Tuesday, March 01, 2011

Berhenti ketika sedang sedap makan

Ketika ini beberapa negara di asia barat sedang bergolak. Bermula dengan Mesir, satu persatu negara ingin dijatuhkan regimnya oleh penduduk negara masing2.

Sekarang, yang agak hangat ialah Libya yang sedang diketuai Muaamar Gadaffi. Daripada tak tahu di mana Libya itu sekarang saya sudah tahu yang Gaddafi itu sudah lebih kurang 40 tahun memerintah. Juga pernah berkahwin dua kali. Anaknya ada yang main bola.

Melihat semua ini, saya hanya teringat pada Tun M. Juga kata2 dia, mengapa dia mahu bersara. Dia kata, dia ikut pesanan emak dia. Berhenti makan jika sedang sedap2 makan.

Mungkin ibu Gadaffi tidak berpesan sebegitu, maka dia pun sedap2 memerintah selama 40 tahun.

Saya mahu cakap, saya bersyukur yang Tun M ikut cakap ibu dia. Kalu tidak, rakyat Malaysia mungkin terpaksa tidur di Dataran Merdeka untuk meruntuhkan rejim.

Semoga cepatlah tammat rusuhan2 itu. Terlalu banyak nyawa melayang.

Sekian.

1 comment:

KBH said...

Peringatan untuk kita juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...