Thursday, September 30, 2010

DNA dan mtDNA Nabi Isa a.s

Malam ini hari Khamis malam Jumaat. I'm supposed to write one other things, tapi ada satu hal telah menerjah di kepala semasa memandu pulang tadi. The very complex thinking. Ya, ia datang lagi.

Saya pernah tulis hal berkaitan di sini. Dan, sekarang saya tulis lagi.

Adakah sesiapa boleh menjawab soalan; "Adakah Nabi Isa djadikan daripada benih (ovum) Maryam? Which is kalu buat DNA profiling akan menunjukkan hubungan ibu-anak?"

Saya tidak tahu, dan sehingga kini mencari jawapan. Tapi, yang saya tahu, mtDNA mereka adalah berhubung kait. Ini kerana mtDNA iaitu DNA mitokondria adalah mempunyai perwarisan maternal.

Mengandugkan anak angkat sendiri adalah fenomena baru dan semakin berkembang. Ini adalah hasil daripada teknologi kesuburan. 

Apabila satu pasangan susah mendapat anak, salah satu cara yang mungkin mereka akan buat ialah IVF. Dalam teknik ini, beberapa embrio akan terhasil. Kebanyakkan pasangan akan cuba untk mengandungkan 3 embrio. Selebihnya, ia akan disimpan dalan tangki cecair nitrogen. Dalam kebanyakkan kes, embrio yang lebih ini akan dilupakan.

Apakah hukumnya membuang embrio2 ini? Dalam kes yang pernah saya kendali, satu pasangan telah mempunayi lebihan 4 embrio. Itu baru satu pasangan. Kalu 100 pasangan, dan ada 400 embrio. 

Kali pertama saya melihat ke "mengandungkan anak angkat" ini adalah dalam cerita CSI. Ada satu pusat yang mengumpulkan embrio yang tidak diingini ini untuk diberi kepada perempuan2 yang ingin mengandung. Dalam cerita ini, satu perempuan telah mati, bersebelahan seorang bayi. Bayi itu tidak ada hubungan genetik dengan perempuan ini, tapi telah dinamakan ibu kerana dia yang telah mengandunkan dan melahirkan bayi ini. Setelah diselidiki, perempuan ini telah mengambil embrio daripada pusat pengumpulan embrio itu. Ya, perempuan itu tidak berkahwin dan tiada teman lelaki.

Jadi, kita perlulah mencari teknologi supaya ujian mtDNA boleh dilakukan untuk mengesahkan bahawa anak itu telah dikandungkan oleh seseorang perempuan.

Sekian. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...