Maaf, gamba belum sedia.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...