Tuesday, February 15, 2011

Pada hari cuti Maulud Nabi 15022011

Hari ini cuti sempena menyambut ulangtahun kelahiran Rasul terakhir. Cuti seluruh negara. Opis saya juga cuti.

Saya tahu saya perlu update blog. Tapi, saya mahu ke HKL. Saya mahu. Jadi saya tulis ramblings saja.

Saya perlu tulis resepi Nasi Malaya di sini. Ada orang mahu belajar. Mudah sahaja, bak kata moksu, "Senang sangat". Tapi, saya fikir, boleh ker tulis tanpa ada gamba? Untuk orang2 yang pernah makan, mungkin dapat bayangkan. Tapi, yang tak dapat bayangkan, musti rasa macam nasi yang telah diletak kicap sahaja.

Hajat di hati mau update banyak2 entri sekaligus. Mungkin boleh dilakukan hujung minggu ini, sebab saya cuti lagi.

Hujung minggu lepas, saya cuti juga. Tapi, saya mengemas rumah. Mengemas kertas2 bahan thesis. Mahu seal kotak, tapi belum viva. Jadi, kemas2 sahaja.

Saya juga mengemop lantai seluruh rumah. Ahad, tuan rumah datang betulkan lampu. Terima kasih, tuan rumah. Malam saya lebih terang di rumah ini.

Saya masih ada satu misi yang perlu diselesaikan lagi. Itu sebab saya berkira2 mahu mengemaskini blog. Sikit masa lagi, misi akan tamat, semuga Allah permudahkan. Jadi, bolehlah saya menulis blog dengan riang semula.

Eh, sedang tengok berita Ronaldo, pemain bola sepak itu bersara. Sedih betul suasana.

Ok, saya nak bersiap pergi HKL. Siapa2 mahu belanja saya makan, sila beri mesej ke telefon bimbit. Selamat bercuti dan memperingati. 

Sekian.

5 comments:

KBH said...

rajinnyaaaaaa....cuti-cuti pun nak g keje juga...

SITI said...

buat keje sukarela memang best daripada buat kerja paksarela.

KBH said...

x pe...keje kan dikira sebagai ibadah...

SITI said...

betul.

Encik KBH kerja apa?

KBH said...

Keje biasa-biasa...yg lari jauh dari bidang yang dipelajari dahulu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...