Sunday, March 20, 2011

Cerita latihan dan cinta di HatYai

Saya baru pulang daripada menjalani latihan di HatYai. Lebih tepat lagi, di Human Genetic Lab, Prince of Songkla University, HatYai, Songkla.

Oh people, i must admit, saya telah jatuh chenta dengan lab mereka. Berada lebih kurang 7 hari di sana, terlalu banyak untuk saya cerita. Mungkin seminggu dua ini, akan tulis sahaja tentang PSU di sini. The drama, the "kebetulan", the driver, the lab's slipper. Tolak ketiadaan internet di asrama dan kesusahan untuk mendapatkan suratkhabar English, yang lain2 semuanya saya suka tentang latihan yang saya jalani di sana.

Saya tidak tahu rakan2 yang lain, tapi malam sebelum saya pulang, tiba2 terpacul dari mulut saya, "nak kerja kat sinilah". Dan, esoknya, semasa dalam perjalanan pulang, Prof. cakap, "Maybe Fatimah wants to work here with us? I can pay her double." Hehe. Prof!


Saya tidak tahu di mana mahu bermula untuk bercerita. Yang saya tahu, saya mahu ucapkan banyak2 terima kasih kepada orang2 makmal di sana. "Cikgu2" saya yang sangat hebat dan cantik. "The driver" yang sangat cekap. Dan Prof yang terbaik! Terima kasih!

Tapi, yang pasti saya sekarang, saya sedang merindui lab PSU itu. Meninggalkan jejak langkah di HatYai Airport semalam, seperti meninggalkan chenta hati. Ya, drama!

Sekarang ini, rasa seperti mahu nyanyi, "Chintaku tertinggal di HatYai". Or, "Chintaku tertinggal di Songkhla" sounds better.

Sekian. Nanti saya cerita lagi. Saya kena siapkan report dulu, esok nak hantar.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...