Sunday, November 28, 2010

Hair Cut

Selalu (mengada-ngada) dalam dilema bila rambut sudah panjang. Mahu potong atau tidak? Hoh.

Rambut saya senang dijaga. Kecik2 dulu saya tak penah rambut panjang. Potong pendek sahaja, ikut kata emak. Saya pernah bela rambut masa matriks sampailah 3rd year kot, baru potong. Itu sahajalah pengalaman mempunyai rambut panjang.

Walaupun rambut saya lurus dan mudah dijaga, banyak faktor perlu dipertimbangkan sebelum membuat keputusan mahu menyimpan rambut panjang mengurai. It is easy but it is expensive. Hoh! Pastinya, syampu yang digunakan lebih banyak berbanding punya rambut yang pendek. Saya juga perlu beli beberapa aksesori, yang paling penting getah rambut. Tapi, biasalah, perlu yang basic sahaja, tapi jika pegi shopping, yang cute-mute semua dibeli. Sepi kecil, sepit besar, yang bintang2, yang glitter2. Owh! Juga perlu tukar anak tudung. Anak tudung untuk rambut pendek lain fesyennya jika berambut panjang. 

Punya rambut panjang juga memerlukan komitmen masa. Tidak boleh skip rutin basuh rambut 2 hari sekali. Kalu rambut pendek, skip sekali sekala pun tidak mengapa. Kalu berambut pendek juga, boleh sahaja mahu basuh hari-hari, jika cuaca panas. Tapi, kena fikir 100 kali jika berambut panjang. Mencuci rambut sahaja boleh ambil masa setengah jam. Mahu mengering dan mengirai2 rambut boleh ambil masa satu jam. Dulu2, masa rambut saya panjang, saya selalu tertidur lepas basuh rambut. Huhu. Selalunya akan buat begitu jika tiada kelas pagi. 

Saya di dalam dilema kerana rambut saya seperti behave dengan baik sekarang. Seolah2 memohon supaya ia tidak dipotong. Masa tiada gaji dulu, saya tidak berfikir panjang kerana tidak mampu melabur besar dalam penjagaan rambut. Tapi, bila dah ada gaji sekarang, it seems ok untuk beli syampu sekali sebulan. Ya, botol besar. 

Tapi, adakah saya cukup rajin dan bersedia untuk simpan rambut ini? Mempunyai rutin 1 1/2 jam untuk membelai rambut? Adakah? 

3 comments:

KBH said...

komitmen masa...sangat setuju kot wpun tidak berpengalaman berambut panjang seperti kaum wanita...

SITI said...

ya. pakai tudung atau tidak, perlu keringkan rambut sebelum pergi kerja.

And i am not a fan of hairdryer. Rasa macam rambut akan hilang kelembapan.

Jadi? Potong, eh? Hurm...

ros said...

x yah basahkan rambut sebelum nak gi kerja

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...