Thursday, November 04, 2010

Terasa Dijentik Tuhan

Saya perlu menulis tentang hari semalam, untuk ingatan. Supaya saya ingat, supaya saya tidak berbuat salah lagi.

Sepatutnya saya menulis semalam. Tapi, letih sungguh, saya terus tertidur. 

Semalam, saya diberi dugaan2. Tapi, kali ini lain benar rasanya. Saya rasa seperti "dijentik" Tuhan. Dulu, masa kecik2, kalu buat salah, kadang kala kene jentik jer oleh mak atau cikgu. Jadi, semalam rasa kena "jentik" oleh Tuhan.

Episod bermula bila saya salah timing, jadi saya tergesa2 keluar rumah. Sampai jer pintu nak masuk car park, pintu tak boleh bukak, saya kena lari ikut tangga sebab saya dah lewat. Saya ingatkan mahu park dekat LRT Sungai Besi, tapi, dah takde parking. Jadi, saya teruskan perjalanan ke stesen LRT Bandar Tasek Selatan. Terus park dan terus naik train. Owh, saya mahu ke KL semalam, ke LPPKN ada meeting.

Urusan meeting ok. Dalam perjalanan pulang, saya singgah Sogo, uruskan tentang membership. Tiba2, akaun saya ada problem. Points saya tak boleh deduct, walaupun dah redeem. Masalah yang tak tahu kenapa berlaku. Lama juga saya tunggu. Kemudia, saya pun beransur pulang.

Ramai orang dalam train telah menyebabkan saya leka. Saya terlepas stesen pertukaran. Hoh! Terpaksa saya berpatah semula. Sampai sahaja stesen bandar tasek selatan, saya pun ke kereta. Bila saya start engine, tiba2 bunyi enjin kereta saya macam kuat semacam. Rupa2nya, tingkap sebelah penumpang depan tak ditutup. Seriously seriau gila. Ingatkan kene pecah. Saya check, barang saya takde yang hilang. Tapi, saya betul2 tak ingat bila saya turunkan tingkap sebelah sana tu. Seriously tak ingat, sampai sekarang.

Saya memandu pulang. Tiba2, ada Encik Motor tunjuk2 ke arah tayar kereta saya. Saya jadi musykil. Saya risau sebenarnya, sebab dalam dua tiga hari lepas, saya telah memandu tanpa turunkan sepenunhnya hand break. Jadi, saya risau tentang break saya.

Saya berhenti dan turun. Encik Motor juga berheni. Dia cakap ada asap dan minyak keluar. Hoh Dia mahu bukak tayar. Saya musykil, tapi saya lihat dia pakai baju mekanik H*onda. Hurm. 

Dalam masa melihat Encik Motor bukak tayar, tiba2 bahu saya ditepuk. Tuhan saja yang tahu betapa terkejutnya saya ketika itu. Ada seorang pemuda berbangsa Tionghua mahu minta pertolongan. "Kak, saya minta maaf, saya ada kesusahan. Mahu pinjam duit sket. Saya tak cukup duit, mahu lalu tol depan. Boleh tak akak berikan saya 20 SEN." HAH??? Seriously, 20 SEN? Hoh! Saya sangat takut masa tu, orang 20 sen itu adalah komplot dengan Encik Motor. Seriously, pepper spray di tangan bersedia untuk ditekan.

Jadi, saya bagi pemuda itu 20 sen, lalu dia terus beredar.

Encik Motor suruh saya pump break dua kali. Lepas tu dia cakaplah bla... bla... bla. Hoh! Saya call adeks saya yang berada di Tawau. Mereka sangat marah. Tak sepatutnya saya berhenti. Hoh. Jadi, saya pun cakap nanti adek saya datang kat stesen minyak depan. Dia kata, kalu dia betulkan, dia mahu RM80. Saya cakap saya takde cash sekarang. Saya tak boleh bayar. 

Lepas dia pasang balik tayar kereta, saya pun mulakan pemanduan. OK, BREK TAK MAKAN. RASA GILA. Seriously, nak nangis. But, i manage untuk sampai ke stesen minyak Esso di depan N*rvana Memorial Park itu. 

Handphone saya takde bateri. Nangis!

Saya ke kedai esso itu untuk mencari car handphone charger. Takde jual. Nangis!

Saya masuk kereta. Mesej adek saya, tapi dia dah tak nak layan saya. Haha. Saya tak tahu nak mesej sapa lagi. Saya tak boleh call orang. Bateri saya tinggal nyawa2 ikan. Temenung saya dalam kereta. 

Masa tu, banyak kenderaan kat stesen minyak itu, jadi saya park luar dari kotak kuning. Bila dah reda sket, saya pun gerakkan kereta saya ke kawasan kotak kuning. Tiba2 saya ternampak kereta perdana kerajaan, seperti ada kerosakan juga. Bonet engine kereta itu terbuka. Lama saya fikir. 

Saya akhirnya menghampiri kereta itu. Tertera di depan kereta itu "Timbalan Menteri".

Saya mahu cerita dekat bodyguard itu. Tapi Encik Bodyguard suruh cerita pada Encik Esso aka Pak Din. Pak Din orang lama, gigi pun dah takde.

Bila saya cerita jer, bila saya sebut jer, India naik Motor pakai baju H*onda, Pak Din sudah tahu, saya mangsa terbaru lelaki itu. Hoh! Dia cakap, Encik Motor itu sudah banyak buat jahat dengan orang2 sekeliling. Hoh. Pak Din kata dia sudah tembak minyak di tayar. Saya tak faham.

Encik Mekanik untuk kereta perdana datang. Pak Din terus cakap saya adalah mangsa Encik Motor. Lantas Encik Mekanik pun bukak tayar kereta saya. Saya betul2 bingung. Dia cakap takda apa2 masalah. Kena lap minyak yang keluar, lepas tu, oklah. SERIOUSLY? tanya saya. Susah nak percaya, tapi saya sangat bersyukur kereta saya tidak ada apa2.

Tapi, still. Saya masih risau. 

Encik Mekanik banyak kali cakap, kami muka tak hensem, tapi hati baik. Huhu. Dia suruh kawan dia beli air minuman dan brake fluid untuk saya. Selesai pasang tayar semula, dia suruh saya ikut untuk test kereta. 

Risau juga. Tapi, ikut sahaja. OK, jauh sungguh pusing. Siap singgah another stesen minyak untuk beli air minuman lagi. Haus, kata encik Mekanik.

Tapi, brake sudah ok. 

Sampai sahaja di tempat esso semula, saya tengok duit saya cukuplah untuk bayar brake fluid tadi. Tapi, encik Mekanik tak mahu terima. Dia tunjuk wallet dia, dia cakap duit dia banyak lagi. Hoh! Last2, Pak Din suruh bagi dia duit tu. Haha.

"Ini kamu niat sedekah, ok? Dia tak nak, kau bagi kat aku. Kau kena bersyukur dapat jumpa orang baik. Sapa nama kau?"

Fatimah, jawab saya.

Guess what? Pak Din terus kira nama. Haha. Serious, saya fobia dengan orang yang kira2 nama ini. Hoh! Fa alif tho mim ta marbutah!

Saya terus pulang ke makmal dengan hati yang lega, tapi penatnya mental saya.

Rupa2nya opismate pun pernah dengar cerita tentang encik Motor itu. Boss saya juga kena pecah kereta dekat that area. Hurm.

Saya tahu saya ada berbuat nakkal a night before. Itu sebab saya telah diberi peringatan semalam. 

Saya telah dijumpakan dengan orang yang jahat dan orang yang baik dalam masa dua jam semalam. Tuhan sahaja yang tahu mengapa ia berlaku begitu.

Selepas kejadian itu, saya teringat kata2 pegawai penyiasat kes S*uzaily dalam rancangan KES beberapa minggu lepas, "She was at the wrong place, on the wrong time, with the wrong person".

Gigil!

Semoga Tuhan mengampun dosa2 saya. Amin.

Sekian. 

3 comments:

KBH said...

orang yg baik, Allah akan duga dan Allah akan bantu...

SITI said...

KBH;

terima kasih atas ingatan.

I miss ur coment. I really do.

najat said...

cerita yg sgt2x menakutkan...
mujur akak relax gak..
hmm...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...