Sunday, November 21, 2010

Cuti Hari Raya AidilAdha yang Panjang

1. Saya ambil cuti panjang kerana saya rasa perlu ke rumah saudara yang tak sempat dijengah semasa Aidilfitri yang lalu. Jadi, saya cuti Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu, Ahad. Lamanyaaaaa.

2. Pulang jam 9.00 malam terus dari makmal. Tapi, jam 10 belum keluar Negeri Sembilan lagi. Urgh. Ada eksiden, mujurlah yang kecil2 sahaja. Keluar sahaja kawasan Seremban, trafik terus lancar, tapi tak sempat juga saya mahu nonton citer cina saya. Sob sob.

3. Adeks saya pulang pagi raya. Kami semua solat raya di mesjid. Pulang ke rumah, adek lelaki saya tepon, teringatkan raya tahun lepas, dia kena kejar lembu yang terlepas. Huhu.

4. Hari raya pertama, emak masak mee rebus yang tak berapa nak jadi, tapi sedap. Huhu. Tak jadi mee rebus sangat sebab kurang kentang, tapi banyak daging jadi sedap.

5. Tiada lembu disembelih di hadapan rumah. Dua ekor lembu disembelih di masjid, jadi saya tidaklah tengok penyembelihan tahun ini.

6. Abah korban kambing pada hari raya kedua, terus buat masak beriyani. Abah beli beras mahal, extra long. Seriously panjang dan sedap. Huhu. Mak usu sekeluarga singgah sebelum ke KL. 

7. Hari raya ketiga, adeks saya pulang ke KL. Saya dan abah ke Batu Pahat dan kampung belah abah. Terhegeh2 bersiap, lantas lewat. Pulang ke rumah sudah jam 11 malam. Huhu.

8. Sepupu saya baru 10 hari melahirkan anak kelima, perempuan Anaknya yang pertama sahaja lelaki. Namanya Hadi. Pak sedara saya kata, Hadi nangis di sekolah tadikanya. Bila che'gu tanya kenapa, dia jawab dia sedih tak dapat adek lelaki. Takde kawan nak main, katanya. Haha. Kanak2. 

9. Cerita yang ulang2 saya dengar pada cuti yang panjang ini ialah cerita abah dan mak ke Sabah melawat adek lelaki saya, juga cerita keladi yang abah tanam.

10. Mak dan abah pergi melawat adek last week. Hajat di hati mahu berjumpa sahaja, tapi akhirnya dapat naik kapal sekali. Haha. As always, kawan2 adek saya pun terkejut, mak abah datang. Dulu, masa dia di Lumut, kakak2 dia sume datang melawat. Sungguh rajin kami melawat dia. Haha.

11. Abah tanam keladi. Carik benih keladi banyak2, tak tahu mana yang sedap. Mengikut cerita abah, dia sedang tanam seriboo anak keladi. Hoh!

12. Cerita keladi sudah start several weeks ago, sejak batch pertama masak. And this first batch is so delicious. Like, seriously delicous, sampai ada yang merajuk. So confusing, merajuk sebab keladi. Mak cakap dia pun tak sangka ramai pulak yang suka keladi.

13. Bila datang melawat masa raya, sapa2 yang dah dapat merasa mintak lagi. Haha. Sapa2 yang nak rasa, sila email kepada saya. Saya sebenarnya nak tulis panjang tentang citer keladi ini, tapi it is inappopriate, sebab melibatkan banyak watak. ;p

14. Hajat di hati nak balik semalam, tapi saya balik hari ini. Hajat di hati nak balik pagi, tapi balik jam 12 sebab tengok TV. Semalam juga stuck sebab tengok TV. Tertengok channel "berbahaya", 319. Haha. Cruel Love ulangsiar, 6 jam marathon. Sampai jam 2, ok? Sangatlah berbahaya. 

15. Punyalah saya tunggu kot2 ada dokumentari P. Ramlee diulangsiar di History channel sepanjang saya berada di rumah. Sangatlah saya cemburu mendengar Abang Herman dan LCY berborak mengenainya. Last2, sebelum saya mahu bersiap2 nak pulang, saya tengok schedule ia akan bermula jam 10 hingga 12. Masa tu jam 9.30. Hoh. Bersiap depan TV lah saya. Ok, seriously sedih. Nangis.

16. Terus2 lah pulang. Benci betul bas2 sekarang. Saya terus le MidValley, perlu beli hadiah hai jadi bos. Owh, sale! Geram tengok stationary. Juga bag Bonia kaler kuning itu. Urgh!

17. Sampai di rumah, saya terus download citer GA. Juga tengok episod akhir Cruel Love. Nangis. Lagi. Rupa2nya citer tu disiar pada tahun 2007. Mak tengok sekejap2, jadi dia tak ingat ending. Owh, saya tak tengok sume episod, penatlah. Lagipun, banyak lagi citer nak tengok. Huhu.

18. Saya sempat tengok Lin Dan menang malam in. Semalam saya ada baca, peminat berebut tuala basah Lin Dan, sampai polis kena leraikan pergaduhan yang tercetus akibat perebutan. Ya, peminat perempuan. Hari ni tengok Lin Dan siap baling kasut dan baju dia kepada peminat. Gile ah.

19. Cuti yang lama buat saya risau juga keadaan lab. Kerap juga saya sms ros dan despatch yang seorang itu. Ros pulak tak jumpa afp kat mana. Buat saya bertambah risau sahaja. Saya juga tiada kerajinan mahu bukak email opis. Masa saya bukak email tentang family day, mak ada sebelah. Tetiba mak nak ikot. Hoh. Saya ini adalah pemalas mahu pergi, tiba2 mak yang nak pergi. 

20. Maaflah, tiada gambar. Tiada mood untuk itu. Maaf juga dengan bos, belum hantar daily report. ;p

Sekian. Owh, tertinggal. Jumaat yang lalu juga adalah ulangtahun saya mengikut peredaran bulan. Pastinya kiraan usia melebihi kiraan mengikiut peredaran matahari. Ya, tua. 

4 comments:

KBH said...

Selamat ulangtahun mengikut peredaran bulan...

SITI said...

Terima kasih.

Erm, i think i miss u lah.
Eh, silap, ur comment. ;p

Really appreciate it. I really do.

And I really need ur email. :D

KBH said...

InsyaAllah...akan diberi kemudian.

SITI said...

thank you.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...