Monday, September 06, 2010

Majlis Infaq, Tadarus dan Khatam Al-Quran DKZ 2010

* dah ada gamba sket, jadi upload sket. 


Perlu tulis, walaupun tiada gambar. Nanti dah lupa, tak best nak tulis. Gamba nanti muat naik kemudian. Janji.

chanteks betul purple

Alhamdulillah, buat kali ketujuh, keluarga sebelah emak ini menganjurkan majlis khatam ini. Tahun ini buat di Johor Bahru, di rumah rasmi agam PakNgah kami yang seorang itu. 

Saya pulang dengan adeks2 saya ke Muar pada hari Jumaat. Singgah ambil baju emak dulu. Kami digalakkan pakai baju ungu, jadi emak telah buat baju baru. Sampai di rumah, seketika kemudian, keluarga mokde pun sampai sekali. Esok pagi, kami konvoi 3 kereta. 

Sampai di RnR Machap, kami bertemu keluarga mokteh. Empat kereta pula berkonvoi, bertemu kereta kelima di tengah jalan. Terus bertolak sehingga sampai ke tempat penginapan, MSuite Hotel. Selesai daftar masuk, semua pun sambung berehat. Tetapi, telefon saya asyik berbunyi, sepertinya saya pula pengarah program. 

Jam 3.45 petang, program bermula dengan Program Infaq. Ini kali pertama program ini dijalankan bersama. Keluarga kami memilih Rumah Berkat di Bukit Cagar sebagai penerima sulung. Bubur lambuk dan duit raya untuk anak-anak yatim rumah tersebut. Namun, kami tidak berkesempatan untuk berjumpa dengan mereka kerana mereka sedang ada program lain.

Terus kami bergegas ke rumah pakngah. Kami sedikit lewat kerana kesesakan lalulintas. Maklumlah konvoi 8 buah kereta, haruslah perlahan2. Sampai saja di rumah pakngah, tergamam saya melihat susunan rehal dan Quran. Saya sedar di rumah pakngah, semua pun ada protokol. Tapi................. bak kata sepupu saya "apsal aku rasa takut macam nak nikah?". Haha. Ya, auranya seperti majlis khatam sebelum nak nikah. Haha. Dengan dikelilingi makcik2 dan pakcik2 saudara, saya dan sepupu2 yang lain bergilir2 membaca ayat2 lazim bermula Surah Duha beserta terjemahan sekali. Sepupu saya yang dapat surah panjang baca laju sekali. Adek saya yang dapat surah tiga ayat, buat silap di permulaan bacaan. Heh! Adek saya yang kena baca 3 qul, baca dengan suara serak demam. Kesian pula mendengarnya. Tiba2, saya rasa rugi pula tidak "memaksa" abang Jamil ikut sekali kami khatam. Bila lagi nak dengar abang Jamil baca, kan? Hehe.

Selesai khatam, tahlil ringkas diadakan. Seterusnya, ada tazkirah. Tapi, saya lihat ustaz tersebut seperti hilang rentak pada mulanya. Mungin dia agak risau pakngah tengok dia straight. Kalu saya pun saya gerun. Apabila dia sudah mula mendapat rentak untuk memberi ceramah, sudah tiba pula waktu berbuka. Ya, sangat cepat, 7.11 dah buka.

Makanan memang mewah. Dimulakan dengan berbuka kecil: kurma, bubur lambuk, rojak, cucur udang, kek pisang, kuih buah melaka, dan sardine role. Kami solat maghrib dulu. Kemudian sambung makan nasi beserta lauk-pauk: asam pedas, sup sayur, ayam masak kicap, udang goreng, daging masak lemak, ada ikan masin juga. Lupa pulak saya lauk lain. Air sirap selasih. Ada buah2 dan puding sagoo yang saya makan dua mangkuk. ;p

Semasa kami makan, anak perempuan pakngah yang seorang itu beserta suaminya turun membawa anak lelaki mereka yang baru dilahirkan. "Baby, say hello to everyone". Hehe. Itu ayat di meja kami. Tergamam sebentar saya dan sepupu2 lain. Baby sangatlah comel, tapi penat baru sampai dari Kuala Lumpur.

Seterusnya, solat Isyak dan Terawih. Sebelum itu, kami bergambar bersama2. Pakngah hanya sempat solat Isyak bersama kami. Dia ada majlis lain pada jam 10. Menu moreh sangatlah best. Sup lembu dengan roti, bubur pulut hitam dan..... eh, saya dah lupa satu lagi menu. Tapi, saya kenyang sangat. Saya jamah makanan2 moreh sesudu dua sahja. Sampai hotel, rasa rugi pulaks tak makan. Hehe.

Sampai hotel, terus berehat. Tapi, saya dan adeks terlajak pula, tak terbangun untuk qiamulail. Kami hanya bangun untuk sahur. Marah juga emak. Lepas sahur, kami solat subuh berjemaah, diteruskan dengan tazkirah panjang oleh PakUsu saya. Tajuk tazkirah: transformasi DKZ. Huhu. Memang banyak perkara yang kami perlu lakukan. Isi2 penting tazkirah ini saya akan tulis dalam entri lain, kalu sempatlah.


Tazkirah tammat dalam jam 9. Bergegas saya bersiap. Saya dan Ili punya agenda lain, bersama Erma, kawan saya. Jam 10, kami bergerak ke rumah kak Yanti, jumpa baby Hadi. Lepas sesat kat kawasan Mahmoodiah itu, akhirnya kami sampai. Dapat juga jumpa baby Hadi, lepas geram tengok dia di alam maya. Selepas beri hadiah dan duit raya, kami pun pulang.


Mak dan makusu dah ready nak pulang. Naseblah tak kena marah. Hehe. Family lain dah lama daftar keluar. Berakhirlah acara di kota JB ini. Selepas beberapa episod yang berlaku sebelum majlis, akhirnya semua perancangan dapat dijalankan tanpa cela yang besar.

Sekali lagi, terima kasih kepada sepupu saya yang seorang itu, abang Acol yang telah bertungkus lumus untuk menjadikan program ini berjaya. Abang Acol sekali lagi telah menjadikan program keluarga ini pad satu tahap yang tinggi. Semoga kami di bawah ini akan mendapat inspirasi untuk bekerja keras menjayakan program kelurga di masa hadapan. Terima kash juga kepada pakngah yang sudi menerima kedatangan kami semua.

Saya pulang ke ibukota KLuntuk bekerja tiga hari, sebelum pulang sekali lai menyambut Syawal. (Tapi, saya dah raya dulu. ;p)

Sekian. Sabarlah untuk gambar2 berwarna-warni. :)

3 comments:

Anonymous said...

Nana: Laju sgt kah sy baca? Sy nervous kamu tau? Naseb bacaan tidak sangkut. :D

p/s: Sy pon dh raya sebaik pualng dr JB. Hehe....

SITI said...

Hehe. Adek aku cakap kamu baca laju. Kalu aku dapat surah tu pun, aku baca laju2.

Mahu gambar baby ridthuan. Mintaklah sekeping dua dari kamera adek kamu.

eMa said...

baby hadi yang tuff

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...