Thursday, February 24, 2011

Kaitan umur wanita dengan mengandung

Kelmarin, Intan dan kak Akma tanya saya, mengapa kalau perempuan tu mengandung lewat, boleh dapat anak cacat. Memang umur wanita semasa mengandung sangat berkait rapat dengan kebarangkalian mendapat sindromic baby. Tetapi, tidak semestinya semua yang mengandung lewat, iaitu umur 35 tahun ke atas, akan mendapat bayi terencat. Dan juga, kalu mengandung awal pun, boleh jer mendapat anak sindromic. Saya pernah lihat satu kes, kedua2 suami isteri berumur 28 tahun, mendapat baby trisomy 18. 28 tu. Umur saya untuk tahun ini. Errr....

Jadi, jawapan kepada Intan dan kak Akma, dari segi kurang saintifiknya ialah, kerana proses pembahagian sel ovum terhenti pada usia seorang perempuan itu berumur lima bulan dalam kandungan. Dan, ia hanya akan bersambung semula pada akil baligh, dan terhenti sekali lagi. Dan, hanya akan bersambung lagi, hanya jika ada persenyawaan dengan sperma. 

Faham tak? Baca perlahan2, ayat pertama jawapan itu, ya. Baiklah, sekali lagi.

Proses pembahagian sel ovum, terhenti pada usia kita ni, perempuan2, 5 bulan dalam kandungan. Maksudnya, masa kita tak keluar ke dunia lagi, proses tu dah pause.

Jadi, jika mengandung pada usia yang lewat, proses itu juga akan bersambung lewat, dan akan menyebabkan kebarangkalian berlaku error itu lebih tinggi. Sebab dah lama sangat terhenti, kan?

Itu sebab, cikgu saya kata, kalu nak anak 10 orang, kene kawen umur 20 tahun. Apapun, itu semua rezeki Tuhan. Semoga Tuhan memberikan yang terbaik untuk kita semua. 

Ok, sekian untuk kuliah pagi ini. Ada apa-apa soalan? ;p

Selamat hari khamis. 

6 comments:

intan sufina said...

wowwwwwww....intan ada tanya heh...fatimah mengajar sperti cikgu semalam..siap lukis2

SITI said...

Intan;

Belajar genetik memang kene lukis2. Kalu tak lukis, susah nak faham. :)

KBH said...

Info yang baik. Saya yang tidak minat bio pun boleh faham...So, kalau seorang wife tu dah berusia 35 dan ke atas, nak teruskan utk mengandung ke kalau belum ada baby lagi atau better amik anak angkat je...sb lately kan, byk org2 terkenal kan kahwin lewat2...minta pendapat sikit...

SITI said...

KBH;
Perlu diingat bukan semua anak yang dilahirkan oleh ibu berusia akan cacat.

Ujian saringan boleh dilakukan dengan mengambil serum ibu semasa mengandung. Jika keputusan "increased risk", ujian diagnosis dilakukan dengan mengambil sedikit air ketuban (amnotic fluid) untuk melihat kromosom bayi yang sedang dikandungkan itu. Oleh itu, dapatlah dipastikan bayi tersebut normal atau tidak.

Kaunseling seterusnya akan diberikan ke atas keputusan yang diperoleh.

Kalu kaya dan banyak uang, boleh buat PGD. Teknik ini, pilih dulu embrio yang tidak cacat, lepas tu baru masukkan ke dalam rahim, guna kaedah IVF lah.

Sekian. :)

KBH said...

owh....thanks for the answer. Sepantas kilat...Apa pun, akhirnya tawakal lah kepadaNya setelah berusaha...

SITI said...

Sabar dan tawakkal is a must, not an option.

:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...