Sunday, February 20, 2011

Nasi Malaya

Ok, saya perlu tulis entri makanan ini, kerana sepupu saya mahu masak. Hehe.

Keluarga saya sebelah emak memang mempunyai beberapa resepi keluarga yang tidak terdapat di luar rumah. Nasi Malaya, lengkong Nescafe, puding Coklat (Makndak' sytle) adalah beberapa contoh. Telah tiba masanya untuk saya mengetahui dengan terperinci semua resepi makanan2 ini, kerana sangatlah sukakannya. Oleh itu, saya akan mula menulis resepi2 keluarga di dalam blog ini. (Oh, sebelah abah juga ada banyak resepi sedap. Tapi, kita mula dulu sebelah mak untuk tahun ini, tahun depan mula kumpul resepi sebelah abah pula).

Bahan-bahan:
Daging lembu, boleh juga daging kambing. Dipotong dan direbus sehingga empuk.
Bawang putih, dikisar.
Halia, dikisar.
Kincam, direndam
Kulit tauhu, juga direndam supaya lembut.
Kicap masin
Beras, dibasuh bersih.
Garam, secukup rasa.
Minyak untuk menumis.

Bak kata moksu, sangatlah senang resepi ini. Definisi nasi ini ialah nasi daging berkicap, atau boleh cakap nasi kicap berdaging. Haha. Owh, saya tak tahu dari mana dapat nama Nasi Malaya ini.

Jadi, mula2, tumis bawang putih dan halia hingga wangi. Kalu tumis kat darat, nanti lepas tu masuklah ke rice cooker. Boleh jer nak tumis terus dalam rice cooker. Apabila menyukat beras, kita sudah tahu berapa banyak air perlu masuk, kan? Jadi, setelah naik bau tumisan, masukkan air rebusan daging. Kalu tak cukup, bolehlah tambah air biasa untuk sesuaikan dengan sukatan air yang diperlukan.

Masukkan kincam dan kulit tauhu yang telah direndam. Masukkan kicap secukup rasa. Jangan banyak2, nanti hitam sangat. Setelah mendidih, masuklah beras. Tunggulah masak nasi itu. Dah siap!

Nasi Malaya ini, perlu dimakan dengan sambal, tak keysahlah sambal apa pun. Sambal belacan pun boleh. Kalu takde sambal, macam tak cukup rasa. Selalu kat rumah, makan dengn sambal udang. Kalu kenduri2 besar makan dengn ayam masak merah.

Macam mana nak masak sambal? Sesenang ABC. Haha. Tumis bawang putih dan lada sehingga benar2 garing. Kemudian, letaklah udang atau sotong atau apa sajalah. Kecilkan api dan tutup periuk, supaya air boleh keluar. Dah masak, letak sket air asam jawa dan gula sketlah. Dah siap.

Tade gambar. Kene tulis sebab sepupu-sepapat nak masak. Nanti kalu ada gamba yang chantek, baru letak.

Selamat makan. Sekian.

2 comments:

KBH said...

emmm...mcm sedap je...

SITI said...

ya, sedap!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...