Monday, February 28, 2011

Saket Gastrik

Dah lama giller tak kene gastrik, like 15 yeras ago last sekali kena. Tiba2, kene last Saturday. Teruk giller.

Pelik betul rasanya. Dulu, masa nak bayar nazar 60 hari puasa, tak penah kene. Puasa je, tak sahur pun. Ada hari tu buka pose jam 8 malam, sebab tren lembab. Tak kene pon gastrik.

Rupa2nya, makin banyak makan makin senang kene gastrik. Sebab acid dalam perut akan sentiasa dirembeskan. Haih. Mustilah sangat pelik, berat 60kg, tapi kene gastrik. Apakah? Ya, berat saya sekarang 60kg. Dan, hasruslah diketahui bahwa, gastrik tidak mengenal berat badan. Haish.

Yelah, bila sudah kene sakit begini barulah nampak hikmah pose Isnin Khamis tu. Nak buat, asyik tangguh2 jer sekarang. Rindu pula zaman belajar dulu, senang jer nak pose sunat. Skrang, time maghrib tu, still buat keje kat opis lagi. Hurm...

Kenelah berbuat sesuatu ni. Sakit yang amat itu, rasa macam dah takde harapan nak hidup dah. Ingatkan kena bacteria contamination lagi. Sebab dah lama sangat tak kena sakit ini. Bila lab contam, perut pun saket. Menjadi saya, haruslah overthinking, kan? 

Semuga saket semalam itu juga dapatlah menghapus dosa.

Sekian. 

2 comments:

KBH said...

Apapun, kesihatan diri perlu dijaga supaya kita sentiasa "perform" tidak kira semasa bekerja mahupun semasa beribadah kepadaNya...

SITI said...

sakit yang jarang2 ini adalah ingatan buat diri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...